Tuesday, May 22, 2007

Buku Motivasi Bagaimana Yang Dibeli Orang

Bagi saudara yang berminat menulis buku motivasi, data jualan PTS menunjukkan buku-buku motivasi yang menyeru-nyeru pembaca supaya berubah sudah tidak laju lagi jualannya di kedai-kedai. Sehingga 3 tahun yang lalu buku motivasi jenis ini laku keras, tetapi semenjak dua tahun lalu jualannya menurun dengan ketara.

Data jualan PTS menunjukkan buku-buku motivasi yang menunjukkan kepada pembaca cara-cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran baru masih terus laku sepanjang tahun. Contoh klasik adalah buku Ahmad Fadzli Yusof "55 PETUA ORANG BERJAYA" yang kekal sebagai judul all-time-favorite tahun demi tahun.

Jadi, bagi saudara yang hendak menulis buku motivasi, tulislah buku-buku how-to. Judul buku itu dimulakan dengan "BAGAIMANA CARA ME..."

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Motivasi
(26) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tolong Jangan Buat Begini! (1) Previous entry: Satu Lagi Buku Baru dari Hadi Awang
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  05:03 AM

Apa kata Puan tulis buku untuk menjejaki dan mencari tentang bakat dan kelebihan yang ada dalam diri kita dan cara menggilap dan membangunkannya.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  06:11 AM

Assalamualaikum semua.

Seorang pelanggan tetap saya, seorang guru yang sering membeli buku-buku motivasi sebelum ini, apabila ditunjukkan beberapa buah buku motivasi terbaru PTS berkata lebih kurang begini kepada saya, “Minta maaflah, Din. Buku-buku motivasi sekarang ini semuanya streotype. Baca 5-10 muka sudah tahu apa isinya”.

Maaf, saya sebenarnya bersetuju dengan apa yang Cikgu itu kata…

Saifuddin.
Kemaman.

jOnOs  on  05/22  at  06:17 AM

Waalaikumsalam Tuan Saifuddin Awang,

Saya amat tertarik pada kata-kata pelanggan saudara. Jadi, apa yang saudara tanya semula kepada pelanggan itu agar kita dapat tahu selera pembaca. Apa pula pendapat beliau tentang buku motivasi yang bagaimana beliau suka dan cari untuk dibaca.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  07:10 AM

Tuan Jonos,

Buku motivasi PTS yang agak laku di ‘kedai kecil’ saya sekarang ialah “Motivasi Alihan Pelajar” dan “Saya Tidak Mahu Kaya tetapi Harus Kaya”. Mungkin isinya berlainan dengan buku-buku lain.

Kalau bukan buku PTS, buku “Jangan Bersedih / Don’t Be Sad” tulisan Dr Aidh Abdullah tetap mendahului yang lain.

Tetapi, perlu ingat, kedai kami terletak di Kemaman, bukan di bandar besar.

Saifuddin.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  07:44 AM

Memang betul apa yang dikatakan oleh saudara Saifuddin.

Setiap kali saya dan kawan-kawan pergi ke kedai buku mesti mereka kata “tengok buku2 motivasi PTS, indah khabar dari isi.”

Antara pandangan mereka:

- Isi banyak tetapi “hampas”
- Terlalu stereotype
- Syok sendiri

Ini antara pandangan mereka (mereka yang berkira duit untuk membeli buku).

JADI BOLEHLAH KITA MENGADAKAN PENILAIAN UNTUK MENINGKATKAN LAGI KUALITI BUKU MOTIVASI PTS!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  09:04 AM

Banyak buku motivasi yang “cut & paste” tidak ada identitinya sendiri.

ontahsapo  on  05/22  at  09:16 AM

Tidak bestlah semua buku motivasi ini….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  09:19 AM

Assalamualaikum Saudara Saifuddin,
Boleh saya tahu kedai saudara di mana ya?
mmm….sebenarnya banyak saya hendak belajar tentang perniagaan kedai buku ini!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  09:24 AM

Saya ada kawan di Kuantan… boleh saya tahu di area mana.. nanti kami boleh berkunjung.. tidak kisahlah kecil ataupun besar!
Tentu suka hati, bukan, Dr Aidh bukunya masih terjual!

Betul itu Ibnurabi.. banyak sangat “cut and paste”...

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  09:32 AM

Kemaman dan Kuantan dekat sahaja, bukan?

ontahsapo minat buku macam mana ya? Boleh kongsi?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  09:43 AM

Kedai Prima MS Enterprise, di Taman Chukai Utama, Kemaman. Dari Kuantan apabila dekat lampu isyarat Bomba Kemaman, teruskan ke Taman Chukai Utama.

Jangan belok ke kanan, itu ke Kuala Terengganu.

Jika mahu datang, email saya .(JavaScript must be enabled to view this email address).

jOnOs  on  05/22  at  10:24 AM

Begitu rupanya.. Terima kasih Tuan Saifuddin Awang.

Jika begitu, mari kita semua sama-sama membuat kajian terhadap buku motivasi itu dan berkongsi di sini pada masa akan datang.

Zamri Mohamad  on  05/22  at  02:23 PM

Saya pernah meminjam sebuah buku motivasi berharga kurang RM5, ia penuh pengulanagn kalau saya baca sekarang. Tetapi pada ketika itu, saya seronok membacanya. Ia membuka jalan baru dalam motivasi hidup.

Apabila saya lihat kembali pada zaman kecil itu, saya boleh simpulkan buku motivasi ada beberapa kategori

1. Buku untuk yang baru bermula. Ia adalah buku asas untuk mereka yang pertama kali ingin belajar motivasi diri. Ibu bapa biasanya akan menghadiahkan sebagai buku pertama untuk anak-anak yangbaru minat membaca. Tuan Saifudin, jika guru itu tidak menggemari buku yang dimaksudkan terangkan, ia adalah hadiah untuk orang baru bermula.

2. Buku untuk seperti guru tersebut sudah dikategori sebagai pembaca lama. Maka buku motivasi yang ada maklumat terbaru akan lebih membantu dan disarankan kepada beliau.

3. Orang yang tidak meminati buku motivasi, tidak perlu cerita lagi. Mereka boleh cari buku lain, bak kata Robert T Kiyosaki penulis buku “Rich Dad Poor Dad” apabila ada penonton berkata bukunya tidak membantu, “Cari buku lain”

4. Tuan Saifuddin, buat pakej untuk buku-buku hadiah untuk anak dan anak murid. Buku motivasi yang sudah boleh dijangka bak kata guru itu boleh dijadikan set buku hadiah untuk mereka yang baru bermula dalam dunia motivasi.

5. Saudara Aizam, apakah tajuk buku yang dimaksudkan agar kami penulis PTS boleh bedah siasat dan naikkan kualiti buku. (e-mel secara peribadi)

Sifu pun tulis banyak buku motivasi, no problem, barang siapa yang berminat mengutuk buku saya, boleh tulis secara terbuka apa-apa yang tidak berkualiti dalam buku-buku saya! Customer is always right!

Fadzli Yusof  on  05/22  at  10:45 PM

Asslamualaikum,

Sedikit promosi awal:

1. Buku 55 Petua Orang Berjaya akan ‘diperbaharui’ isi kandungan dengan tambahan beberapa lagi petua dan tip tambahan.

2. Sequel buku 55 Petua Orang Berjaya, iaitu Kuasa Hijrah:Kuasa Untuk Berubah (55 Petua Orang Cemerlang) juga akan terbit tidak lama lagi, Insya Allah. Sedang semak pruf, tetapi agak perlahan sedikit kerja saya kali ini. (kadang-kadang buat bacaan pruf 2 jam pun sudah selesai, ini sudah masuk hari ke-4!)

Terima kasih kerana sudi membaca smile

jOnOs  on  05/23  at  02:48 AM

Tuan Saifuddin Awang,

Maafkan saya dengan beberapa pertanyaan..

Mengikut pemerhatian Tuan terhadap pelanggan di bandar kecil, bagaimanakah cara fikir mereka dalam menerima sesuatu gaya motivasi dalam bentuk bahan bacaan?

Maksud saya di sini, adakah mereka perlu buku motivasi berbentuk dialog yang banyak seperti satu perbualan atau disertakan dengan sedikit cerita pendek.

Ibarat mendengar celoteh motivasi Dr Fadzilah Kamsah di cdnya atau menonton motivasi berbentuk kuliah dari Ustaz Aqil atau Ustaz Ismail Kamus di vcdnya, tetapi disampaikan dalam bentuk penulisan.

Adakah buku motivasi berbentuk seperti itu diperlukan pembaca atau pelanggan Tuan sebagai daya tarikan seronoknya membaca buku motivasi itu hingga dibacanya berulang-ulang.?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  04:20 AM

Tuan Jonos,

Saya boleh katakan pelbagai cara berfikir. Ada yang sukakan buku celoteh motivasi pendek-pendek ; ada yang sukakan karya panjang seperti tulisan Dr Aidh Abdullah (hampir 20 tajuk yang diterjemahkan!).

Memandangkan tulisan ini disiarkan di “Universiti Terbuka PTS”, saya rasa tidaklah adil jika saya ingin menulis tentang kelebihan buku terbitan orang lain. Tuan boleh email kepada saya secara peribadi untuk mengetahu jenis buku paling dibeli oleh masyarakat di sini.

Secara peribadi, ada sesetengah buku itu tidak saya gemari,seperti kata Tuan Zamri, “Buku untuk yang baru bermula..”  tetapi tetap dibeli orang. Sebagai penjual buku, mana yang laku yang itulah yang saya tambahkan stoknya.
Nota: Saya termasuk dalam golongan pembaca buku motivasi ‘lama’.

Buku motivasi terbitan PTS sebenarnya masih ada ‘ummph’ nya, tetapi dibimbangi kerana mengejar kuantiti dan dateline, kualiti isi kandungannya tidak dititik beratkan. Jika ada sesiapa yang masih ingat, setahun lepas, saya pernah menulis supaya cover buku PTS diubah suai dan di ‘upgrade’. Alhamdulillah, boleh dikatakan pada hari ini design cover buku-buku PTS jauh lebih baik dan antara yang terbaik di Malaysia sekarang, dalam kategori buku umum Melayu.

Maaf jika komen saya menyinggung perasaan sesiapa. Tidak ada niat sebegitu…

Saifuddin Awang.
.(JavaScript must be enabled to view this email address)

* Ex- Production Manager in one of international printing company Johor Bahru (1991-2005).

jOnOs  on  05/23  at  04:50 AM

Tuan Saifuddin Awang,

Saya faham.. Terima kasih banyak-banyak, semoga perniagaan Tuan Saifuddin Awang makin maju dan dimurahkan rezeki sentiasa. Amin.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  06:01 AM

En. Saifuddin,

Terima kasih kerana sudi memberitahu tentang kedai encik.

InsyaAllah ada kesempatan saya akan ajak kawan saya itu. Kalau Taman Chukai Utama itu kami tahulah. Terima kasih, ya..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  06:15 AM

Saudara Zamri,

Terima kasih kerana mengambil berat pandangan kawan-kawan saya.

Walaupun saya letakkan ayat “Ini antara pandangan mereka (mereka yang berkira duit untuk membeli buku.”
tetapi mereka sebenarnya memang berbelanja membeli buku termasuk buku-buku motivasi import macam John Maxwell.

Saudara Zamri, saya tiada emel peribadi saudara!

Zamri Mohamad  on  05/23  at  07:52 AM

Saudara Aizam,

Saya juga peminat John C. Maxwell. Apabila saya membaca buku beliau, saya teringat orang kampung saya yang baca akhbar. Nak tahu kenapa?

Saya adapatasi semula idea tersebut untuk artikel akhbar, moga-moga ia jadi tip-tip yang bagus untuk mereka yang membaca akhbar di kedai kopi, perpustakaan dan kantin sekolah serta pejabat membacanya. Kita memudahkan ilmu dengan gaya tempatan.

Talent is Never Enough
karangan C. Maxwell adalah buku kegilaan saya sekarang. Moga-moga Allah memberi hidayah kepadanya menjadi seorang Muslim.

E-mel saya .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Sdr. Zamri, ada pepatah Melayu yang berbunyi, “Mati rusa oleh tanduknya”. Banyak orang mengalami kehancuran hidup peribadinya disebabkan dia memiliki ‘tanduk’ yang luar biasa cantiknya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  08:22 AM

Saudara Zamri,

Wah tidak sangka saya ada orang yang mempunyai minat yang sama. Seronok ni…

Boleh saya dapatkan artikel-artikel yang telah Sdr Zamri adaptasikan dari buku Maxwell. Memang baik dan betul cara En. Zamri sesuaikan dengan keadaan setempat.

Alangkah bagusnya kalau dia seorang Islam. InsyaAllah.

Emel saya: .(JavaScript must be enabled to view this email address)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  08:25 AM

Maaf tak nampak emel saudara tadi!

Fable Fox  on  05/24  at  05:31 AM

Kalau saya boleh ‘get my money back’, saya akan mendapatkan untuk buku PTS ‘bagaimana menjadi insan yang berjaya’ (kalau tak silap, tetapi kulitnya ada gambar pingat’ tulisan Fadhilah Kamsah. Misleading iklan. 80% tertumpu kepada pelajar. Baik jadikan judulnya ‘menjadi pelajar yang berjaya’.

Untuk buku buat duit dari menulis, saya rasa saya sudah komplain mengenai judulnya agar ditukar menjadi ‘Bagaimana Membuat Duit dengan Menulis Artikel / rencana’. Nasib baik pinjam dari perpustakkan KL dan bukannya beli.

Itu sahaja.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/24  at  05:42 AM

Memang ramai yang terkena dengan buku “Bagaimana Buat Duit Dengan Menulis”.
Tajuk yang memang langsung tidak sesuai!

Zamri Mohamad  on  05/24  at  06:33 AM

Tuan April dan Tuan Fable Fox, saya secara peribadi sukakan buku itu, ia sesuai untuk majalah, akhbar dan boleh digunakan untuk buku. Bukankah sebelum membeli buku, baca dan semak terlebih dahulu?

Kalau berbalut sekalipun boleh diminta buka kerana itu hak pelanggan. :D

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.