Buku Paling Laris di PABKL
Tuan Azari Hashim al-Beruntungi, eksekutif jualan dan khidmat pelanggan di Jabatan Sales PTS memberitahu bahawa buku "Alexander adalah Zulkarnain" adalah buku bukan fiksyen paling laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PABKL).
Meskipun buku ini baru 3 hari dipamerkan, hampir 800 naskhah sudah terjual.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan buku berharga RM35 ini menjadi buruan peminat buku-buku sejarah:
(i) Pengarang buku ini adalah ahli sejarah yang sama dengan buku topseller "Yakjuj & Makjuj: Bencana dari Sebalik Gunung", yang diulangcetak 10 kali dalam empoh 12 bulan.
(ii) Mereka yang sudah membaca "Yakjuj & Makjuj" memang mahukan buku ini.
(iii) Pengarang buku ini sekali lagi diterbangkan dari Malang, Indonesia, bagi menjalankan promosi.
(iv) Tema sejarah Islam memang mempunyai banyak peminatnya sendiri.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
Memang bertuah penulis dari Malang itu.
PTS jangan buat hal! Buku ini mesti ada di sepanjang PBKL kerana saya mahu membelinya.
Salam,
Saya di antara 800 pembeli buku ini! Cuma dari segi kualiti kulit buku yang membuatkan saya jengkel sedikit. Saiz kulit belakang tidak sama/cukup berbanding kulit hadapan. Jadi nampak tidak sama bila di lihat dari belakang. Macam pakai kemeja berbutang tinggi sebelah, tidak cantik.
Minta pihak PTS mengambil perhatian dengan isu ini. Banyak buku yang saya beli yang kulit luarnya ada pelipat ke dalam tidak sama saiznya.
Post a comment