Wednesday, August 26, 2009

Buku Import Layak Disama-kategorikan dengan Kereta Import

Di semua negara maju, undang-undang perdagangan bukunya digubal bagi tujuan:

(i) Melindungi dan membangunkan industri percetakan dalam negara.

(ii) Melindungi industri penerbitan tempatan daripada persaingan luar.

Undang-undang perdagangan buku di UK dan US menyebabkan buku-buku Inggeris yang diterbitkan dan dicetak oleh penerbit Malaysia tidak dapat dieksport ke Amerika ataupun ke England. Justeru jika kita mahu mengeksport karya sastera Malaysia yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris ke sana, karya itu mesti diterbitkan semula oleh penerbit yang berdaftar di Eropah ataupun di Amerika. 

Di Eropah, semua buku terbitan luar yang diimport dikenakan cukai yang tinggi. Itulah sebabnya kita masih boleh membeli buku Inggeris di kedai-kedai buku di negara-negara Eropah, tetapi harganya lebih mahal daripada harga di negara asalnya (UK, USA, Kanada dan Australia).

Malaysia patut mencontohi undang-undang perdagangan buku di UK, USA dan Eropah.

Pada masa ini rakyat Malaysia membelanjakan ratusan juta ringgit setiap tahun membeli buku-buku yang dicetak di UK, USA, Taiwan, Hong Kong dan China kerana buku-buku luar negara adalah bebas-cukai. Jika buku-buku itu dicetak semula di Malaysia, industri percetakan kita akan berkembang dan kita mencipta banyak peluang pekerjaan.

Perdagangan buku layak diurus serupa seperti perdagangan kereta. Kita perlu menggalakkan industri pemasangan kereta dalam negara. Namun semua model kereta import masih boleh dijual. Jika rakyat mahu membeli kereta yang dipasang di luar negara, maka mereka perlu membayar cukainya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel-novel Pendidikan Keusahawanan Terbaru dalam Siri Usahawan Cilik PTS Previous entry: Buku YM Dr. Tengku Asmadi Menang Tempat Pertama
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/27  at  03:28 AM

Salam Sifu,

Saya setuju dengan pendapat tersebut, tetapi untuk buku sastera saja. Sebabnya, jika kita kenakan cukai yang tinggi untuk buku-buku ilmiah dan buku pendidikan, akan membebankan kepada pembeli pula. Penerbitan buku-buku tersebut yang bermutu tinggi amat kurang di kalangan penerbit. Penterjemahan buku-buku sedemikian pula amat perlahan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/27  at  11:57 AM

Salam,

Saya bersetuju dengan cukai import pada buku luar negara tetapi TIDAK bersetuju dengan cukai import sehingga 300% bagi kereta Complete Built Unit (CBU) dan 40-60% untuk CKD (complete Knock Down)

Kereta tempatan masih memakai “lampin” walaupun sudah berusia hampir 25 tahun. Menggunakan cukai untuk memaksa rakyat Malaysia membeli produk kereta tempatan adalah zalim. Kereta tempatan secara relatifnya masih mahal berbanding negara yang menghasilkan kereta sendiri.

Jika negara tidak menghasilkan kereta tempatan sendiri,negara bakal menjadi pusat pemasangan kereta di ASEAN. Peluang ini diambil oleh Thailand. Daerah Rayong, Thailand menjadi pusat automotif ASEAN. Banyak syarikat kereta membuka pusat pemasangan kereta di sini. Hasilnya beratus SME/SMI ditubuhkan bagi menghasilkan ribuan “spare part” kereta.

Bayangkan peluang pekerjaan yang ujud. Di samping itu mereka juga mendapat teknologi terkini dari syarikat-syarikat tersebut. Thailand melakukan ini tanpa perlu projek kereta tempatan.

Ini juga dilakukan oleh Korea Selatan dahulu. Membuat “spare part” kereta untuk syarikat Jepun, barulah mereka beralih kepada pembuatan kereta.

Bayangkan KIA, Hyundai yang sama umurnya dengan Proton. KIA, Hyundai membesar menjadi dara dan teruna, Proton masih memakai lampin.

Itu kisah kereta. Buku tidak mungkin cukai sehingga 300% kerana tiada kroni yang berminat dalam industri buku smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.