Buku Melayu dalam Kedai Buku Elit
Pada masa ini kedai-kedai buku elit sudah mahu mempamerkan buku-buku Melayu di depan pintu masuknya. Ini lebih-lebih lagi benar apabila kedai elit itu berada dalam kawasan perumahan Melayu ataupun ia dikunjungi banyak pembeli Melayu.Fenomena ini tidak pernah terbayangkan suatu masa dahulu disebabkan selama 50 tahun DBP menerbitkan buku Melayu, buku-buku DBP gagal masuk kedai buku elit, apatah lagi hendak dapat dipamerkan di depan pintu masuknya.
Apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan buku-buku Melayu mendapat sambutan hangat dalam pasaran.
Bagi pekedai, mereka mahukan buku yang laku dijual, sebab hanya buku yang laku dijual sahaja yang dapat membawa wang masuk ke dalam akaun bank mereka. Mana-mana buku yang laku keras, itulah buku yang akan dipamerkan di depan pintu masuk.
Buku-buku Inggeris pun, jika ia tidak laku keras, ia akan dipamerkan jauh dari pintu masuk kedai.
Nilai sewa lantai di depan pintu masuk adalah amat mahal. Jadi buku-buku yang kurang laku dipamerkan jauh dari ruang depan pintu masuk - di depan pintu juga... tetapi di depan pintu tandas!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum dan salam hormat buat Puan Sifu.
Amat bersetuju dengan entri Puan kali ini. Ada sebuah kedai cawangan DBP di Klang, lokasinya memang strategik, terletak berdekatan dengan 4 buah sekolah. Tetapi diperhatikan, terlalu kurang manusia yang memasuki premis tersebut. Entah dimana silapnya.
——-
Abang Long,
Mungkin buku-buku yang dipamerkan itu buku-buku peringkat universiti.
Tidak ada orang berani mempertikaikan kualiti kandungan buku-buku DBP. Cuma cara pembungkusannya sahaja yang bermasalah. Siapa yang buat pembungkusan itu yang perlu ditebak. ehem ehem~~~
Tahniah buat PTS yang sering mendapat ruang pameran yang strategik. Tahniah buat industri penerbitan Melayu.
Post a comment