Buku Kecil tetapi Evergreen
Siri Penyiasat Ekstrovert ini adalah buku kecil. Ia dikarang bagi bacaan remaja awal antara 8 - 10 tahun.Harga siri ini pun murah. Margin keuntungan bagi penerbit pun amat tipis. Jadi, royalti penulisnya pun tidak seberapa.
Siri ini diramalkan dapat bertahan berpuluh-puluh tahun dalam pasaran!
Siri ini adalah 'ayam laga' PTS yang bersaing dan bertarung dengan siri penyiasatan karya Enid Blyton.
Teropong PTS mengatakan siri ini akhirnya akan menang kerana faktor budaya dan nilai-nilai lokal lebih disukai pembaca lokal.
Katakanlah pengarang siri ini, En. Mohamad Kholid Hamzah, hanya mendapat royalti RM500 ringgit setahun bagi setiap judul bukunya. Tetapi apabila siri ini sudah mempunyai 20 judul, beliau akan menerima RM10,000 setahun - selama berpuluh-puluh tahun!
Pengarang dan penerbit buku-buku remaja awal perlu mempunyai minda peladang kacang hijau. Memang setiap butir kacang itu amat kecil. Tetapi apabila kacang itu sudah sebuntil, harganya mahal.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Sifu-san;
Bila pula PTS akan anjurkan bengkel asas penulisan siri kanak-kanak atau siri kecil begini?.
Jika saya ada proposal, barangkali boleh dimelkan terus kepada Sifu sahaja?.
Terima kasih.
Selepas tanda soal (?) tidak ada noktah (.) ataupun koma (,) lagi.
sahaja?. (SALAH) = sahaja? (BETUL)
Hantar sinopsis terus kepada Puan Norhazizam<a href=“norhazizam@pts.com.my” rel=“nofollow”>, Pengurus PTS One.
——-
Post a comment