Sunday, August 12, 2007

Buku Kecil Potensi Besar

Buku-buku kecil ini adalah karya Tuan Muhd. Alif Redzuan dan Puan Sanimah Hussin, dua orang pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ilustrator siri ini adalah seorang pelukis bangsa Jepun yang juga seorang ekpatriat bertugas di sebuah syarikat Jepun di Kuala Lumpur.

Tuan Alif dan Puan Sanimah adalah lulusan universiti di Jepun. Mereka belajar di sana selama 7 tahun.

Dalam setiap siri ini, perkataan-perkataan Jepun diperkenalkan bagi tujuan pendidikan, yakni supaya kanak-kanak yang membaca siri ini berminat belajar bahasa Jepun dan bercita-cita belajar ke negara itu.

Siri ini mendapat sambutan baik di kedai-kedai buku. Setiap tahun ia diulangcetak. Sebanyak 10 siri ini akan diterbitkan.

Apabila selesai nanti, akan diterbitkan pula edisi koleksi lengkapnya dalam 1 buku tebal. Jadi, akan ada minimum 2 edisi, ertinya 2 sumber royalti.

Jika kemudian siri ini dapat diekspot ke Jakarta, sudah 3 sumber royalti.

Jika kemudian ia diterbitkan dalam edisi mewah, sudah 4 sumber royalti. Ini bukan kes satu kali tembak, cuma dapat 2 ekor burung....

Tuan Alif dan Puan Sanimah sekarang sedang menjalankan penyelidikan tesis Ph.D. mereka. Sambil itu mereka sedang menuliskan travelogue belajar di negara Jepun.

Kebetulan, mereka adalah suami isteri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: "Laskar Pelangi" adalah Jibunsyi Previous entry: Wajah adalah Harta Intelek
Mya Marja  on  08/13  at  03:21 AM

Assalamualaikum,

Untungnya punyai pasangan yang sama aliran, sama cita rasa dan sama cita-cita.
-----

Alang Kelana  on  08/13  at  07:11 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tahniah Tuan Alif, tahniah....

Muhd Alif Redzuan/ Sanimah Hussin  on  08/13  at  11:33 AM

Assalamu’alaikun Puan Sifu,

Terima kasih di atas sokongan dan semangat yang diberikan oleh Puan Sifu dan Team PTS. Ini membuatkan semangat kami lebih membara untuk menulis dan terus menulis. Jutaan terima kasih kerana ilmu yang dicurahkan oleh Puan Sifu kepada kami berdua dalam setiap kursus yang kami hadiri.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: