Buku Nadir di USM
![]()
![]()
Hari ini, 2 buah buku Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim telah dipilih sebagai buku nadir oleh Universiti Sains Malaysia (USM).
Sebagai buku nadir, naskhah buku TRAVELOG HAJI dan TRAVELOG DAKWAH yang beliau tandatangani akan dipelihara kewujudannya sampai bila-bila oleh perpustakaan USM.
Dengan itu kedua-dua buku tersebut menerima pengiktirafan akademik dari USM.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh Prof. Tan Sri Dato' Dr. Dzulkifly Abd. Razak, Naib Canselor USM sendiri, yang telah datang mendengar ceramah Prof. Dr. Muhd. Kamil di universiti itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment