Wednesday, July 23, 2008

Buku Kecil Royalti Besar

Banyak common sense yang betul, tetapi tidak kurang pula common sense yang sebenarnya salah, disebabkan akal biasa tidak semestinya betul.

Logik akal biasa mengatakan, ganjaran adalah commensurate dengan kesukaran kerja. Justeru ramai orang yakin projek besar membawa keuntungan lebih besar daripada projek-projek kecil.

Begitu juga, ramai orang percaya kerja-kerja yang teruk menerima perolehan lebih besar daripada kerja yang ringan.

Dalam dunia buku, ada buku yang besar dan yang sukar dihasilkan, yang membawa pulangan besar. Sebagai contoh buku Kamus Dewan adalah sebuah projek besar dan ia adalah buku terbitan DBP yang paling menguntungkan.

Saya juga mempunyai buku jenis ini. Kamus-kamus peribahasa saya menelan kos RM27 ribu, 6 orang pembantu, dan 3 tahun bagi mengumpulkan dan menyusunnya. Ia juga merupakan buku saya yang paling menguntungkan sehingga hari ini.

Tetapi banyak buku-buku kecil dan yang mudah ditulis dapat menghasilkan perolehan yang melebihi kos penulisannya. Buku itu mungkin ditulis dalam masa 3 minggu sahaja, tetapi ia laku keras dan evergreen pula.

Buku-buku doa dan panduan ibadat harian adalah contoh yang baik. Begitu juga buku-buku cerita untuk bacaan kanak-kanak dan remaja.

Royalti buku-buku kecil memang kecil disebabkan harganya yang murah, tetapi buku-buku itu evergreen dan pasarannya luas. Justeru apabila dihimpunkan, jumlah royaltinya dapat menjadi besar, malah mungkin jauh lebih besar daripada royalti buku-buku besar yang susah menulisnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khidmat Masyarakat: Teater "Syurga atau Neraka" Previous entry: Hakcipta: Kesalahan Menyalin dan Menyadur
alang bidara  on  10/03  at  06:17 AM

Sifu, Kalau begitu buku yang sealiran dengan kamus seperti istilah, glossary perkataan-perkataan teknikal, istilah bahasa komputer, istilah bahasa internet dan sebagainya mungkin juga termasuk kategori buku kecil royalti besar (atau bertali arus royaltinya, walaupun tidak besar). Atau istilah loghat Negri Sembilan, loghat Melayu Jawa/Banjar/Boyan dibukukan semacam kamus mungkin boleh dapat pasaran kah?
-----

Puan Ainon Mohd.  on  10/03  at  10:05 AM

Tuan Alang,

Pasaran kamus umum dan kamus istilah tidak serupa. Pasaran kamus umum amat besar, manakala pasaran kamus istilah terhad.

Bagi glosari bidang teknologi yang pesat perkembangannya, ia lebih berisiko. Glosari bidang internet umpamanya, tiap-tiap hari bertambah! Belum sempat kamus itu diterbitkan, sudah out-of-date!

rifz  on  07/23  at  06:05 PM

Saya ingin bertanya syarat2 pengkaryaan sesebuah buku. Apa yang dibenarkan. Adakah buku seperti seni pertahanan diri mempunyai prasyarat yang ketat?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: