Thursday, July 15, 2010

Buku Musim Raya Sudah Mula Keluar Gudang PTS

Walaupun bulan Ramadhan belum tiba, namun bahagian operasi gudang PTS sudah mula menghantar buku-buku untuk jualan musim raya ke kedai-kedai di seluruh negara. Demikian dilaporkan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan dan ketua unit operasi.

Pada saat ini buku-buku untuk bacaan musim puasa sudah selesai dihantar, malah beliau sudah pun mula menerima banyak pesanan ulangan daripada kedai-kedai sehingga beberapa judul khusus untuk bacaan bulan puasa sudah kehabisan stok.

Menurut beliau, kini semua petugas di gudang sedang sibuk dengan kerja-kerja penghantaran buku-buku khusus untuk jualan pada musim raya, iaitu sejak minggu pertama bulan Julai ini.

NOTA: Bagi tuan dan puan yang mempunyai rancangan menulis buku bagi jualan musim bulan puasa dan bulan raya tahun hadapan, mohon hantarkan sinopsis buku tuan sekarang kepada editor tuan untuk kelulusan dan seterusnya untuk diberikan jadual penulisan manuskrip. Siapa cepat, dia dapat!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Bahasa Sastera: Status Dialog Bahasa Basahan Previous entry: Tip Survival Penulis: Peri Pentingnya Menguasai Bahasa
Pustaka Munirah  on  07/15  at  07:55 AM

Tahniah kepada semua warga PTS kerana perancangan pada tahun ini nampaknya amat baik sekali.


Saifuddin Awang.
Kemaman.
“Plan your work, work your plan”.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: