Friday, December 11, 2009

Buku Karya Pengarang Indonesia Dieksport ke Indonesia oleh PTS

Buku "Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung" yang menjadi buku bestseller PTS 2009 ini telah dilesen oleh penerbit PT Hikmah, salah sebuah anak syarikat Mizan Group, Bandung.

Tuan Faris Hasbullah, pengurus PTS Islamika memberitahu perjanjian pelesenan itu sudah ditandatangani bagi membolehkan buku ini diterbitkan semula di Jakarta sebagai edisi Indonesia.

Buku ini istimewa kerana ia ditulis oleh pengarang di Indonesia. Beliau menghantar manuskrip ini menggunakan emel kepada PTS lalu dibaca dan didapati PTS berminat menerbitkannya.

Apabila jualan buku ini sangat bagus, beberapa penerbit di Jakarta memohon bagi melesen hak penerbitannya. PTS memilih PT Hikmah kerana wujudnya hubungan bisnes yang baik antara PTS dan Mizan Group.

Nota: PTS Litera Utama Sdn. Bhd. yang menerbitkan karya-karya Andrea Hirata adalah joint-venture antara PTS (51%) dan Mizan (49%).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS akan Menubuhkan 2 Anak Syarikat Baru Previous entry: Surah al-Qaari’ah dalam Bahasa Iban
Imran Yusuf  on  12/13  at  08:41 AM

Assalamu’alaikum Puan,

Alhamdulillah, kini PTS bukan sahaja menjadi pengimport harta intelek dari Indonesia dan pengeksport harta intelek dan ke Indonesia, tetapi juga menjadi ‘agent’ atau ‘broker’ yang menguruskan deal antara penulis Indonesia dan penerbit Indonesia.

Sungguh ironis tetapi mengagumkan!

Tuhan membahagikan rezeki melalui jalan yang tidak terfikir oleh akal manusia…

Juliana  on  12/22  at  02:43 PM

Salam.
Wah, ini sudah terbalik. Biasanya PTS yang akan menterjemahkan karya penulis Indonesia. Kini penerbit Indonesia pula memohon dari PTS untuk menterjemahkan karya penulis negara mereka sendiri. Syabas PTS!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: