Buku Ini Dipesan PNM 1092 Naskah
En. Umbut adalah seorang seniman yang mempunyai sikap amat kooperatif, yakni beliau mudah diajak berbincang dan bekerjasama.
Apabila Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengadakan aktiviti kanak-kanak, En. Umbut mudah tampil ke depan memberi sumbangan dengan mengadakan sesi demonstrasi melukis kartun, hasilnya kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir berasa puas hati dengan aktiviti anjuran PNM.
Dengan sikap begitu, beliau dikenali oleh ramai staf PNM. Maka tidak hairanlah apabila jasa baik En. Umbut dibalas dengan cara yang amat sesuai, iaitu bukunya dipilih oleh PNM buat pembelian 2007.
Kata pepatah Melayu, ada ubi, ada batas....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam.
“Kata pepatah Melayu, ada ubi, ada batas….”
Menarik. Seringkali saya didedahkan tentang konteks penggunaan pepatah ini yang lebih merujuk kepada perbuatan ingin membalas sesuatu perbuatan yang tidak baik atau membalas dendam. Selalunya dalam cerita-cerita Melayu dan kehidupan seharian. Pertama kali saya mendengarnya dalam konteks ingin membalas perbuatan yang baik atau membalas budi. Terima kasih puan kerana telah membuka minda saya.
Post a comment