Saturday, December 23, 2006

Buku Masuk Kedai Buku Superstore





Semua penulis mahukan bukunya dipamerkan dalam kedai-kedai elit seperti MPH, Borders dan Kinokunia sebab hal itu meningkatkan status diri si penulisnya di mata masyarakat.


Setiap penerbit juga mahukan buku-buku terbitannya dapat dipamerkan dalam kedai-kedai elit itu. Pertama, berniaga dengan korporat tidak ada risiko mereka tidak membayar hutang. Kedua, para penulis lebih suka menerbitkan bukunya dengan penerbit yang berjaya menembusi kedai-kedai elit.


Tidak semua penerbit dapat memasukkan buku mereka ke kedai-kedai buku elit.


Jika buku saudara diterbitkan oleh DBP sekalipun, belum tentu buku saudara boleh dibeli daripada kedai-kedai itu disebabkan faktor DAWAMA. Baru-baru ini rangkaian Popular meminta PTS membekalkan buku-buku DBP kepadanya, tetapi PTS bukan agen Dawama. PTS tidak berminat menjadi agen Dawama disebabkan amalan-amalan bisnes yang 'luar biasa'.


Penerbit kecil lazimnya sukar memasuki rangkaian kedai buku elit disebabkan beberapa faktor:


(1) Kedai buku elit mahu melihat katalog buku-buku saudara.


Syarat ini bermakna hanya penerbit yang mempunyai katalog buku sahaja, yakni penerbit yang sudah menerbitkan banyak judul, yang diterima sebagai pembekal kedai-kedai itu.


Bagi menjaga efisiensi, kedai-kedai elit tidak suka berurusan dengan terlalu banyak pembekal sebab mereka tidak mahu 'overload' sistem komputer mereka. Mereka akan mengarahkan penerbit kecil membekalkan judulnya melalui pengedar besar yang mempunyai akaun dengan mereka.


(2) Kedai buku elit mahukan servis yang bagus dari pembekal.


Ini bermakna saudara dikehendaki mempunyai salesman yang khusus menjaga urusan pembekalan ke kedai-kedai buku itu. Lazimnya hanya penerbit yang besar sahaja yang dapat memenuhi syarat ini.


Di PTS, Cik Hasmariza adalah eksekutif yang khusus menjaga khidmat pelanggan rangkaian kedai-kedai elit bagi Lembah Kelang. Kedai-kedai indie di Lembah Kelang diservis oleh eksekutif lain.


(3) Kedai buku elit mahukan judul baru.


Salah satu kekuatan kedai buku elit adalah jabatan “New Arrivals” ataupun “Buku Baru Sampai”. Kalau saudara hendak mencari buku baru, pergilah ke kedai buku elit.


Ini memang budaya bisnes kedai buku elit. Mereka mahukan judul baru setiap bulan. Judul akan dipamerkan selama 1 ataupun 2 bulan. Kalau dalam tempoh itu judul tidak bergerak, mereka akan turunkan dari rak, masukkan ke dalam kotak, dan pulangkan kepada penerbit sebagai buku return. Tempat yang kosong itu akan diisi oleh judul baru yang lain.


Mentaliti pengurusan kedai elit tidak teruja dengan amalan “repeat order” bagi judul lama. Salah satu faktor yang menyebabkan mereka asyik mahukan judul baru terbit adalah sejarah bisnes mereka. Sebagai contoh, sehingga akhir-akhir ini, MPH hanya menjual buku-buku Inggeris impot. Moto MPH adalah “The Best English Bookstore”. Jadi, sistem komputer MPH dibina khusus bagi tujuan itu.


Hanya baru sekarang MPH belajar berniaga dengan penerbit tempatan yang sangat bergantung kepada 'repeat order' sedang sistem MPH umpama tidak 'friendly' kepada alaman bisnes 'repeat order'.


Jadi , bagi membolehkan produk saudara menembusi pasaran kedai-kedai buku superstore, saudara memerlukan otot bisnes yang kuat.


Otot bisnes kuat yang paling penting saudara miliki adalah barisan staf yang berkelulusan tinggi, sebab hanya dengan modal insani yang tinggi barulah mereka dapat cepat belajar hukum-hukum budaya perniagaan korporat. Lazimya, penerbit kecil tidak mampu mengambil barisan staf berkelulusan tinggi.


.


.









 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Millennia Sdn Bhd Mencari Pengarang Novel Islami Previous entry: Mencari Formula Buku Evergreen
Kang  on  12/24  at  01:33 PM

“Serahkan pada yang pakar.” Itulah mesej keseluruhan entri ini. Walaupun saya pernah menjadi penerbit, akhirnya saya lebih suka bernaung di bawah PTS.

Memang benar—jangan harap ‘ikan bilis’ dapat masuk dengan mudah ke dalam kedai buku elit sedangkan salah satu syarat supaya buku dipandang ‘ada harga’ ialah masuk ke dalam kedai buku elit.

Walaupun buku-buku saya pernah tersusun di kedai buku Jalan TAR namun tidak sama ‘nilai’nya dengan terletak di rak kedai buku besar dan elit.

Ada yang mengatakan saya bodoh kerana dapat lebih kurang 10, sedangkan penerbit dapat 90. Saya sentiasa berpijak di bumi nyata, bukan berdasarkan penglipurlara. Jangan ingat 90 itu milik PTS kesemuanya. Sebahagian besar milik MPH, Borders, Popular, Cresent (yang suka sangat ‘drag’ pembayaran), dan berpuluh-puluh lagi pengedar. Sebahagian lagi, kira-kira 20% pergi kepada pencetak. Bagaimana dengan 50 staf PTS? Bagaimana dengan sewa kilang di Batu Caves dan blok pejabat di Wangsa Melawati? Jadi, agak sendiri (hanya) berapa yang tinggal untuk PTS?

Mereka yang suka mengatakan, “Kenapa dapat 10 sedangkan penerbit dapat 90” saya anggap adalah kerana pengaruh PENGLIPURLARA dari buku yang ada menyebut tentang jutawan tetapi mengenepikan kira-kira mudah, margin, jualan dan ‘hukum angka’.

Betul atau tidak apa yang dikatakan—buku penglipurlara hanya merosak!

Mbakyu, alamak dah berubah kepada font Times, tak sedap mata membacanya berbanding Verdana yang biasa.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  12/24  at  10:59 PM

Dr Kang,font berubah dsebabkan saya buat entri dari Seri Malaysia Pulau Pinang, ada isu teknikal.

Tentang “orang lain dapat 90” manakala penulis dapat 10, begitulah logik orang yang tidak membaca buku-buku ilmu perbiagaan yang sohih.

Penulis dapat antara 7 - 11% royalti di PTS. PTS dapat margin 3% sahaja. Bezanya PTS menerbitkan beratus2 judul. Itu sebab PTS mampu menambah modal kerja dari dalam, dengan tidak bergantung dari pinjaman loan term bank. Yang 3% itulah yang disimpan dan dijadukan cagaran tunai bagi tambahan fasiliti.

Dulu-bulu, waktu mula buka bisnes, hendak guna fasiliti RM100 ribu kena letak duit RM100 rihu tunai selepuk atas meja pengurus bank. Sekarang bank sudah makin yakin, hendak tambah RM500 ribu, dia minta RM350 tunai selepuk atas meja pengurus.

ADa yang dikir RM500 ribu itu banyak. Sebenarnya RM500 ribu itu hendak bayar kos cetak buku PTS 2 bulan pun tak cukup! Sekrang ini kos cetak pun sudah hampir mencecah RM300 ribu sebulan. Itu belumm masuk, gaji, sewa, bil api air, EPF, SOCSO, insuran kesihatan, perbatuan, penginapan salesman, zakat, derma, kerosakan, dan macam-macam lagi.

Kang  on  12/25  at  02:26 AM

Saya amat percaya, dengan sistem kerja PTS, sasaran jualan RM14 juta (sekali ganda dari tahun 2006) tahun 2007 akan tercapai.

RM500 ribu itu banyak? Kalau menurut buku penglipurlara adalah banyak, dan ‘separuh jutawan’. Sesiapa yang pergi ke booth PTS dalam Pesta Buku 2006, 3/4 kandungan gerai itu, nilai bukunya RM0.5 juta. Itu yang Presiden Arief beritahu.

Mbakyu, kalau sekarang belanja percetakan RM300,000.00 sebulan, bermakna tahun 2007 akan naik sekali ganda, RM600,000.00 sebulan?

Puan Ainon Mohd.  on  12/25  at  03:27 PM

Dr. Kang,

Ini gosip, tahun depan belanjawan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk membeli buku adalah RM40 juta. Kalau kita mahu RM2 juta, kita mesti ada 150 judul baru terpilih. Ertinya, kalau kita cuma ada judul sekarang (existing title), macam mana hendak dapat sebahagian daripada kontrak itu?

Kalau mahu dapat kontrak PNM kita mesti belanja lebih untuk mencetak judul baru dan judul lama.

Tahun depan PTS paling kurang terpaksa ulang cetak 150 judul lama, sebab kedai2 buku masih mahu buku-buku itu.

Tambah 50 judul lama yang mesti diulangcetak adalah buku rujukan universiti, sebab walaupun kedai2 buku tidak mahu jual buku akademik, tetapi student gunakan, dan kita jual buku untuk student di kedai buku koperasi universiti. Buku akademik memang tidak membawa keuntungan. Ini perjuangan, kita tak boleh kira untung. Kita cetak buku akademik dengan menggunakan keuntungan daripada jualan buku2 motivasi (termasuk dari jaulan buku MLM Dr. Kang!)

Justeru, ulangcetak sahaja sudah 200 judul! Tambah 150 judul baru? 350 judul. Tapi bukan semua judul yang kita terbitkan dipilih oleh PNM. Jadi kita mesti terbit paling kurang 200 judul baru. Ertinya 400 judul mesti dicetak. Itu sekitar 30 judul sebulan, minimum 1 judul 1 hari mesti dicetak.

Presiden Arief sedang fikir-fikir mahu beli kertas sendiri supaya harga buku dapat diturunkan. Minimum kos beli kertas adalah RM500 ribu.

Dr. Kang, kalau difikir-fikir, hati saya gerun memikirkan jumlah personal guarantee yang saya tandatangani sekarang, berserta ahli lembaga pengarah PTS (1 abang dan 1 adik lelaki saya, duit modal PTS kami bertiga yang keluarkan, tambah pinjam duit dari Prof. Abdullah Hassan). Tetapi ini isu perjuangan. Teringat pesanan ustaz penasihat peribadi saya, “berjihad itu mula-mula sekali adalah dengan harta, bukan dengan diri dan nyawa…”

Ini perjuangan… dengan darah, nanah dan air mata, kita akan teruskan perjuangan ini. Kalau fikir duit, kita terbit buku misteri dan buku asmara, tapi kita fikirkan perjuangan….

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.