Saturday, February 23, 2008

Buku Naik Pangkat

Siapakah  yang membeli dan membaca buku-buku jenis ini? 

Kajian PTS menunjukkan buku-buku jenis ini dibeli oleh lelaki yang sudah bekerja, tetapi belum menyandang jawatan lebih senior.

Banyak buku mempunyai tema-tema yang membantu pembacanya mempelajari kemahiran-kemahiran berguna bagi tujuan naik pangkat.

Buku-buku jenis itu lebih banyak dibeli oleh lelaki berpelajaran tinggi, yakni mempunyai diploma dan ijazah. Mereka berusia antara 25 - 40 tahun.

Bagi lelaki yang sudah menjadi timbalan pengurus, mereka mahu naik pangkat menjadi pengurus. Selepas itu mereka mahu naik pangkat lagi, dan menjadi pengurus kanan.

Justeru mereka banyak membeli buku-buku yang membantu mereka mingkatkan kecekapan dan produktiviti mereka di tempat kerja. 

Pangkat, kuasa dan prestasi adalah tiga perkataan yang amat penting bagi lelaki. Mereka mahukan buku-buku yang menerangkan cara-cara bagaimana mereka dapat naik pangkat, memiliki lebih banyak kuasa dan meninggikan prestasi orang bawahan mereka.

Kita mahukan lebih banyak buku dalam kategori ini kerana pasarannya elok sepanjang tahun, yakni tidak bermusim. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Corat-coret PRU: Lembu India Previous entry: Buku Mencari Kerja dan Masuk Temuduga Kerja

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.