Monday, December 31, 2007

Perang Urat Saraf: Inilah Pengarang Buku Kristian yang Paling Popular di Kalangan Pembaca Melayu

Norman Vincent Peale adalah orang yang mula-mula mencipta istilah "Positive Thinking". Beliau mengarang buku "The Power of Positive Thinking" (1952) yang menjadi buku motivasi paling berpengaruh (selepas Quran).

Buku itu sudah terjual lebih 20 juta naskhah, dan diterjemahkan ke dalam 41 bahasa-bahasa dunia, termasuk Bahasa Indonesia.

Sampai hari ini buku "The Power of Positive Thinking" adalah buku motivasi paling popular dan paling banyak terjual di Malaysia. Buku ini masih memegang rekod sebagai buku motivasi paling evergreen di semua kedai buku utama negara ini.

Dari kulit luar buku itu, sedikit pun tidak ada tanda-tanda buku ini adalah buku dakwah Kristian. Oleh sebab itu, sampai hari ini, banyak orang Melayu yang meminati buku-buku Inggeris membeli dan membaca buku ini.

Contoh ayat-ayat dari Bible yang diselitkan dalam bukunya: "Following is the affirmation which I gave him — "I can do all things through Christ which strengtheneth me." (Philippians 4:13) He was unfamiliar with these words so I wrote them on a card and had him read them over three times aloud."

Justeru, orang Melayu tidak perlu membaca Bible. Dengan membaca buku "The Power of Positive Thinking" karangan paderi ini, dia sudah membaca Bible.

Kita mengajak penerbit buku-buku agama Islam supaya melakukan inovasi dengan menggunakan cara-cara perang urat saraf yang amat halus bagi menyampaikan buku-buku ajaran Islam supaya dibeli dan dibaca oleh orang-orang bukan Islam. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat daripada Seorang Peminat Buku-buku Paderi Norman Vincent Peale Previous entry: Surat Pilihan: Lagi Isu 3 Abjad Ciptaan Bangsa Romawi 'S' 'A' dan 'W
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/31  at  06:33 AM

Memang terfikir untuk mengadaptasikan buku ini selepas buku adaptasi sekarang siap.

Beliau seperti John C Maxwell sekarang.Kedua-dua pun saya suka baca.Tapi tidak terpengaruh dengan ajaran Kristian.

Contohnya buku adaptasi yang saya sedang tulis sekarang mempunyai banyak juga petikan Al-Quran dan hadis selain sirah para nabi dan sahabat.

Buku adaptasi ini merupakan gabungan 2 orang lagi rakan dan salah seorang lulusan dalam usuluddin dan sekarang membuat “master”.Juga merupakan rakan kuliah di UNIKA PTS.

Insya Allah ianya menepati apa yang Sifu inginkan seperti di atas.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/31  at  06:43 AM

“Contohnya buku adaptasi yang saya sedang tulis sekarang (akan) mempunyai banyak juga petikan Al-Quran dan hadis selain sirah para nabi dan sahabat”

Kesilapan ayat,ditambah (akan)

rastom  on  12/31  at  06:50 AM

Rasanya agak subversif jika saya cadangkan buku buku Pendeta Zaaba diterbitkan semula sebagai contoh buku motivasi (dengan disesuaikan ke gaya bahasa terkini).

NeenaUmi  on  12/31  at  08:53 AM

Assalamualaikum warahmatullah,

Semoga kita dan anak cucu kita semua senantiasa dipelihara Allah…

Akan tiba masanya anak cucu kita akan ‘terkeliru’ dengan bahan penulisan ajaran bukan Islam di Malaysia…keadaan semakin ‘gelap’ berjerebu… umat Islam semakin diasak bertubi-tubi dari pelbagai sudut. Terkini adalah dibolehkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam bahan edaran dan kuliah satu badan bukan Islam di muka bumi kita yang tercinta ini…

Adakah kita umat islam masih boleh dan mahu duduk berpeluk tubuh, berdiam diri sebagai pemerhati?

Wasalam…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/31  at  08:58 AM

Puan Dr. NeenaUmi,

Baca laporan dalam BBC, badan itu sudah tarik kerajaan Malaysia ke mahkamah.

Media Malaysia senyap sunyi, langsung tidak melaporkannya!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/01  at  01:33 AM

Bukankah “Allah” (dalam bahasa Arab) sama dengan “God” (dalam bahasa Inggeris)? Kalau kita beritahu demikian kepada anak-anak kita, insyallah mereka tak akan keliru.  Orang Arab Kristian menggunakan “Allah” dalam doa seharian mereka.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/01  at  03:18 AM

Rosiah..betul apa yang Sdri katakan…

Kristian mazhab ortodoks tetap menggunakan nama-nama seperti Musa dan Ibrahim. Contohnya rahib-r5ahib di Gereja Nativity, Palestin yang memberikan perlindungan kepada orang Islam yang melarikan diri dari tentera Israel pada awal tahun 2000.

Kebanyakan mazhab Protestan menggunakan perkataan Allah juga dalam ajaran mereka…

Yang jauh berbeza ialah mazhab Roman Katolik…

Oleh itu umat Islam harus didedahkan dengan pengetahuan yang betul bagi mengelakkan termakan dengan dakyah Kristian.

Contohnya di universiti saya dulu terdapat gerakan Sidang Injil Borneo (SIB) yang amat aktif dalam dakwah dan bertanding dalam pilihanraya MPP atas tiket pro umno..

Akhirnya dengan mudah persatuan mereka itu dapat menggunakan bilik mesyuarat sebagai markas bila menang…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/05  at  01:27 PM

Rupa-rupanya Roman Catholic diMalaysia menggunakan “Allah” dalam majalah The Herald mereka. Nampak sah ini satu muslihat nak kelirukan orang Islam diMalaysia.  Namun, kita mesti bersedia untuk mengingatkan anak-anak kita yang sekarang, dalam risalah Bahasa Melayu bagi orang Kristian diMalaysia, mereka menggunakan Bahasa Arab bila menyebut Tuhan.  Mereka meniru orang Melayu diMalaysia dimana kita selalu menggunakan Bahasa Arab, ia-itu “Allah” bila menyebut Tuhan, seperti didalam Quran.  Semoga Allah sentiasa melindungi kita daripada musuh-musuh Islam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.