Buku Motivasi: ‘Star Tua’, ‘Star Muda’
Buku-buku motivasi yang baik adalah buku yang evergreen, yang laku sepanjang zaman.
Apabila saudara masuk ke dalam pasaran buku motivasi, salah satu risiko yang saudara perlu ambil perhatian adalah isu imej:
"Apabila imej motivator naik, jualan buku ikut naik. Apabila imej motivator jatuh, jualan buku pun ikut jatuh."
Risiko begini lebih mudah berlaku apabila motivator popular itu masih muda, kerana memang usia muda adalah usia yang berisiko.
Masih ingatkah kita kepada dua 'star' motivasi TV yang 'tersalah cakap'. Yang satu tersalah cakap isu hukum mencari nafkah dengan melibatkan diri dalam perniagaan paling tua. Yang kedua tersalah cakap sewaktu memberi panduan bagaimana membahagiakan pasangan di kamar tidur.
Ada masanya punca imej star itu jatuh disebabkan oleh perbuatan.
Sebagai contoh, jualan buku-buku AA Gym jatuh apabila beliau mengambil isteri kedua, seorang janda jelita, bekas model pula. (Nota: Perbuatan berkahwin dua itu sendiri tidak salah. Yang dianggap 'salah' oleh masyarakat adalah seorang ulamak berkahwin dengan janda jelita dan bekas model pula.)
Seorang star motivasi di negara kita jatuh apabila beliau tidak menjaga hubungan baik dengan jirannya, sehingga beliau ditarik ke mahkamah oleh jirannya itu disebabkan isu rumput di halaman rumah si jiran.
Risiko 'tersalah cakap' dan 'tersalah buat' begini kurang berlaku di kalangan star yang sudah tua. Kemungkinan motivator tua ditarik ke mahkamah kerana isu rumput, ataupun disebabkan dia berkahwin lagi dengan bekas model adalah lebih rendah.
Pada suatu ketika dahulu, sewaktu Dato' Dr. Haron Din amat popular di TV, terdengar risik-risik bahawa beliau mendukung perjuangan PAS.
Pakar-pakar perang urat saraf UMNO menyebarkan gosip kononnya beliau akan berkahwin dengan primadona filem Melayu, seniwati Sarimah. Kononnya kisah cinta mereka bermula apabila seniwati itu pergi berubat di pusat perubatan ulamak tersebut.
Tujuan gosip itu dicipta adalah bagi merosakkan imej beliau, terutamanya di kalangan pengundi perempuan.
Terbukti gosip itu tidak benar apabila seniwati jelita itu berkahwin dengan hartawan Brunei.
Bagi penerbit buku, apabila imej pengarang-cum-motivatornya jatuh, dia terpaksa mencari star lain.
Star adalah benda yang amat sedikit supply-nya. Kadang-kadang, bertahun-tahun tidak ada langsung star baru muncul.
Itu pun, tidak mengapalah....
Yang penerbit buku paling takuti adalah, semasa star itu jatuh, buku-buku si star itu masih banyak berlonggok-longgok dalam setor dan di kedai-kedai buku! Apa si penerbit hendak buat dengan longgokan buku-buku itu....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Terima kasih atas entri ini. Ia menjadi peringatan buat diri saya yang lemah ini.
Sebenarnya kalau musuh-musuh kita atau mereka yang hasad dengki mahu jatuhkan ‘star’ ini bukannya sukar sangat. Upah sahaja seseorang untuk buat pengakuan pernah dicabuli oleh ‘star’ itu maka akan keluar di muka depan akhbar perdana. Belum apa-apa lagi, satu Malaysia ‘star’ itu akan dihukum bersalah. Walaupun setelah didapati tidak bersalah, kesan luka dan parutnya tetap ada. Itulah budaya dan pemikiran orang kita.
Mudah, bukan, kalau mahu masukkan pasir ke dalam periuk nasi mereka yang bergelar ‘star’ ini.
Kepada Tuhan jugalah kita mohonkan perlindungan.
Yang Mulia Tengku Asmadi,
Semoga Allah merahmati hidup tuan. Isu utama yang saya jelaskan kepada staf saya ialah soal fitnah, hasad- dengki dan buruk sangka.
Apakah yang boleh kita lakukan. Bagi insan yang lemah seperti saya - saya fikir - berdoalah senjata yang paling utama. Dia pasti melindungi hamba-hambaNya.
Dr. Tengku dan Prof Kamil,
(Lateral thinking) Bagus juga kita difitnah orang…
Orang yang menfitnah mendapat dosa orang yang difitnah, jadi berkurangan dosa-dosa kita.
Orang yang difitnah doa-doanya makbul sebab tidak ada hijab bagi doa-doa orang yang teraniaya.
Lagipun, lambat-laun, yang benar akan terbukti benar.
Assalamu’alaikum,
Adakah sekiranya jika Tuan Aa Gym dan Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din mengambil janda berumur dan beranak ramai dan tidak dikategorikan cantik, maka mungkin jualan buku beliau meningkat kerana masyarakat di kalangan wanita akan menyanjung beliau kerana dikatakan membela wanita dhaif?
Tuan Alang,
Andaian Tuan itu hmmm… sukar orang perempuan hendak percaya, sebab tidak ada contohnya, kecuali Nabi Muhammad (salam dan selawat buatnya, kaum keluarganya dan sahabat-sahabatnya).
Tolong beri 1 nama lelaki terkenal yang mengambil janda tua, tidak cantik dan banyak anak pula! Kita tunggu Tuan Alang yang melakukannya! Hehehe!
Puan Sifu,
Emm… err.. um.. :(
Puan Sifu,
Emm terima kasih kerana berikan idea tambahan untuk buku ‘kedua’ saya…
Benar bagai yang dikatakan oleh Puan Sifu. Beberapa kes yang melibatkan beberapa “star” yang begitu saya kagumi menyebabkan rasa hormat saya kepada mereka jatuh berderai, amat sukar untuk dikutip kembali. Sekaligus tawar hati untuk saya baca apatah lagi untuk membeli buku yang di"ukir"kan nama mereka padanya.
Apakah masih ada peluang untuk mereka kembali menjadi “star” yang dikagumi dan dihormati? Rasanya amat sukar sekali. Apa pandangan Puan Sifu.
Saudara Ropidi,
Meskipun semua manusia melakukan kesilapan, kecuali nabi-nabi, namun apabila tiba kepada pembeli buku-buku motivasi, sikap mereka tidak pemaaf terhadap kesilapan yang dilakukan oleh motivator “star”.
Jadi memang amat sukar bagi mana-mana tokoh motivator star yang terbuat kesilapan bagi membersihkan imejnya apabila satu kali sudah rosak.
Walaupun ada orang berkata “Melayu mudah lupa” tetapi bab tokoh motivasi, pembaca buku-buku Melayu tidak muda lupa.
Star yang bergaduh dengan jiran baru baru ini persoalkan lelaki Malaysia kahwin gadis Indonesia. Saya percaya lagi jauh lagi bagus. Al Quran pun ada ajar, sains genetik pun ada, dalam adat Melayu ada, Cina pula melarang kahwin sama “sei” yakni Lim jangan kahwin Lim, carilah Ong atau Chua (termasuk yang Soi Lek) tetapi Star kaki gaduh ini pula persoal. Habis, bagaimana kredibiliti dia kalau isu yang ini dia timbulkan. Sia sia saja ada PhD.
Tuanku el-Rastom,
Saya setuju dengan pandangan tuanku itu. Kahwinlah, dengan sesiapa pun boleh, yang penting asal berkahwin. Mana ada nas yang menegah lelaki Malaysia berkahwin dengan perempuan Indonesia, ataupun perempuan mana-mana negara.
Nabi Muhammad pun berkahwin dengan perempuan bangsa Mesir Kristian Coptic (Maria Qibti) dan perempuan puteri bangsawan Yahudi (Sofea = Safiah).
Tuanku el-Rastom bila pula akan ke Jakarta? Hehehe… jangan cakap sahaja berani, dong ah!
Puan Ainon,
Kalau motivator Star yang buat bukunya tidak laku. Bagaimana kalau novelis yang buat? Adakah nasibnya sama?. Saja hendak bertanya
Tuan Abdul Latip,
Kalau novelis yang buat silap (kahwin janda bekas model jelita), kerosakan imejnya tidak separah kalau motivator star yang buat silap. (Sebenarnya kahwin itu bukan perbuatan silap. Yang silap adalah latar belakang orang yang dikahwini itu.)
Novelis tidak berceramah menyuruh-nyuruh orang lain supaya menjadi suami ataupun isteri teladan, jadi masyarakat kurang sensitif.
Puanku Sifu,
Insyaallah, nanti saya lulus peperiksaan ABRSM hujung tahun ini bolehlah ke Jakarte, tetapi saya lebih suka cari cari jodoh orang Jatim (Jawa Timor) masih ada ciri ciri yang ori gitu, hehehehe.
Teori Star merudum jika kahwin lagi mungkin tidak terpakai untuk Tuan Alang, lagi banyak dia nikah lagi ngetoplah bukunya!
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Terima kasih Pak Rastom kerana mengenengahkan hujah yang baik tentang jualan buku saya.
Salam,
Saya sedang menterjemah teks perubatan sekarang. Waktu membaca komen-komen bagi entri ini, saya ‘tercipta’ satu istilah untuk status lelaki seperti Tuan Alang, Tuan Rastom, Pak Latip dan lain-lain suami yang mahu menambah isteri.
Pseudobujang = lelaki beristeri yang bercadang mengamalkan poligami atau mencukupkan quota isteri.
Pseudo menurut Kamus Dewan 4: pseudo-
(pséudo) awalan asing palsu (bukan sebenarnya, pura-pura), mis pseudonim.
Salam Maal Hijrah kepada Sifu dan pengunjung UNIKA.
Siti Hajar
Post a comment