Monday, May 21, 2007

Buku Origami: Apa Nasihat Saudara

Ini emel yang baru diterima:

Assalamualaikum, Puan Sifu.
Saya Faizul Kamaruddin ingin bertanya kepada Sifu beberapa soalan mengenai hak cipta. Andainya saya ingin menghasilkan sebuah buku mengenai origami berdasarkan sebuah buku yang bertajuk 'ORIGAMI: Japanese Paper Folding'.

Adakah saya melanggar hakcipta buku tersebut jika saya mahu menghasilkanya dalam Bahasa Melayu Tinggi.

Saya mahu menghasilkannya untuk pasaran buku kanak-kanak di mana ia boleh diguna pakai di tadika.

Buku yang ingin dihasilkan ini akan diolah dengan cara yang baru, cuma teknik lipatan origami adalah sama dengan buku yang asal kerana saya tidak tahu untuk menghasilkan teknik lipatan origami yang baru.

Adakah saya telah melanggar hakcipta?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Undang-undang & Harta Intelek
(31) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bahasa Melayu Tinggi: 'sedang' dan 'tengah' Previous entry: Penulis Tanpa Ijazah
faizul  on  05/21  at  03:35 AM

Eh? Tidak sangka tersiar di UNIKA pula.
——-

Dato Sheikh Alang Kelana Al-Bawa  on  05/21  at  04:42 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tuan Faizul,

Sekiranya

“Buku yang ingin dihasilkan ini akan diolah dengan cara yang baru, cuma teknik lipatan origami adalah sama dengan buku yang asal kerana saya tidak tahu untuk menghasilkan teknik lipatan origami yang baru,”

maka tentulah tiada kemungkinan perlanggaran hakcipta, dengan syarat illustrasi dan gambar di dalam buku asal tidak digunakan. Tetapi adalah dicadangkan illustrasi & gambar dibuat yang baru, sama ada dengan lukisan bentuk kartun atau buat sendiri lipatan origami, secara ‘step-by-step’ diambil gambar.

faizul  on  05/21  at  05:22 AM

begitu rupanya.Insyallah, saya akan hantar contoh untuk PTS .

Sdr Faizul (dengan marah)! Gunakan huruf besar apabila memulakan ayat baru!!!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/21  at  06:09 AM

Maaf kalau saya menyampuk diskusi ini. Saya tidak begitu arif tentang hakcipta ini. Cuma saya tahulah serba sedikit tentang origami. Kebanyakan buku origami khususnya dari Jepun, kebanyakannya adalah ciptaan penulis itu sendiri. Maknanya, jika   di dalam buku tersebut mempunyai cara-cara origami khinzir la katakan (lama dah saya tak melipat origami ni, hehehe), lipatannya adalah ciptaan penulis itu sendiri.

Jadi mungkin saudara boleh menyatakan rujukan buku origami asal. Tetapi gambar dan ilustrasi kena buat yang lain lah, macam biasa. Saya cuma cadangkan sahaja.

Kepada semua, mari sama-sama kita buat origami!! Gambate!

faizul  on  05/21  at  07:08 AM

Selain origami khinzir, banyak lagi jenis origami contohnya, katak, angsa, bekas gula-gula, kipas, sampan, topi, gajah dan banyak lagi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/21  at  08:46 AM

Saya saja sebut origami khinzir itu, sebab orang Melayu kita tidak suka, bukannya najis kertas itu, hehehe.

Binatang yang paling saya suka lipat, T-rex, hehehe. Faizul, susah saya hendak cari rakan yang minat origami ini. Ada apa-apa boleh emel saya, .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Wassalam.

faizul  on  05/21  at  08:51 AM

Saya pertama kali cuba origami katak susah juga, yang menarik sekali ialah origami bekas gula-gula,

faizul  on  05/21  at  08:53 AM

Nanti saya hendak buat origami, kemudian paparkan di blog.

Siti Hajar  on  05/21  at  09:41 AM

Saudara Faizul dan Saudara Saifuddin,

Saya pernah belajar bercerita menggunakan origami. Menarik sungguh cerita jadinya bila, sambil bercerita sambil melipat kertas. Pendengar cerita juga mendengar dengan penuh minat.

Saya baru berkesempatan belajar dua jenis. Yang satu mudah saja, jadi saya masih ingat. Yang satu lagi agak susah sedikit, jadi saya sudah tidak berapa ingat caranya.

Yang mudah, bila selesai bercerita akan jadi kotak. Yang kedua, kertas sudah siap dilipat dan sambil bercerita lipatan kertas dibuka dan ditukar cara lipatan untuk menjadi prop cerita. Ceritanya tentang seorang putera raja Jepun yang gemuk. Salah satu daripada bentuk yang akan dilipat dalam urutan lipatan ialah katak.

Suatu hari nanti jika berkesempatan berjumpa, bolehkah ajarkan saya membuat origami?

Siti Hajar

Zamri Mohamad  on  05/21  at  04:14 PM

Saudara Faizul, cuba buat satu blog baru FOKUS kepada origami sahaja. Mudah kumpul peminat. Gunakan wordpress sebab di wordpress entri terbaru akan diberitahu kepada pengguna-pengguna lain.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  01:03 AM

Bagus cadangan Saudara Zamri.

Saudari Siti Hajar, ada masa boleh emel saya, origami ini bagus untuk melatih ingatan kita. Kalau setakat 2, 3 jenis ok lagi, tetapi kalau sudah masuk 10 jenis itu, faham-fahamlah.

Origami pertama saya belajar adalah katak. Abang saya yang ajarkan. Masa itu baru masuk 6 tahun.

Wassalam

faizul  on  05/22  at  01:15 AM

Buat laman khas untuk origami? Baik kita buat buku sahaja, dapat untung. Kita buat secara bersiri. Setiap siri mengandungi cerita yang boleh dikaitkan dengan origami itu sendiri sebagai contoh origami kucing. Mungkin kita boleh buat cerita mengenai kucing dan pada masa yang sama kita masukkan teknik melipat origami kucing. Ini adalah sekadar pandangan saya sahaja. Selepas itu, kita bolehlah buat pertandingan melipat origami rekaan terbaru. Sekarang ini di tangans aya ada dua buah buku origami. Saya cuba-cuba juga. Budak-budak mesti suka.

Abu Marwan  on  05/22  at  02:01 AM

Saudara Faizul,

Betul kata saudara. Lebih baik buat buku. Tetapi, sekiranya saudara buat laman web, boleh dapat idea, komentar dan boleh bina komuniti sendiri. Cuma, bagi mengelakkan karya saudara itu nanti diciplak, munkin boleh dilompat beberapa langkah? sesiapa yang hendak tahu langkah selanjutnya boleh beli buku? Ini macam kedekut sikit, tetapi berbaloi untuk elak diciplak…:)

faizul  on  05/22  at  05:06 AM

Betul, saya setuju.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  06:12 AM

Saya belajar origami melalui majalah Dewan Pelajar keluaran tahun 1960-an semasa di sekolah rendah dulu.  Semasa itu tahun akhir 70-an, macam-macam yang saya dapat buat.  Masa itu, tidak tahu pun nama seni lipatan itu, origami.  Ingatkan, kerjatangan.

Selepas menonton Prison Break, baru tahu seni lipatan itu, origami, burung yang dibuat oleh karakter dalam cerita itu sama dengan lipatan burung yang pernah saya buat dulu-dulu.

Nanti bila buku Faizul dah terbit, saya akan beli sebagai kenang-kenangan zaman kanak-kanak saya.

Sekarang ini, saya berminat untuk belajar seni gubahan ikebana.

MBA  on  05/22  at  07:58 AM

myJICA (dan sekutu-sekutunya) akan adakan demo dan bengkel origami kepada murid sekolah dan orang awam tidak lama lagi. Kami baru dapat pengesahan dari Kelab Jepun KL mengenai sensei.

Datuk Sheikh Alang Kelana Al-Fulijami  on  05/22  at  01:24 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tuan MBA, saya suka perkataan “origami” kerana bunyinya amat serasi dan senada dengan “poligami”  smile

Masya Allah! Masya Allah!... Afa sudah jadilah! (versi P. Ramlee)

dingin  on  05/22  at  02:33 PM

Haha,

Semuanya mahu dipoligamikan.

Orang bujang, tolong ke tepi… orang tua hendak lalu!

Datuk Sheikh Alang Kelana Al-Fulijami  on  05/22  at  03:26 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tuan-tuan dan puan-puan,

Jika ingin baca tentang ‘poligami’ sila ke blog “http://fulijami.blogspot.com”;

Sekiranya kita ingin dapatkan maklumat tentang ORIGAMI, silalah ke blog ini:

smile

Datuk Sheikh Alang Kelana Al-Fulijami  on  05/22  at  03:29 PM

...sambung..

Sekiranya kita ingin dapatkan maklumat tentang ORIGAMI, silalah ke blog ini:

http://fmayaa.blogspot.com/

:D smile

Datuk Sheikh Alang Kelana Al-Fulijami  on  05/22  at  04:28 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Apa persamaan dan perbezaan antara ‘origami’ dan ‘poligami’?

Untuk mengetahui jawapannya, sila ke blog:

http://fulijami.blogspot.com

Azree  on  05/22  at  05:02 PM

Alamak! Ini isu origami atau poligami? Haha. Ya Sheikh, marilah kita sama-sama memperjuangkan poligami!

faizul  on  05/23  at  01:19 AM

Marilah ke blog saya dengan klik nama saya untuk melihat sedkit hasil origami yang saya buat..

faizul  on  05/23  at  01:24 AM

Origami ialah seni lipatan kertas dengan sedikit ilmu matematik di dalamnya, manakala poligami ialah seorang lelaki yang berkemampuan untuk membuka cawangan baru.
Kita membincangkan origami atau poligami?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  04:37 AM

Jika seorang lelaki yang mempunyai lebih isteri serta amat pakar dalam seni melipat kertas, mungkin kita boleh panggil dia OLIGAMI (sebut macam apek), hehehehe

Sabar Faizul, orang lelaki memang suka bercakap sesuatu yang melibatkan perempuan.

urm… Perempuan memang tidak suka lelaki bercakap tentang ‘gami-gami’ nih!

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.