Buku Inggeris: Duit Besar dan Kejayaan
Siapakah yang lebih cenderung berjaya dalam apa yang dimahukannya - individu yang angan-angannya besar ataupun individu yang angan-angannya sederhana?Contoh angan-angan besar adalah seseorang itu mahu menulis bukunya dalam bahasa Inggeris sebab dengan demikian, dia yakin bukunya akan laku di seluruh dunia, dengan demikian dia berpeluang menerima royalti besar, berjumlah berjuta-juta ringgit... ala-ala JK Rowling.
Contoh angan-angan sederhana adalah seseorang itu mahu menulis 10 buah buku cerita rakyat yang evergreen dalam Bahasa Melayu, sebab jika 1 buku dapat menghasilkan RM3 ribu royalti setahun, dia boleh mendapat RM30 ribu setahun selama berpuluh-puluh tahun.
Kajian dan eksperimen yang dilakukan oleh Prof McClelland, Bapa "psikologi kejayaan" moden mendapati salah satu ciri individu pegagal adalah "angan-angan besar" manakala salah satu ciri individu pejaya adalah "angan-angan sederhana".
Buku 55 Petua ini ditulis sewaktu penulisnya baru bersuia 24 tahun, baru tamat menduduki peperiksaan tahun akhir di universiti.Buku ini diulangcetak setiap tahun dan sudah terjual lebih 30 ribu naskhah di Malaysia, dan merupakan judul pertama PTS yang berjaya dilesenkan ke Jakarta sebagai edisi Bahasa Indonesia.
Jika 1 naskhah buku ini menghasilkan royalti RM1.50sen, buku ini sudah menghasilkan sekitar RM50k royalti.
Disebabkan buku ini amat popular, penulisnya juga banyak menerima undangan menyampaikan ceramah dan training berdasarkan buku ini dengan menerima yuran ceramah yang bagus.
Kita menganggarkan buku ini sudah menghasilkan sekitar RM80 - RM100k kepada penulisnya semenjak ia diterbitkan, dan ia akan terus menghasilkan lebih banyak royalti dan yuran ceramah bagi beliau.
Buku 55 Petua ini berpotensi menjadi karya berstatus "modern classsic" sebagaimana buku How To Win Friends and Influence People oleh Dale Carnegie dan Management by Objective oleh Peter Drucker dan banyak lagi.
Bagaimanakah angan-angan besar menghasilkan kegagalan, bukan kejayaan?Menurut McClelland, angan-angan besar cenderung menghasilkan kegagalan disebabkan individu yang berangan-angan besar mempunyai ciri-ciri:
(a) Tidak berfikiran realistik
(b) Tidak berminat dengan fakta, statistik dan maklumat
(c) Tidak mengutamakan perancangan kerja yang teliti
Yang dinamakan "kejayaan" adalah hasil daripada adanya "daya usaha". Matlamat dan angan-angan tidak manjamin kejayaan.
Justeru, daya usaha dengan sendirinya menghasilkan kejayaan. Lebih besar daya usaha seseorang itu, maka lebih besar kejayaan yang terhasil.
Tuhan menjanjikan kepada manusia "Kamu mendapat apa yang kamu usahakan" bukan "apa yang kamu angan-angankan". Malah manusia ditegah daripada mempunyai "angan-angan yang panjang".
Apabila seseorang itu medefinisikan dirinya sebagai seorang "pemburu kejayaan" maka dia telah menjadikan "kejayaan" sebagai matlamat. Ini adalah ciri-ciri psyche pegagal.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

السلام عليكم ورحمة الله
Semoga Puan dirahmatiNya,
Dalam kawasan universiti, ramai orang bercita-cita untuk menulis dan menerbitkan buku. Dan mereka bercita-cita menulis berdasarkan bidang kepakaran mereka.
Lalu jika ada yang menulis di luar bidang maka ia dilihat dengan sebelah mata. Mungkin lebih teruk lagi kalau dengan sedikit mencebih. Realitinya, mereka yang bercita-cita begini akhirnya tidak menulis apa-apa.
Saya fikir, selalulah melihat sesuatu daripada sudut positif. Cabaran untuk orang seumpama saya kelihatan lebih besar. Jika saya mahu menulis tentang Haji, saya terpaksa menulis juga tentang perakaunan.
Malah lebih perit lagi ada yang mengatakan: tulis dalam bahasa Melayu/ Malaysia?
Saya gembira dengan apa yang berlaku sesudah wujudnya PTS. Kedai-kedai buku utama meletakkan judul-judul yang diterbitkan oleh PTS di ruang hadapan.
Maka salahlah pandangan dan tafsiran saya selama ini yang kedai-kedai buku ini mengamalkan pilih kasih atau tidak membuka peluang kepada buku-buku berbahasa Melayu.
Salam sejahtera.
-----
Sebelum ini untuk kedai-kedai besar lebih-lebih lagi bos bukan Melayu, memang tidak yakin dengan buku-buku Bahasa Melayu. Ini kerana beberapa sebab seperti cetak rompak, kualiti, syarat perniagaan dengan pembekal & penerbit dan banyak lagi. Mulanya amat sukar untuk meyakinkan mereka.
Puan,
Buku himpunan artikel penulis tertentu ada pasaran tak?
.
Buku himpunan artikel sukar dijual.
Saya amat bersetuju dengan ini:
“Menurut McClelland, angan-angan besar cenderung menghasilkan kegagalan disebabkan individu yang berangan-angan besar mempunyai ciri-ciri:
(a) Tidak berfikiran realistik
(b) Tidak berminat dengan fakta, statistik dan maklumat
(c) Tidak mengutamakan perancangan kerja yang teliti
Yang dinamakan “kejayaan” adalah hasil daripada adanya “daya usaha”. Matlamat dan angan-angan tidak manjamin kejayaan.”
Post a comment