Saturday, May 29, 2010

Buku Motivasi Luar Negara lawan Buku Motivasi Tempatan

Pasaran buku-buku motivasi untuk bacaan ibu bapa adalah sekitar 3 ribu naskhah setahun. Ertinya, jualan judul-judul dalam kategori ini tidak meletup-letup. Walau bagaimanapun, pasaran itu ada sepanjang tahun, tahun demi tahun.

Bagi memenuhi keperluan pembaca, PTS menerbitkan judul-judul tulisan penulis luar negara dan penulis tempatan.

Kehadiran judul-judul luar negara yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tidak akan membunuh jualan judul-judul karya pengarang dalam negara. Masing-masing mempunyai kekuatannya sendiri.

Buku-buku karangan penulis tempatan dapat memasukkan unsur-unsur spiritual dan lokal yang relevan kepada keperluan ibu bapa, seperti unsur ajaran agama dan budaya tempatan. Inilah yang tidak ada dalam buku-buku dari luar negara.

Kelebihan buku-buku pengarang luar adalah dari sudut keluasan dan kedalaman ilmu-ilmu sains yang digunakan oleh pengarangnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Tugas Eksekutif Marketing (Program Event dalam Kedai Buku) Previous entry: Young Aisyah: Edisi Indonesia & Edisi Malaysia

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.