Buku Motivasi PTS Paling Mahal
Ini dia wajah buku motivasi paling mahal pernah diterbitkan oleh PTS: RM39.90.Antara faktor buku ini mahal adalah kulitnya yang dibuat 2 lapis dengan lubang 'tingkap' kertas plastik khas. Tidak semua pencetak mempunyai pengalaman mengambil job seperti ini.
Buku ini sudah masuk proses ulangcetak, dan akan kembali berada di kedai bila-bila masa.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Siapa kata buku mahal buatan Malaysia, dalam Bahasa Melayu lagi, tidak dapat dijual?
Jawapan: Orang yang tidak tahu pasaran buku Melayu!
——-
Sejak terbaca di bahagian e-book (bukan laman web PTS), saya mencari di MPH dan kedai-kedai buku berhampiran. Jawapan yang saya terima hampa, buku baru di tempah, sudah habis, tiada stok.
Akhirnya 11 Jun lalu saya berjaya perolehi buku ini di MPH One Utama. Berbunga hati saya.
Saya pula kalau membaca jenis suka menggariskan ayat-ayat yang istimewa dan menginspirasikan diri. Ayat-ayat dalam buku ini buatkan saya geram.
Semuanya menarik!
Rasanya dalam satu muka surat, semua ayat perlu saya gariskan! Har har har!
Post a comment