Buku Motivasi untuk Pasaran Perempuan
Kalau tidak ada perempuan, penerbit buku susah hidupnya!Perempuan adalah pembeli dan pembaca buku terbesar. Malah statistik di USA sekalipun menunjukkan bahawa 80% pembeli buku-buku fiksyen, termasuklah buku sastera berat, adalah perempuan.
Inilah contoh topik motivasi yang khusus ditujukan kepada perempuan.
Tulislah buku-buku motivasi untuk pembeli dan pembaca perempuan. Salah satu area motivasi yang banyak dibaca perempuan adalah panduan kasih sayang dan hidup bahagia.
Kita dapati perempuan yang memilih dan membeli sendiri buku di dalam kedai adalah antara 16Â - 36 tahun. Jadi, nampaknya, secara purata perempuan 'tua' tidak masuk kedai buku.
Justeru, jangan tulis buku-buku yang khusus topik perempuan tua, seperti panduan menghadapi menopaus dan seumpamanya disebabkan jumlah perempuan tua yang masuk kedai buku adalah amat kecil.
Jika perlu menulis tentang menopaus, masukkan topik itu sebagai salah satu bab dalam buku kesihatan wanita yang lebih umum.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Betul jugak tu.. perempuan juga sukakan mega sales.. ini terbukti di mana saya kumpul semua ebook (yang dapat dijual) dan di jual dengan satu harga.
WOW! 70% pembeli adalah wanita
——-
Post a comment