Friday, June 03, 2011

Buku Inggeris dan Kempen ‘Satu Malaysia’

Kita tidak boleh membaca buku-buku terjemahan yang ditulis oleh penulis bangsa-bangsa asing sahaja. Jika bangsa kita tidak membaca buku-buku karya bangsanya sendiri, risikonya sangat besar.

Sebanyak mana sekalipun kita menterjemah dan membaca buku-buku daripada bahasa Inggeris, kita perlu menerbitkan dan membaca buku-buku yang ditulis oleh penulis-penulis kita sendiri.

Setiap bangsa mempunyai agenda masing-masing. Bangsa Yahudi mempunyai agendanya sendiri. Hanya penulis-penulis Yahudi sahaja yang akan menulis bagi memenuhi agenda Yahudi.

Negara-negara berbahasa Inggeris mempunyai agenda nasional mereka. Buku-buku yang ditulis dan diterbitkan di London dan New York tidak dapat memenuhi keperluan agenda bangsa kita. Buku-buku yang ditulis oleh orang Inggeris tentu sekali buku-buku itu mengemukakan pelbagai agenda bangsa-bangsa Inggeris.

Bangsa Melayu-Islam mempunyai agendanya sendiri. Hanya penulis Melayu-Islam sahaja yang akan menulis bagi mengisi agenda Melayu-Islam.

Dari sudut ideologi nasional, Malaysia memerlukan buku-buku yang memenuhi keperluan pelbagai agenda nasional kita. Sebagai contoh, penulis-penulis luar negara takkan menulis tentang falsafah "Satu Malaysia".

Inilah sebabnya kerajaan tidak boleh membiarkan industri penerbitan buku berkembang dengan ditentukan oleh kehendak pasaran semata-mata. Penerbit swasta tidak akan meletakkan agenda nasional negara kita di tempat paling tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jabatan Pemasaran PTS Mencetak Flyers Kempen Promosi Baca@Ramadan dan Cuti Sekolah Previous entry: Bagaimana Penerbit Boleh Menjadi Semakin 'Kaya', Manakala Penulis Boleh Menjadi Semakin 'Miskin'

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: