Laut Biru: Cerita Pari-Pari Melayu
Istilah 'cerita pari-pari' adalah sejenis genre sastera rakyat (folktale). Bezanya, sastera rakyat ditujukan kepada orang dewasa manakala cerita pari-pari ditujukan kepada kanak-kanak.
Dalam sastera Melayu kita mempunyai genre sastera rakyat, seperti cerita Si Tanggang, Lebai Malang, Pak Kaduk, Si Luncai dan Sang Kelembai. Cerita-cerita itu disebut dengan istilah 'dongeng'. Dongeng Melayu ditujukan kepada orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Dalam khazanah sastera Melayu kita tidak mempunyai apa yang sebut cerita pari-pari (fairy tale), yang dicipta khusus untuk kanak-kanak sahaja.
Sastera Inggeris pun pada mulanya tidak mempunyai cerita pari-pari. Cerita pari-pari klasik yang amat terkenal itu, dan yang biasa kita baca dalam bahasa Inggeris, adalah diterjemahkan daripada bahasa-bahasa lain, contohnya Cinderella, Sleeping Beauty, Snow White and the Seven Dwarfs dan banyak lagi.
Pada masa ini terdapat beribu-ribu judul cerita pari-pari dalam bahasa Inggeris yang baru dicipta oleh penulis-penulis Inggeris zaman ini. Mereka sangat produktif menulis dan menerbitkan genre itu.
Gaya penceritaan dongeng tidak menggunakan unsur-unsur kesusasteraan dan teknik-teknik stilistika yang tinggi, sebagaimana gaya penceritaan pari-pari. Ini adalah faktor utama yang menjadikan, apabila dibaca, cerita pari-pari memukau kanak-kanak dan juga orang dewasa, manakala dongeng tidak memukau.
Cerita pari-pari Barat sentiasa mempunyai 4 elemen ini: makhluk supernatural, magik, balasan baik untuk watak baik, dan balasan jahat untuk watak jahat.
Cerita pari-pari mempunyai daya tarikan yang luar biasa kepada kanak-kanak. Sektor ini adalah satu lagi Laut Biru dalam industri buku Melayu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Satu perkongsian daripada status Facebook seorang rakan saya:
“Jasmine was in a forbidden relationship with Aladdin. Snow White lived alone with 7 men. Pinocchio was a liar. Robin Hood was a thief. Tarzan walked without clothes on. A stranger kissed sleeping beauty and she married him. Cinderella lied and sneaked out at night to attend a party. These are the stories our parents raised us with and then they complain our generation is messed up?”
Oh, saya mendambakan cerita pari-pari versi Melayu yang dapat memandaikan bangsa.
Antara situasi yang bakal dihadapi:
Mampukah kita menghasilkan cerita pari-pari, makhluk supernatural dan unsur magik yang mematuhi syariah Islam.
Cerita pari-pari tiada pertentangan dengan akidah Islam?
Atau mungkinkah pari-pari berkait rapat dengan black magic? Amat sukar menulis buku kanak-kanak yang melibatkan magik, apatah lagi menulis tentang pari-pari yang digambarkan mempunyai kuasa untuk memberi itu dan ini…
Barat berjaya mencipta banyak watak pari-pari, dari sekecil-kecil tooth fairy hinggalah kepada fairy godmother.
Dalam sinetron Indonesia seperti Bawang Putih Bawang Merah pun sering wujud pari-pari. Paling tak tahan & menggugat iman lelaki, amatlah seksi pari-pari yang digambarkan (pakaian Tinkerbell, pari-pari dalam kisah Peter Pan/Hook jauh lebih sopan).
Kanak-kanak menyukai fairies kerana watak mereka cantik, baik & suka menolong. Apa jua yang cantik & baik amat disukai oleh kanak-kanak. Kerana itu dalam buku kanak-kanak, watak baik digambarkan sebagai ‘extra baik’ dan watak jahat digambarkan sebagai ‘extra jahat’. Jarang ada watak ‘tengah-tengah’.
Kerana itu juga pada kebiasaannya mereka wujudkan watak witch atau ahli sihir untuk berlawan dengan watak baik seperti pari-pari.
Saya sudah pun menghantar 4 manuskrip kisah dongeng kanak-kanak kepada PTS. Saya yakin dengan kepercayaan & bimbingan yang diberikan oleh team Puan Nisaak & PTS, kisah dongeng/khayalan boleh diperelokkan mengikut adat & budaya kita tanpa perlu berlebih-lebih dalam soal mewujudkan watak.
Pun begitu jika PTS mempunyai formula & idea dalam mencipta watak pari-pari yang islami, maka saya berasa amat gembira kerana saya mahu menulis cerita bertemakan pari-pari!
Post a comment