Thursday, February 28, 2008

Buku Impot Dikenakan Duti Impot

Kita mencadangkan kepada kerajaan supaya buku-buku yang dicetak di luar negara yang sekarang diimpot sebebas-bebasnya ke negara ini dikenakan duti impot.

Dengan mengenakan duti impot  itu harga buku-buku impot akan menjadi lebih mahal.

Dengan itu para pengimpot buku akan mencetak semula buku-buku itu di sini bagi mengelakkan duti impot.

Kos mencetak buku di negara ini murah, oleh itu harga jualan buku luar negara itu dapatlah diturunkan dengan banyaknya.

Nota:

Edisi terjemahan novel TUNNELS (terbitan PTS) ini dijual pada harga RM29.90. Itu sudah termasuk kos (i) Yuran lesen hakcipta dan (ii) Upah terjemahan.

Bandingkan dengan harga edisi originalnya diimpot dan dijual di MPH yang berharga RM39.90. 

Sekiranya edisi Inggeris itu dicetak semula di sini, ia dapat dijual pada harga RM20.00 sahaja.

Sebenarnya, undang-undang impot buku yang diamalkan oleh kerajaan kita sekarang memaksa rakyat negara kita 'memberi makan' kilang-kilang cetak luar negara. 

Masa Untuk Berubah. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Fail Buku Ini Sudah Siap Diproses dan Sudah Dihantar ke METADOME Previous entry: Sekali Download, 7 Kali Download
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/28  at  04:03 AM

Salam sejahtera,

Ada banyak tanda tanya dan ‘puzzle’ tentang harga barangan yang naik melambung di Malaysia seperti harga petrol, sesetengah jenis sayur-sayuran, ayam, beras, gula, tepung, minyak masak, pelbagai keperluan asas lain dan sebagainya.

Begitulah keadaannya apabila menteri kewangan pertamanya ‘buta dan bodoh’ ekonomi dan hal-hal bisnes serta kewangan, dia gagal berfikir secara bijaksana dan kreatif bagaimana untuk menyelesaikan masalah seperti ini supaya rakyat tidak terus menderita.

Cadangan penyelesaian diambil daripada para penasihat yang hanya memikirkan ‘tempolok’ mereka sendiri sahaja. Mereka tidak peduli jika Si Ali yang tingal di Pendang ataupun Si Minah yang tinggal di Hulu Terengganu terpaksa tinggal di rumah pondok usang dan makan siput babi setiap hari.

Bagi dirinya, asalkan rakyat cukup makan ala kadar sudah baik selebihnya dia berfikir untuk memperkayakan diri dan kaum kerabatnya sahaja. Dengan kata lain dia tidak ‘competent’ and sepatutnya ‘deserve a sack’.

Kadang kala harga yang tinggi ataupun kenaikan harga yang tinggi tiada kena mengena dengan kadar pengeluaran ataupu kos pengeluaran tetapi kerana ‘tekanan politik oleh para peniaga’ dan juga ‘kebodohan ekonomi pemerintah’.

Pilihlah kerajaan anda dengan bijaksana.

faizul kamaruddin  on  02/28  at  06:36 AM

Nampaknya, saya sudah tahu, mana satu saya perlu pangkah semasa undi nanti.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/28  at  06:59 AM

Faizul, awak umur pun tak cukup, nak mengundi apa? Syoh! Budak-budak pergi main jauh-jauh!

faizul kamaruddin  on  02/28  at  08:51 AM

Tahun ni, merupakan pengalaman pertama saya mengundi.

Khairul  on  07/30  at  09:26 AM

Salaam.. alhamduliLlah, terima kasih atas info yg berguna.. saya bercadang untuk mengimport buku2 ilmiah agama dari negara jiran juga luar negara kerana 1) kekurangan buku2 ilmiah dan yg berkualiti di negara kita 2)kreatif, banyak tajuk dan murah lebih2 lagi bagi seorang peniaga buku yg tidak mempunyai byk wang untuk mencetak banyak tajuk buku, wang untuk promosi dsbnya.. di harap kak Ainon boleh beri nasihat. WALlahu’alam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.