Wednesday, December 27, 2006

Buku Motivasi yang Memberi Harapan Palsu

Sekitar 70 tahun yang lalu, di Amerika, telah muncul mazhab piskologi motivasi yang mengatakan semuanya bermula dengan keyakinan.

Mazhab ini dengan cepat menjadi amat popular dan kemudian ia merebak ke seluruh dunia. Mereka mengatakan asas pencapaian adalah apa yang ada dalam fikiran seseorang, yakni keyakinannya.

Mazhab ini dibangunkan atas hujah bahawa individu-individu yang berjaya didapati semuanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi, manakala mereka yang gagal menunjukkan mereka tidak yakin pada diri mereka sendiri.

Justeru, para penganut mazhab ini mengatakan dengan menukarkan keyakinan barulah kita dapat mengubah prestasi. Apabila seseorang itu yakin boleh, maka dia akan benar-benar boleh melakukan apa sahaja.

Mereka mengesyorkan supaya seseorang itu "yakin boleh" dan nanti mereka akan benar-benar "boleh" mencapai apa sahaja yang mereka mahu capai. Ia semacam magik!

Para penganut mazhab ini banyak menulis buku-buku motivasi yang mendorong orang supaya berfikiran positif dalam semua hal dan sentiasa yakin apa sahaja dapat dilakukan apabila dia "yakin boleh".

Di negara-negara maju, mazhab ini sekarang sudah tidak laku lagi disebabkan eksperimen demi eksperiman yang dijalankan dalam makmal gagal membuktikan teori itu benar.

Teori "yakin boleh" ini menafikan faktor-faktor kritikal di sebalik setiap kejayaan iaitu peranan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal dan peralatan.

Meskipun di Amerika, iaitu tempat yang melahirkan mazhab ini, teori "yakin boleh" sudah lama dihumbankan ke dalam tong sampah oleh pakar-pakar psikologi sendiri, namun mazhab ini masih sangat popular di negara kita, dengan contoh yang paling klasik semboyan "Malaysia Boleh!" Buku motivasi seperti "Mau Ke Tak Mau" adalah ditulis oleh penganut mazhab "yakin boleh".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(26) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Etika Bagi Penulis dan Pakar Motivasi Previous entry: Pelajaran dari Kubang Semang
Tun Dr. Kang  on  12/27  at  04:55 AM

Mbakyu, menarik sekali pengetahuan ini. Saya sangat setuju dengan pendapat Mbakyu ini.

Mahzab ini dipelopori oleh Napolean Hill dan seorang paderi bernama Norman Vincent Peale. Sangat popular pada tahun 60’an hinggalah 80’an.

Saya salah seorang penganut mahzab ‘berfikir positif’ ini. Saya positif boleh memiliki 10 ekar tanah di Banting pada umur 30 tahun, tetapi berakhir tidak memiliki hatta sekangkang kera sekalipun.

Kemudian muncul pakar pemasaran bernama AlRies dan Jack Trout yang ‘membenteras’ dan membuktikan berfikir positif sudah mati bersama pengasasnya.

Dalam buku “Horse Sense” karya mereka diberikan contoh bagaimana ‘berfikir negatif’—fikir sebaliknya jauh lebih baik dan berjaya. Antara contoh yang dibawakan ialah Levi Strauss yang pergi ke West menjual kain canvas untuk kegunaan khemah pendulang emas. Tak berapa laku. Levi berfikir negatif, berfikir sebaliknya—apa yang pendulang sangat perlukan ialah seluar dari kain kanvas yang tahan lasak dan poket yang dipaku (rivet) supaya tahan untuk menampung emas yang berat.

Hasil berfikir negatif—berfikir sebaliknya, Levis menempa nama hingga ke hari ini. 

‘Boleh’ di Malaysia ini pula dimulakan oleh Allahyarham Megat Ismail, seorang penulis dan juga penulis lirik popular, “Fikirkan Boleh.” Allahyarham meninggal dalam usia yang sangat muda—39 tahun.

Memang benar sekali, pada masa ini, sesudah masuk tahun 90’an, penglipurlara dan berfikir positif ini hanya memberi harapan palsu kepada pembacanya, di samping memperbodohkan pembaca.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  12/27  at  05:40 AM

Dr. Kang,

Dapatkah seseorang itu menjadi pemain golf berprestasi tinggi dengan menggunakan satu club sahaja?

Sedangkan tukang jahit biasa-biasa pun menggunakan banyak jarum dan banyak jenis benang.

Namun, para penganut teori ‘yakin boleh’ mengatakan semua orang boleh berjaya mencapai impiannya dengan berfikir positif (sahaja).

Buku-buku yang ditulis oleh Dr.-Dr. palsu memang berbahaya sebab isi kandungannya tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang sohih. Di dalam buku itu terkandung ayat-ayat yang memberi gambaran palsu tentang realiti, yang jika diikut, menyebabkan pembaca jatuh ke dalam gaung.

rastom  on  12/27  at  06:25 AM

Toh puan Dr Sifu dan Tun Kang (macam bunyi tongkang),

Hasil dari mazhab “Semua Boleh” ini yang saya bengang sekali ialah kelahiran pakar pakar yang mediocre. Bila bercakap tentang sesuatu terasa macam tak berpijak bumi nyata, dan tiada rujukan dari pengalaman lama. Asalkan positif semua boleh. Ada sebahgian tempat atau bidang yang kita kita mudah boleh (bukan semua) tapi kalau diikut ajaran ini, semua boleh. Karut!

Zamri Mohamad  on  12/27  at  01:20 PM

Bagi saya konsep yakin dalam meningkatkan rasa percaya dan motivasi diri dalam konteks ini:

1. Aku yakin dengan izin Allah aku boleh buat
2. Moga-moga jika ia membuat kebaikan, maka Allah permudahkan. JIka tidak, aku perbaiki dan lihat kembali.

Konsep positif sudah menjadi seperti dadah. Orang yang sudah disuntik dadah positif seperti ini akan merasakan diri dia kebal dan bayangan dia akan pasti jadi. Dia merasakan dia SATU-SATUnya orang yang boleh membuat benda itu jadi realiti.

Sahabat saya pernah mengingatkan saya. Konsep ‘I Believe’ ini kalau tanpa sedar boleh menyimpang akidah kita. Contoh ayat (dalam sebuah buku perhubungan dan cinta yang popular)

“It is me the Only one who control my destiny, my relationship etc”

Jadi saya merasakan peranan penulis Muslim untuk menyaring ilmu-ilmu motivasi ke arah ketauhidan dan keyakinan yang tidak membelakangi tuhan.

Saya lebih suka berkata, “Yakinlah, tetapi dengan strategi bukan dengan membuta tuli.”

alang kelana  on  12/27  at  04:15 PM

“Mereka yang cerdik mengenali perkara yang boleh mereka ubah dan mengenali perkara yang TIDAK mampu mereka ubah; tetapi mereka yang lebih pintar dapat membezakan di antara keduanya…”

Fable Fox  on  12/27  at  04:59 PM

Dalam e-majalah HUGI pun saya ada menceritakan tentang over-commercialziation bagi positive thinking. Yg saya paling marah ialah bila baca buku US, tapi tak boleh nak apply di Malaysia.

Kerja rajin-rajin nanti naik gaji? Ha ha ha!
Kalau dapat dijimakan duit syarikat, BOS bagi bonus? Ha ha ha!
Dan banyak lagi Ha ha ha!

PS -
Untuk hal yg pertama, yg dapat naik gaji ialah kaki bodek. Masalah gaji melintang dan menegak tak selesai sejak saya kecil sampai saya besar (bercakap hal ini, kes beg berat pun tak selesai sejak saya kecil sampai besar).

Untuk yg kedua, kalau kita boleh buat proses / kaedah untuk menjimatkan duit syarikat - jgn harap dapat bonus. Bos akan gunakan duit itu untuk bonus dia.

Fable Fox  on  12/27  at  05:05 PM

Tapi yg paling menakutkan sewaktu saya sekolah menengah (tkt 5). ada guru yg perasan pakar motivasi, tapi tak lebih dari sekadar racist/racism.

sebagai seorang yg banyak membaca buku motivasi, saya rasa apa yg dia ucapkan hari itu lebih membawa keburukan dengan merendahkan lagi inferiority complex pelajar melayu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/28  at  01:35 PM

puan sifu,
sy makin keliru. bukankah dr palsu yg menulis buku ‘man ke tak mau’ itu telah mendapat pengiktirafan Belia Negara. bahkan diwar-warkan formula bukunya mendapat pengiktirafan antarabangsa. mungkin tanpa phd beliau mendapat dr, ada kemungkinan? bantu leraikan kekusutan si ini.

Puan Ainon Mohd.  on  12/28  at  02:53 PM

Sdr Faisal,

Bekas Perdana Menteri Britain, John Major, tidak pernah masuk universiti, tetapi beliau tidak berdusta tentang latar belakang pendidikan beliau. Disebabkan beliau mempunyai bakat kepimpinan dan beliau jujur, rakyat Britain tetap memilih beliau menjadi perdana menteri.

Isu ada PhD ataupun tidak ada PhD, itu tidak penting. Kalau ada PhD, bagus. Kalau tidak ada PhD pun tidak mengapa.

Yang penting adalah integriti dan kredibiliti, yakni bersifat jujur, benar dan bertanggungjawab.

Dalam Islam, kita tidak dibenarkan melantik pendusta menjadi ketua, pemimpin, wakil rakyat, hakim, saksi, wali, imam, guru dan jawatan-jawatan lain seumpamanya.

Cuba saudara masuk blog dr palsu itu dan google nama-nama universiti yang disebutkannya itu. Kita sudah google, satu pun tidak wujud. (Mungkin malam ini dia sudah tukar, saya tidak tahu.) Alamatnya pun menggunakan Post Box sahaja!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/29  at  06:21 AM

terima kasih puan sifu!
toche sifu! (sambil melutut)...

rastom  on  12/29  at  06:43 AM

sdr Faisal Fansuri :

Ejaan baku pinyin toche ialah duo xie (bunyi sama)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/29  at  10:23 AM

Puan Sifu dan semua komentar dalam entri ini,

Terima kasih perbincangan kita di sini telah saya jadikan rujukan untuk penulisan artikel saya mengenai doktor-doktor palsu. Saya mohon maaf kerana tidak dapat membuat petikan sumber-sumber dari tuan-tuan dan puan-puan.

Sebenarnya artikel tersebut lebih panjang dan ada menyentuh mengenai harapan palsu dalam teori motivasi ‘Yakin Boleh’ malangnya ia telah dibuang dalam proses mengedit. Dengan berbaik sangka, saya beranggapan kemungkinan tidak cukup ruang kerana bahagian rencana tertumpu pada artikel belangsukawa allahyarham Prof. Datuk Syed Hussein Alatas. Al-fatihah… (Puan Sifu bolehkah ceritakan serba sedikit allahyarham pada kaca mata Puan Sifu memandangkn kami generasi muda kurang mengenali allahyarham).

http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/15  at  08:43 PM

Assalamualaikum Puan Ainon, Saya ingin dapatkan keterangan lebih lanjut dari Puan tentang Tajuk diatas, kerana mengajak manusia berfikiran positif memang adalah tuntutan dalam Islam, sebagaimana firman Allah: Barangsiapa yang bersangka buruk denganKu (Berfikir negatif tentang Allah), Nescaya Aku akan mengikuti sangkaan buruknya.

Dari ayat ini jelas menunjukkan bahawa adalah dilarang sama sekali untuk berfikiran negatif, tetapi mestilah sentiasa berfikiran positif kepada Allah, dalam setiap sudut kehidupan harian kita. Antara makna lain, kalau kita berfikir ...Ahh, memang hidupku dah ditakdirkan susah begini..(maksudnya dah bersangka buruk pada takdir, maka akan terus susahlah kehidupan kita) kerana Allah akan mengikuti sangkaan buruk kita. Kerana itu, kita dituntut berfikiran positif, berbaik sangka(husnuldzan) malah juga pada sesama manusia.

Ramai yang selalu menyalahkan takdir apabila berlaku sesuatu musibah dalam hidup tanpa menyedari mereka selalu mengatakan “yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan manusia”. Memang benar, segala sudut kehidupan dan seluruh alam semesta ini dibawah kekuasaan Allah, dimana jodoh, rezeki dan ajal semuanya adalah ketentuan Allah dan memang nampak seperti keterlaluan apabila pengamal fikiran positif mengatakan “Andalah arkitek kehidupan anda sendiri / andalah penentu takdir diri anda/anda adalah apa yang anda fikirkan tentang diri anda….dan seterusnya. Sedangkan Allah yang menentukannya. Tetapi cuba kita kaji, dari segi sudut akidah, benarkah kata2 ini bercanggah. Islam, atau generasi umat Muhammad adalah generasi intelektual dimana wahyu pertama yang tiba adalah perkataan “Bacalah” dan dalam Al-Qur’an sendiri ada banyak perkataan yang bermula dari “Cuba kamu fikirkan…”

Saya cuma ingin berkongsi pendapat saya (sila betulkan jika salah) hasil dari apa yang saya kaji dan telitikan. Allah membekalkan manusia dengan otak yakni akal fikiran, dimana akal ini mempunyai kemampuan yang cukup tinggi dan kreatif, yang mana ini adalah ‘tools’ untuk manusia berikhtiar dalam menghadapi hidup didunia ini. Maksudnya, sementara manusia ini masih hidup didunia, Allah memberi peluang ‘freewill’ kepada manusia untuk memilih sendiri jalan yang mereka sukai, cara hidup yang mereka inginkan, dengan menggunakan akal fikiran mereka. DAN juga, Allah telah membekalkan pilihan yang terbaik untuk manusia hidup iaitu Islam, dengan Al Quran dan Para Nabi sebagai penyampainya.

Pilihan-pilihan yang diberikan ini adalah bebas untuk dipilih oleh manusia oleh akal fikiran mereka masing2. TETAPI akal fikiran yang benar2 berfikir akan dapat memikirkan yang baik dan buruk untuk dipilih.  Maksudnya, ada kebenaran juga, kata-kata bahawa “Andalah arkitek kehidupan anda sendiri / andalah penentu takdir diri anda/anda adalah apa yang anda fikirkan tentang diri anda….dan seterusnya, kerana pilihan itu diberi kepada kita. Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Jauh Allah dari sifat2 kejam seperti mentakdirkan hamba yang ini hidupnya susah, yang ini kaya, yang ini ahli syurga, yang ini masuk neraka… TANPA memberi peluang dan pilihan kepada hamba tersebut terlebih dahulu.

Cuba kita dalami maksud Alfatihah ayat ketiga, Malikiyaumiddin : Penguasa Dihari Kemudian.  Apakah yang dimaksudkan oleh ayat ini? Allah menguasai/Pengadil/ dihari kemudian, (Alam Akhirat). Maksudnya, DiAkhirat kelak, sudah tiada lagi peluang atau pilihan untuk manusia untuk berusaha atau berikhtiar untuk kehidupan mereka sendiri, kerana waktu itu, adalah saat untuk manusia diadili seadil-adilnya, dihukum dan dibalas mengikut usaha masing-masing didunia.

Bukan pula bermaksud bahawa didunia ini Allah tidak berkuasa, Allah Maha Berkuasa, cuma, didunia ini Allah memberikan kebebasan dan peluang kepada manusia untuk berikhtiar dan berusaha sendiri dgn akal yang dibekalkan. Walau bagaimana pun, masih dibawah kekuasaan Allah. Allah tidak membalas terus bila seseorang hamba melakukan dosa didunia ini, sebaliknya sentiasa memberi peluang untuk bertaubat sehinggalah nyawa sudah berada dikerongkong baru pintu taubat ditutup, kerana sifatNya Yang Maha Pengampun.

Wajarkah kita mengatakan ...aku buat dosa itu sebab dah Allah takdirkan aku akan buat. Tentu tak wajar…Jadi, betul tak bahawa Kita adalah penentu takdir diri kita sendiri kerana diberi pilihan dan peluang itu oleh Allah.  Cuma sekiranya setelah betul2 berusaha, contoh dalam bidang perniagaan, tetapi masih tak berjaya, sebelum mengatakan dah ditakdirkan tak berjaya, kita kena selidik dulu, benarkah cara kita berusaha itu, apa silapnya dalam strategi dan perancangan, sesudah kita cuba perbaiki, masih tak berjaya, maka barulah kita pergi kepada ayat   ...“boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu…dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk buatmu. Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui…” SURAH AL BAQARAH ayat 216.

Oleh itu, berfikiran positif adalah satu perkara yang memang dituntut, husnuldzan atau bersangka baik adalah berfikiran positif. Malah apabila kita berfikiran positif, sesorang itu akan dapat merasakan keyakinan diri, tidak merungut, mengadudomba, membuat fitnah mengumpat dan lain2 perbuatan negatif. Berfikiran positif akan membuatkan seseorang itu sentiasa bersyukur dengan segala pemberian dan rezeki Allah, bersyukur dengan apa yang ada, yang mana apabila seseorang hamba itu bersyukur, Allah akan menambahkan lagi rezeki seseorang itu. Firman Allah: Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hamba atau sesuatu kaum, sehingga hamba itu atau kaum itu berusaha sendiri untuk mengubah nasibnya sendiri.

Dari sudut Quantum fizik, apabila manusia berfikir, otak manusia akan mengeluarkan gelombang isyarat mengikut frekuensi yang dikeluarkan, seperti frekuensi negatif dan positif.(Mengikut apa yang manusia tersebut fikirkan) Berfikir positif, bersangka baik pada masa depan, optimis akan mengeluarkan frekuensi positif.

Berfikiran negatif seperti ragu-ragu, was-was, syakwasangka buruk, mengumpat, merungut, mengadu domba, akan mengeluarkan frekuensi negatif. Di mana frekuensi ini akan menarik tenaga2 yang ada diseluruh persekitaran manusia yang berfrekuensi yang sama. Maksudnya, Frekuensi positif akan menarik tenaga positif, dan frekuensi negatif akan menarik tenaga negatif balik kepada penghantar gelombang tadi, iaitu manusia yang berfikir itu. Maka apabila lebih banyak tenaga positif ditarik, maka manusia itu akan terdedah pada persekitaran2 positif, begitu juga disebaliknya.

Ambil contoh yang mudah, seseorang yang selalu merungut tidak kecukupan dalam hidup, lagi banyak kita merungut, akan lebih banyak perkara yang datang untuk kita rungutkan. Sebab itu, Rasulullah menyarankan, bila kita marah, kalau sedang berdiri, duduk, atau ambil wudhu, kerana marah itu perbuatan negatif. Kalau dilayan akan membawa lebih banyak tenaga negatif sehingga seseorang yang marah itu sanggup membunuh dan lain2.

Selain itu, saya selalu praktikkan amalan bersangka baik seperti ini, bila saya ingin memandu kesesebuah tempat, saya selalu fokuskan bahawa memang akan ada parking untuk saya, dan ternyata selalu ada sahaja tempat parking untuk saya walaupun ditempat yang sibuk. Bila apa yang saya fokuskan berjaya, saya akan bersyukur kerana saya faham, proses ini berlaku dengan izin Allah.

Mungkin Puan boleh ketawakan saya dan mengatakan itu cuma sebuah kebetulan. Tetapi Puan sendiri bersetuju bahawa Allah yang mengaturkan seluruh alam semesta ciptaanNya. Maka: KEBETULAN = TIADA YANG MENGATURNYA Dan saya juga ingin kepastian, kalaulah benar apa yang puan katakan “mazhab yakin boleh/mazhab positif” ini salah, apakah tujuan Allah jadikan otak manusia ini mampu mengeluarkan frekuensi? Bagi saya perkara ini bukan mazhab.

Sebenarnya apa yang diamalkan oleh menifestor2 Positif dari barat itu adalah apa yang kita lakukan setiap hari sekiranya kita benar2 mengikut jalan yang Allah tetapkan dalam Islam. Bezanya, mereka tidak beragama Islam, tetapi mereka dapat mengkaji tentang kelebihan berfikiran positif, maka mereka menyesuaikan pengetahuan tersebut untuk diaplikasikan dari sudut pandangan kacamata mereka seperti The Secrets dan Laws of Attraction. Dan mereka juga bukan orang kafir. Mereka cuma bukan Islam. Kerana kafir itu maksudnya Ingkar, Maksudnya, jika kita yang mengaku Islam ini, telah menunaikan tuntutan paling utama kita iaitu berdakwah dan menyampaikan, maka mereka INGKAR, barulah mereka boleh diklasifikasikan sebagai kafir.

Benarkah orang bukan Islam telah ditakdirkan masuk neraka oleh Allah? Sedangkan Allah Maha Adil lagi Maha Penyantun? TIDAK!! memang mereka lahir dalam kalangan keluarga bukan Islam, tetapi mengapa? KERANA kita dilahirkan Islam, maka adalah TUGAS kita untuk menyampaikan dakwah Islam pada mereka..dan sudahkah kita melakukannya? Dan mengapa pula kita tentang habis-habisan apa sahaja idea yang dibawa mereka walaupun idea yang baik sebelum kita kaji dulu dari sudut Islam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/15  at  10:34 PM

Tuan Talhah,

Ini haya pendapat saya, Allah jua yang maha tahu.

Pada suatu hari, ada orang datang bertanya kepada Nabi Muhammad (SAW) apakah dia boleh meninggalkan untanya di luar masjid begitu sahaja, sementara dia masuk bersembahyang. Lalu Nabi Muhammad menyuruh orang itu mengikat untanya sebelum masuk masjid.

Dalam hal-hal ghaib, kita menggunakan ‘keyakinan’. Sebagai contoh, tarikh datangnya ajal dan maut seseorang adalah perkara ghaib. Nabi Muhammad yakin bahawa ajal dan maut adalah di tangan Allah.

Dalam hal-hal teknikal, Nabi Muhammad menggunakan pemikiran rasional beliau. Kerja berperang adalah kerja teknikal. Apabila Nabi Muhammad pergi berperang beliau memakai baju perisai yang diperbuat daripada besi.

Mazhab motivasi kejayaan “Yakin Boleh” adalah mazhab yang sangat laku dalam pasaran kem-kem motivasi kerana ia mempunyai ‘appeal’ yang kuat kepada individu-individu yang malas bekerja kuat. Golongan pemalas ini tidak mahu mendengar motivator bercakap tentang tekun, sabar, tentang belajar rajin-rajin, tentang banyak membaca, tentang bekerja kuat dan bertungkus-lumus, tentang kemahiran menyelesaikan pelbagai masalah, sebagai modal-modal utama kejayaan.

Allah jualah yang maha tahu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/16  at  01:15 AM

Puan Ainon,

Pandangan Sdr Talhah itu sangat logik. Saya fikir, puan sangat perlu memahami pandangan Sdr Talhah itu dengan penuh empatik.

...............

Tuan Pemerhati,

Tuan menulis: “Saya fikir, puan sangat perlu memahami pandangan Sdr Talhah itu dengan penuh empatik.”

Bagaimanakah tuan yakin bahawa saya tidak empatik? Ilmu apa yang tuan gunakan maka tuan yakin tuan mengetahui apa yang ada dalam otak dan hati saya, sedangkan Nabi Muhammad (SAW) pun tidak diberikan oleh Allah ilmu membaca otak dan hati orang lain, sehingga beliau meminum air beracun yang dihidangkan oleh seorang perempuan Yahudi yang mahu membunuhnya.

Tuan telah melakukan perbuatan buruk-sangka terhadap saya, suatu perbuatan yang berdosa. (Tuan Talhah sendiri menulis panjang lebar tentang isu fikiran buruk-sangka dalam komennya.)

Inilah pesan saya: Berhati-hati apabila menulis, sebab menulis dan bercakap boleh mendatangkan banyak pahala ataupun banyak dosa.

Saya mohon keampunan dari Allah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/16  at  05:02 AM

Salam..

Perhatikan ayat seribu dinar, secara rumusnya, jika kita bertaqwa (yakin dengan kekuasaanNYA) nescaya aku beri rezeki dari Jalan yang tidak pernah kau sangka. (wa yarzuqhu min haisu LA YAHTASIB). Nescaya itu bermaksud pasti dan Allah tidak pernah memungkiri janji.

Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan takwa? Adakah hanya dengan solat 5 waktu dan sebagainya? Taqwa merangkumi segala keyakinan kita terhadap Allah sebagai AL-RABB dan juga sebagai ILLAH.

Kita rujuk semula apakah konsep ILLAH, ada lima ciri penting dan antaranya adalah tempat pergantungan segala sesuatu. Jadi, dalam konsep berdoa atau pun meminta sesuatu, keyakinan terhadap pemberi itu mampu menunaikan permintaan kita adlah penting. Orang yang ragu-ragu dalam berdoa sebenarnya menidakkan kuasa Allah.

Contohnya, dia berdoa untuk mendapat kekayaan tetapi dlm masa yang sama hatinya berkata tidak mungkin. Dia sebenarnya berdoa untuk tidak dapat apa yang dihajatinya itu.

Walaubagaimanapun, Allah tidak akan terus memberi apa yang kita minta, tetapi kita sendiri perlu peka terhadap tiga benda iaitu keadaan, manusia dan peristiwa di sekeliling kita. Allah memberi jalan melalui tiga perkara tersebut dan kita perlu berusaha bg mendapatkan apa yang dihajati setelah kita berdoa dan bertawakkal.

Jadi, flow yang sebenar dalam konsep berdoa adalah DOA>TAWAKKAL>USAHA. InsyaAllah apa yang dihajatkan akan termakbul dengan kekuasaanNYA.
Kesimpulannya,mintalah kepada Allah dengan penuh rasa yakin. Didik hati kita dengan sifat Allah maha pemberi, maha pengatur dan maha menguasa.Firman Allah, mintalah kepadaku, NESCAYA akan aku berikan. Nescaya itu pasti, dan Allah tidak akan memungkiri janji.

Afyan  on  12/17  at  12:00 PM

Salam.

Puan Sifu,

Saya baru baca buku “Law of Attraction” yang diterjemahkan oleh PTS. Saya dapati ia berdasarkan mazhab “berfikiran positif” dan “yakin boleh”. Bukankah begitu puan?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/17  at  12:07 PM

Dr Kang yang dihormati…

Tahukah anda secara mendalam apakah yang dimaksudkan dengan berfikiran POSITIF dan NEGATIF? Jangan hanya membuta tuli mengikut telunjuk orang dan mengiyakan pendapat seseorang.

Berdasarkan apa yang tuan kang katakan …

Dalam buku “Horse Sense” karya mereka diberikan contoh bagaimana ‘berfikir negatif’ — fikir sebaliknya jauh lebih baik dan berjaya. Antara contoh yang dibawakan ialah Levi Strauss yang pergi ke West menjual kain canvas untuk kegunaan khemah pendulang emas. Tak berapa laku. Levi berfikir negatif, berfikir sebaliknya — apa yang pendulang sangat perlukan ialah seluar dari kain kanvas yang tahan lasak dan poket yang dipaku (rivet) supaya tahan untuk menampung emas yang berat.

Memang jenama levis sudah terkenal diserata dunia tetapi ianya bukanlah terhasil daripada pemikiran yang negatif. Harus di ingat Levi Staurus bukan berfikiran NEGATIF tetapi beliau memikirkan sesuatu yang baru untuk diceburi tetapi masih berasaskan produk berasaskan kanvas.Inikah yang dikatakan pemikiran NEGATIF? Saya kira jikalau beliau berfikiran negatif sudah pasti jenama Levis tidak akan terkenal hingga ke hari ini dan terus lenyap bersama beliau. Beliau sebenarnya membuka mindanya kearah yang lebih positif dan tidak putus asa untuk memikirkan apa lagi kemungkinan yang boleh dihasilkan menggunakan kanvas. Maka tercetuslah idea mengenai seluar dari kain kanvas yang tahan lasak dan poket yang dipaku (rivet).

Cetusan minda dan fikiran yang positif menjadikan beliau tidak putus asa untuk mencuba sesuatu yang baru. Andainya beliau berfikiran NEGATIF nescaya beliau sudah berputus asa dan terus tidak berminat untuk berniaga kanvas lagi. Mungkin beliau akan menjual Dulang berjenama Levis sekiranya beliau berfikiran negatif terhadap kanvas.

Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh saudara Talha mengenai PEMIKIRAN POSITIF dan ianya memang diperlukan oleh setiap individu.Saya ingin tahu lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan minda separuh sedar. Saya harap sesiapa yang tahu mengenainya boleh berkongsi info.
Yang baik semuanya dari Anugerah ALLAH, mana yang buruk dan ketidaksempurnaan itu datangnya dari kelemahan diri saya yang perlu diperbaiki.

Salam….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/17  at  02:37 PM

Tidak ada kegagalan bagi orang yang berfikiran positif. Cuma ada rintangan dan halangan yang memerlukan perubahan strategi. Malah “temporary setback” itu mengkayakan lagi pengalaman beliau. Kegagalan hanya berlaku bila dia putus asa. Namun keyakinan juga ada batasannya. Takkan kerana yakin dapat terjun tingkat 4 tanpa kecederaan, bermakna kita dapat lakukan. That is sheer stupidity. Tak dapat mengenal realiti. Keyakinan terhadap wujudnya akhirat menyebabkan kita berfikiran positif walaupun terlentang banyak kali dalam mengejarnya. Allah juga menyuruh kita supaya jangan sekali kali berputus asa…We never give up. We should never give in…

Azmi  on  12/17  at  04:48 PM

Usahawan yang cemerlang mesti berfikiran positif, mempunyai keyakinan diri dan juga mengamalkan DUIT (doa, dinamik, usaha, inisiatif, taqwa, tawakal).

Sangat sedikit usahawan berjaya yang berfikiran negatif dan tidak yakin diri.

Saya setuju teori menempa kejayaan dengan “Berfikiran Positif (SAHAJA)” adalah ajaran songsang. Ia sama dengan Mat Jenin yang menjadi kaya hanya dalam mimpi indah. Itu bukan teori “Positive Thinking” tetapi hanya “Wishful Thinking” smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/17  at  09:33 PM

Tuan Afyan,

Kata Thomas Edison: “Kejayaan itu datang daripada 1 persen berfikir, 99 persen berkeringat.”

Dalam kita mengingat ayat bahawa Tuhan mengkabulkan doa-doa kita, Tuhan juga berkata: “Kamu dapat apa yang kamu USAHAkan.”

Pemikiran negatif itu sangat penting! Malah besar sekali saiz industri yang dicipta oleh pemikiran negatif.

Semua teknologi keselamatan (baju pelampung, payung terjun, brek kereta, termostat, kunci, firewall, pengesan asap, radar, fius dll) adalah dicipta menggunakan pemikiran negatif. Semuanya dicipta disebabkan ada jurutera yang berfikir: Kalau patah bagaimana? Kalau jatuh bagaimana? Kalau tenggelam bagaimana?

Mazhab aliran Positif Thinking ini sudah terlebih-lebih dipromosi sebagai produk komersial, sehingga ia memberikan gambaran yang herot-perot tentang jalan-jalan menuju kejayaan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/17  at  11:53 PM

Tuan Azmi,

Banyaknya jumlah para motivator yang menjual topik ceramah ‘Positive Thinking’ adalah kerana sesiapa pun pandai bercakap tentang topik ini.

Apalah susahnya menyeru-nyeru orang supaya berfikiran positif.

Orang yang gagal pun boleh menyeru-nyeru orang lain supaya berfikiran positif, kalau mahu berjaya.

Orang yang belum menempa kejayaan pun boleh bercakap, boleh menggesa-gesa, supaya orang-orang lain berfikiran positif.

Bahan-bahan untuk berceramah tentang Positive Thinking ada di mana-mana, dan banyak dalam buku-buku.

Bagi menyampaikan ceramah Positive Thinking seseorang itu hanya memerlukan dua syarat: (a) tidak takut pada mikrofon, (ii) tidak malu bercakap di depan khalayak.

Suatu perkara yang kita ingat: Hukum bercakap tentang perkara yang kita tidak buat.

arrantaui  on  12/18  at  02:38 AM

MasyaAllah, Puan Ainon saya suka baca entri yang terakhir ini.
Saya teringat sejarah awal manusia. Bila kita mengungkap kembali sejarah awal manusia, diwarnai peristiwa negatif bila Iblis enggan sujud kepada Adam. Kemudian Iblis berjaya memperdaya Bapa Manusia ini lalu pasangan pertama manusia dikeluarkan daripada syurga.

Padahal memang Tuhan kita mahu menghantar kita ke dunia ini. Tuhan kita tidak terus menghantar kita ke dunia, sebaliknya kita dihantar melalui peristiwa bapa kita diperdaya iblis. Kita dihantar melalui peristiwa negatif ini. Bapa kita telah gagal dan lupa. Kita diperingatkan tentang kegagalan agar mendorong kejayaan. Yang positifnya ialah bapa kita mengakui kesalahannya, bertaubat dan taubatnya diterima. Iblis pula berterusan negatif; dia buat salah, dia mencari kesalahan dalam arahan Allah (aku lebih baik daripada dia (Adam)). Selepas berbuat salah dia bertekad melanjutkan kesalahan kepada kejahatan. Dia tidak malu memohon panjang umur untuk meneruskan kejahatan. Pengakhiran negatif untuk iblis sedang menunggunya.

Apabila Nabi Muhammad memberi peringatan kepada kaum wanita, Nabi selalu menyebut yang negatif - neraka. Apabila Nabi memberi semangat kepada lelaki, banyak kali Nabi menyebut syurga terutama ketika hampir berkecamuknya perang.

Azmi  on  12/18  at  05:25 AM

Untuk menjadi seorang tukang yang cemerlang kita mesti ada tukul, gergaji, pemutar skru, spana dan seterusnya. Kalau ada tukul sahaja, kita menjadi seorang tukang yang membawa masalah. Pepatah Inggeris “When all you have is a hammer, everything looks like a nail”.

Dalam hidup kita mesti menggunakan pelbagai jenis teknik pemikiran yang disesuaikan kepada keadaan. HANYA fikir positif syok sendiri, HANYA fikir negatif huru-hara. Walaupun ini teori lama, saya masih suka pada Teknik Enam Topi (Six Thinking Hats).

Yang paling penting! HANYA membaca, berfikir dan bercakap tidak akan membawa satu hasil pun. Nanti masuk angin keluar asap. Kejayaan datang daripada perlaksanaan yang mantap diiringi “DUIT”.

Have an awesome day! Wassalam smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/18  at  06:45 AM

assalamualaikum

puan ainon..

“you are what you think”.Pernah dengar tak ungkapan ini?
cuba dalami…cuba renungkan.Jangan disebabkan ramai orang berfikiran positif berjaya dan cemerlang menjadikan puan cuba mengubah kenyataan tersebut dengan menonjolkan pemikiran negatif sebagai wadah untuk berjaya.

Cuba puan renungkan ketika Nabi yunus didalam perut ikan nun.Ketika itu nabi allah mempunyai 2 pilihan samada untuk berfikiran negatif atau positif.Nabi Yunus berprasangka(positif) baik pada Allah dan berdoa supaya baginda selamat"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHALIMIIN”.Dengan izin ALLAH ,alhamdulillah baginda selamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain.

Tapi…bayangkan jikalau Nabi Yunus berprasangka buruk (negatif) dan terus mengharapkan takdir tanpa berdoa “sudah takdir aku mati didalam perut ikan nun”.Mungkin baginda telah menjadi makanan ikan berkenaan.

TIDAK RUGI UNTUK BERFIKIRAN POSITIF KERANA IANYA TIDAK MEMERLUKAN BAYARAN PUN….

KITA PUNYAI MINDA YANG TERAMAT UNIK CIPTAANNYA..
GUNAKANLAH IA KEARAH YANG POSITIF..

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.