Saturday, April 29, 2006

Buku Melayu dan Sewa Superstore Buku

Menurut satu sumber, sewa ruang kedai di kompleks membeli-belah Midvalley adalah RM16 satu kaki persegi, manakala di KLCC adalah RM23. Menurut sumber itu lagi, kadar sewa itu akan dinaikkan lagi.


Apabila kita perhatikan rak-rak dalam kedai buku elitis, nilai harga buku-buku impot yang diletakkan pada rak buku boleh naik sehingga antara RM600 hingga RM1000 bagi setiap kaki.


Berapakah nilai harga buku-buku Melayu yang mengisi ruang yang sama?


Maklumat ini berguna kepada para penerbit buku tempatan yang mahu membekalkan buku-buku terbitannya kepada operator rangkaian kedai-kedai buku yang ada dalam kompleks-konpleks membeli-belah bandar utama.


Jika penerbit mahukan buku-buku Melayu dijual dalam kedai-kedai buku seperti MPH dan Kinokuniya, maka perolehan daripada jualan buku-buku Melayu mestilah membolehkan pihak pengurusan membayar sewa ruang lantai yang digunakan bagi meletakkan rak-rak buku Melayu.


Ada dua strategi bagi membolehkan buku-buku Melayu masuk kedai-kedai buku dalam kompleks elitis.


Pertama, harga jualannya dinaikkan semahal harga buku-buku impot. Ini tidak mustahil dilakukan. Buku terjemahan DaVinci Code yang diimpot dari Indonesia terjual di Kinokuniya dan Popular pada harga yang lebih tinggi daripada harga novel tempatan. Buku-buku A. Samad Said terbitan Wira Bukit yang diedarkan oleh PTS dapat dijual dalam MPH meskipun harganya tinggi.


Kedua, buku-buku Melayu itu boleh dijual pada harga sederhana seperti sekarang, tetapi jualannya mestilah lebih banyak. Ini yang berlaku pada novel-novel sastera pop Creative dan novel cinta Alaf21.


Ruang dalam kedai buku bukan setor simpanan buku-buku Melayu yang tidak laku. DBP dan ITNM perlu disedarkan akan hal ini supaya kedua-dua institusi buku negara itu mengubah pola fikir dan cara kerja mereka.


Antara faktor-faktor yang menyebabkan buku-buku Melayu terbitan DBP dan ITNM tidak terdapat dalam kedai-kedai buku elitis adalah disebabkan buku-buku mereka tidak dipakejkan dengan cara-cara yang betul.


Rupa wajah buku-buku DBP dan ITNM tidak menarik, oleh itu tidak membantu MHP dan Kinokuniya mendapatkan perolehan jualan tinggi bagi membolehkan pihak pengurusan kedua-dua superstore itu membayar sewa yang tinggi.


 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Saiz Buku dan Saiz Kertas Previous entry: Buku PTS Masuk MyNews.com
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/13  at  03:25 PM

Alangkah baiknya kalau blog Puan tidak memasuki elemen-elemen politik. Ianya akan menjadi lebih digemari.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/13  at  11:18 PM

Sazzilah,

Kayu pengukur apa yang anda gunakan untuk menilai blog ini lebih digemari tanpa elemen-elemen politik?

Saya menggemari blog yang memasuki elemen politik kerana ahli politik yang menentukan polisi, memporak-perandakan, membuat tindakan setengah tiang dan membuat keputusan ikut suka aku.

Tindakan mereka mempengaruhi kehidupan harian kita, maka sebab itu perlu dibincangkan. Jika tidak mahu soal politik, lawat saja blog AF7.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/14  at  06:12 AM

Tuan Tokey,

Saya sependapat dengan tuan. Nasib bahasa ditentukan oleh dasar-dasar yang dibikin oleh orang-orang politik.

Jadi blog ini akan menulis tentang maklumat politik yang mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: