Saturday, September 18, 2010

Buku Kanak-Kanak: Buku Bergambar

Lazimnya, apabila kita berbincang tentang sastera kanak-kanak, yang segera tergambar dalam fikiran kita adalah 'picture books' atau 'buku bergambar'.

Buku bergambar adalah untuk kanak-kanak kecil, yakni 5 tahun ke bawah, yang sedang belajar mengenal huruf, menulis dan membaca.

Buku bergambar digunakan dengan cara ibu bapa membacakan buku itu kepada anak-anak yang belum pandai membaca sendiri, ataupun dibaca oleh guru-guru tadika semasa sesi bercerita kepada murid-muridnya.

Lazimnya bagi setiap halaman hanya ada satu ataupun dua ayat sahaja, selainnya adalah lustrasi yang mengiringi ayat itu.

Disebabkan kanak-kanak kecil mempunyai daya ingatan yang pendek, maka ayat-ayat yang ditulis adalah pendek-pendek. Perkataan-perkataan yang digunakan juga adalah terancang, yakni menggunakan "word count' atau hitung kata sebagai panduan.

Buku bergambar dicetak menggunakan 'signatures' (signatur).

Signatur adalah jumlah 8, 16 ataupun 32 halaman. Ini kerana buku itu dicetak menggunakan sekeping kertas, yang kemudian dilipat-lipat, dipotong, lalu digam ataupun dijahit.

Kos menerbitkan buku-buku bergambar adalah mahal disebabkan ia dicetak 100% menggunakan 4 warna.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Istilah-Istilah dan Konsep-Konsep Asas dalam Bidang Penerbitan Buku Kanak-Kanak dan Remaja Previous entry: Laut Biru: Sastera Kanak-Kanak - Genre Buku Toon

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.