Buku Inggeris, Buku Melayu, Buku Cina
Banyak orang menyangka pasaran buku Inggeris di negara ini sedang tambah pesat berkembang, disebabkan penekanan baru oleh kerajaan ke atas pengajaran dan pembelajaran bahasa itu.
Maklumat yang kita peroleh daripada sebuah rangakaian kedai buku terkenal mendapati sejak 10 tahun yang lalu pasaran buku Inggeris mem-plateau, yakni tidak berkembang.
Sebaliknya, pasaran yang sedang berkembang sihat adalah pasaran buku Melayu dan buku Cina.
Rangkaian kedai buku POPULAR (milik pelabur Singapura) adalah pengimpot dan peruncit buku-buku Cina terbesar di Malaysia. Sehingga akhir-akhir ini, POPULAR memfokuskan bisnesnya pada pasaran buku Cina sahaja. Hanya selepas ia melihat perkembangan pasaran buku Melayu yang begitu jelas barulah POPULAR membuka jabatan Melayunya.
Setiap bulan POPULAR mengimpot antara 200 - 300 judul, yakni sekitar 2500 judul setahun. Bagi judul-judul kategori popular jumlah unit yang diimpotnya adalah antara 2000 - 3000 naskhah setiap judul.
POPULAR mengimpot semua kategori buku umum, daripada novel sehingga buku masakan. Ia juga mengimpot buku-buku bacaan serius seperti politik, kebudayaan, falsafah, bisnes dan lain-lain.
Buku-buku itu diimpot dari negara China, Taiwan dan Hong Kong.
Buku-buku Cina adalah lubuk emas POPULAR meskipun sektor itu mempunyai halangannya yang unik, iaitu sistem tulisan dan gaya bahasa.
Buku-buku dari Hong Kong dan Taiwan menggunakan sistem tulisan tradisional. Negara China dan Malaysia menggunakan sistem tulisan baru.
Kedua-dua sistem ini ada perbedaannya, sehingga pembaca Malaysia mengalami kesukaran membaca buku-buku dari Taiwan dan Hong Kong, namun mereka tetap membeli dan membacanya.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Sifu,
(1) Buku-buku Inggersi hanya dibeli atau dibaca oleh mereka yang berpendidikan atau berbahasa Inggeris, sedangkan bilangan mereka yang menggunakan bahasa itu kecil sahaja. Malah mereka yang membaca buku-buku Inggeris tentunya akan membeli buku keluaran luar negara;
(2) Sebahagian besar penduduk negara ini yang membaca ialah mereka yang menggunakan BM dan Bahasa China, maka semestinyalah buku-buku di dalam kedua-dua bahasa tersebut yang berkembang maju;
(2)(b) Malah berani saya katakan jenis/genre BM ialah jenis cerita novel dan semestinya novel cinta menguasai peratusan yang terbesar di antara kategori-kategori yang ada;
(3) Dengan berpandukan perangkaan tersebut tentunya PTS dan penerbit-penerbit buku-buku di dalam Bahasa Melayu mempunyai masadepan yang cerah; dan ini bererti penulis-penulis yang menggunakan BM akan mempunyai peluang mendapat faedah dari perkembangan ini.
——-
Skeikh Alang,
Wah! Nampaknya sheikh punya business sense sudah amat tajam sekarang. Sudah pandai membuat unjuran trend-trend bisnes buku!
Kita ada bercakap-cakap dengan seorang tokoh penerbit berbangsa Cina yang kaya raya dengan menerbitkan buku-buku Melayu. Malah beliau ini adalah individu ke-2 terkaya dalam bisnes penerbitan, selepas Tn. Hj. Hishamuddin KKK (Kumpulan Karangkraf).
Beliau meramalkan sektor buku umum Melayu akan berkembang paling pesat mulai sekarang. (Ini satu lagi faktor mengapa PTS bagaikan anak dara cantik.)
Menurut beliau 3 faktor yang mendorong perkembangan itu adalah (1) jumlah sekolah yang makin bertambah, ini bermakna lebih banyak orang muda mempunyai pelajaran sedangkan buku adalah produk orang pandai membaca, dan (2) perkembangan ekonomi yang meningkatkan jumlah pendapatan, dan (3) pertambahan jumlah penduduk negara ini.
Dengan situasi yang amat menyebelahi penerbit buku-buku umum seperti ini, kita berdepan dengan peluang dan ancaman serentak! Justeru ada peluang PTS berkembang pesat, dan ada ancaman budak-budak besar akan masuk dan menghimpit PTS keluar padang.
Ibu ibu, bapak bapak sekelian,
Nun jauh disana, semakin hampir, berkelip kelipan sinar. Alhamdulillah sudah nampak tanda tanda pulih demam <i>Anglophilia</b> . Teras politik banyak peranan dan pengaruh, malangnya sirna materialisme telah menipu bangsa yang mengangkat para petualang dan pengkhianat yang bercabang lidah.
maaf, nampaknya struktur wordpress ini kurang stabil codingnya. Saya dengan ini menutup markup untuk italic </i> .
Puan,
Saya petik, “Kedua-dua sistem ini ada perbedaannya, sehingga pembaca Malaysia mengalami kesukaran membaca buku-buku dari Taiwan dan Hong Kong, namun mereka tetap membeli dan membacanya.
Bedanya tidak banyak. Republik Tanah Besar guna jiantizi yakni yang moden sementara lain tempat guna fantizi yakni yang lama dan lebih banyak garisnya. Di Malaysia masih bercampur, cuma yang diajar disekolah sekarang ini bentuk yang moden -jiantizi. Bentuk visualnya tidak banyak berubah. Akhbar Cina masih banyak gunakan yang lama mungkin kerana faktor kos mesin baru, pun demikian akhbar Cina yang bercetak fantizi masih laku, malah jauh meninggalkan akhbar Melayu. Makanya, kesukaran yang ditanggapi itu tidaklah terlalu memberatkan mereka.
Sesebuah organisasi atau entiti perniagaan yang punya wibawa dan matlamat yang selari dengan syariah, insya Allah, akan berkembang selaras dengan ancaman: yakni semakin besar ancaman semakin besar potensi perkembangannya - umpama pemain luncur air yang handal (water surfer), semakin tinggi dan besar ombak yang mendatang semakin hebat prestasinya
Begitulah juga dengan PTS, semakin besar ancaman dihimpit keluar padang oleh budak-budak besar, akan semakin tangkas gaya permainannya…sehingga di waktu wisel penamat ditiup, PTS masih mendahului permainan, sedangak budak-bidak besar akan termengah-mengah menarik nafas….
Yang benar,
Alang Kelana (dulu Alang Bidara - nama samaran ditukar sempena penulisan travelogue dan bunyi “Kelana” lebih bersepadan dengan “Pengembara”)
Post a comment