Buku Melayu dan Segmentasi Pelanggan Stesen TV
Adakah buku-buku Melayu dibeli dan dibaca oleh Melayu dan bukan Melayu?
Dapatkah industri buku belajar dan mencontohi bagaimana stesen TV mengkategorikan penonton sasarannya?
Ambil sebagai contoh, Media Prima, syarikat induk yang memiliki 4 stesen TV, yakni TV3, TV9, V8 dan TV7 mengkhususkan kandungan siarannya berdasarkan kategori penonton seperti berikut:
(a) Kandungan TV3 adalah ditujukan untuk golongan Melayu urban yang nilai-nilai Melayu-Islamnyanya sudah cair.
(b) Kandungan siaran TV9 adalah ditujukan untuk Melayu urban yang nilai-nilai Melayu-Islamnyanya masih kuat.
(c) TV8 ditargetkan kepada golongan yang "very urban", tanpa mengira Melayu ataupun bukan Melayu. Justeru kita dapat melihat adanya program-program yang setanding dengan negara-negara maju daripada sudut citra moralnya.
(d) Kandungan NTV7 pula dikhususnya kepada isu-isu global.
Dalam industri buku Melayu, para penerbit tidak berfikir seperti syarikat TV. Ambil dalam kes memilih desain kulit buku: penerbit tidak membuat kajian perbezaan citarasa warna antara pelbagai kelompok pembeli buku.
Sesetengah warna dan desain hanya digemari oleh sesuatu kelompok tetapi tidak oleh kelompok lain. Ambil sebagai contoh, perempuan Cina tidak memakai baju yang diperbuat daripada kain bercorak bunga-bungaan, ataupun bahan yang kilat-milat, sedangkan perempuan Melayu amat menyukainya.
Perempuan Melayu kampung dan golongan pendapatan rendah di bandar suka bahan pakaian yang menggunakan warna-warna yang garang dan terang benderang, manakala wanita Melayu urban dan profesional tidak menyukainya.
Perempuan Melayu, baik yang urban, profesional ataupun kelas bawah, semua suka frill pada pakaian mereka, seperti sulaman ataupun labuci. Ini sama sekali tidak disukai oleh perempuan Cina.
Perempuan Cina suka kain yang menggunakan warna plain, kosong, tidak kilat, yakni lebih menyerupai warna kain pakaian lelaki. Hanya perempuan Cina tua yang memakai kain bunga-bunga, itu pun dalam warna kelam dan bunganya kecil-kecil!
Lelaki Melayu 'sanggup' memakai warna-warna perempuan: merah, kuning, biru, hijau yang terang dan garang, tetapi hanya apabila mereka memakai baju Melayu ataupun batik. Lelaki Cina tidak akan melakukan ini. (Cuba lihat towkay-towkay Cina yang memakai batik apabila naik ke Genting bagi masuk kasino, mereka memakai batik Indonesia!)
Bagaimanakah maklumat warna seperti ini dapat dimanfaatkan apabila penerbit hendak memilih pakeging buku-buku Melayu?
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Sifu, Jikalau PTS ingin membuat segmentasi pembaca buku-buku PTS kepada segmentasi seperti 4 saluran TV yang disebutkan di atas, maka bahasa dan penggunaan istilah juga perlu berorientasikan demikian, tetapi tetap ke arah mendokong Islam sebagai matlamat, yakni megajak mereka kepada Islam mengikut “istilah dan konnotasi” segment pasaran tersebut, (ya Sifu?) supaya usaha dakwah “kita” lebih berkesan…
——-
Tuan Alang, alaikumussalam!
Kita sedang cuba melakukan pakejing buku-buku PTS berdasarkan segmentasi. Cuba lihat cover design buku-buku PTS ISLAMICA, ada semacam perbedaan dibandingkan dengan design tradisional buku-buku agama. Demikian juga pada judul-judulnya. Sehingga orang keliru dan menyangka buku-buku itu bukan buku agama.
Dengan kata lain, orientasi design atau penggunaan bahasa bukan sekadar menarik pembaca membeli buku, tetapi juga supaya tujuan dakwah “kita” lebih berkesan dan mengenai sasaran dengan lebih tepat.
Jika media eletronik membuat segmentasi pasaran bagi meningkatkan keuntungan, maka penerbit buku (lebih-lebih lagi PTS) perlu meng-segmentasi pasaran bagi menambah pembeli buku-buku keluarannya, dan dengan demikian mesej dapat disampaikan secara lebih meluas.
Ya, pakejing (pinjam kata sifu) itu penting. Kerana choc-chip yang pakejing menariklah bisa bikin goncang, toh , mungkin tsunami ! Zaman <b>kitab kuning,/b> persepsi orang terhadap bahan bacaan banyak bedanya dengan hari ini. Katakunci untuk bisnes (apa apalah) ialah Halwa Mata!
Tuan Rastom,
Isu pakejing ini memang penting. PTS ada beberapa pengalaman, kulit pertama 3 tahun buku baru habis terjual. Selepas ditukar kulitnya, 4 bulan sudah ulangetak. (Ini isu penampilan si choc-chip.)
Isu judul pun begitu juga. Ada perkataan2 yang apabila dugunakan sebagai judul, buku lembap keluar dari setor. (Ini isu nama glamour si choc chip.)
tahniah puan! kulit buku-buku pts semuanya cantik-cantik.
Bercakap fasal warna. Ini cerita benar di Terengganu.
Saya ada menerima tempahan membuat/mencetak kad perniagaan. Designer saya pun buatlah apa yang patut dan hantarkan kepada ahli perniagaan yang agak terkenal di Kemaman ini. Sekejap kemudian, dia telefon saya , “Din, mu ubah warna dalam kad itu. Letaklah warna apa pun asalkan bukan biru atau hijau”.
Baru saya perasan selepas itu, kad perniagaannya ada mempunyai warna hijau gelap dan biru gelap. Jadi untuk menjaga hati pelanggan-pelanggannya yang mempunyai pelbagai “fahaman”, dia tidak mahu menggunakan dua warna ini. Kami pun memilih warna baru baginya—orange dan coklat. Barulah dia berpuas hati. Inilah kisah warna di Terengganu.
Sesiapa yang datang ke Terengganu dan ditanyakan soalan, “Mu orang hijau atau orang biru?”, maka pandai-pandailah menjawabnya.
Saifuddin.
123, mau ngetest sebab terlupa tutup code </b> Harap maaf, jika tidak ditutup habis semua komen jadi bold. Ini masalahnya jika komen tak boleh dipreviu
Harap sekarang sudah ok….
Tuan Saifuddin,
Pengalaman Tuan di Kemaman juga kami alami di PTS, tetapi ia cuma melibatkan kulit buku yang menggunakan warna hijau sebagai warna utamanya.
Ini berlaku sewaktu PTS masih muda, kami dapati kulit buku hijau tidak laju terjual, meskipun di Pantai Timur!
Nampaknya menjual buku pun mesti panadi ambil hati pengguna yang datang dari “dua kem terbesar” iaitu yang “hijau” atau “biru” ye…Kalau gitu warna purple dan oren dilihat sebagai yang neutral lah agaknya, begitu?
Hijau dan biru adalah gabungan warna yang sangat indah jika diamati betul-betul. Hijau ibarat warna semulajadi seperti hutan, rumput dan sebagainya manakala biru pula seperti langit dan lautan. Tetapi jika digabungkan untuk kulit buku saya kira memang tidak lawa langsng, saya pn tidak mahu membelinya. Namun secara tersirat gabungan warna tersebut memang mendamaikan.
Post a comment