Buku Laku Tetapi Duit Tidak Ada
![]()
![]()
Orang yang belum pernah berniaga lazimnya menyangka, kerja yang paling susah adalah kerja menjual.
Bukan. Menjual bukan kerja yang paling susah. Menjual adalah kerja yang paling senang. Semua orang boleh menjual. Apa-apa sahaja dapat dijual.
Kalau penulis menerbitkan bukunya sendiri, dia boleh pujuk supaya kedai-kedai buku Mamak dan gerai-gerai majalah Mamak mengambil novelnya supaya dipamerkan dan dijual kepada pelanggan.
Dalam bisnes ada dua proses yang berbeza. Satu menjual. Satu lagi mengutip hutang.
Bagi penjual aiskrim menggunakan motosikal, proses menjual dan mengutip bayaran berlaku pada waktu yang sama.
Dalam bisnes besar, amalan jual-bayar serentak antara pembekal dan syarikat, hal itu tidak berlaku. Segala-galanya menggunakan sistem kredit – jual beli secara hutang.
Kerja yang paling susah dalam perniagaan adalah MENGUTIP HUTANG!
Buku habis terjual, hutang tidak dapat dikutip. Inilah risiko paling besar bagi penulis yang menerbitkan sendiri bukunya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment