Mengapa Pasaran Buku Panduan Hidup Berbahagia dalam Bahasa Melayu pada Saat Ini Lembap
Pasaran buku-buku perhubungan (relationship) adalah sangat bagus, itulah sebabnya rak buku relationship dalam bahasa Inggeris sentiasa menawarkan banyak judul, dan setiap bulan ada sahaja judul-judul baru, walaupun isi kandungannya tidak banyak perbezaan.
Buku-buku relationship laku sepanjang masa, yakni tidak bermusim. Ini adalah ciri produk yang menguntungkan penulis dan penerbit.
Pembeli utama buku-buku relationship adalah perempuan muda, baik yang sudah berkahwin mahupun yang belum.
Namun, pada saat ini pasaran buku-buku relationship dalam Bahasa Melayu adalah lembap, dan ini adalah suatu kerugian.
Permintaan untuk buku-buku panduan kebahagiaan sentiasa ada. Dari waktu ke waktu peminat kategori ini mahukan buku-buku baru yang membawa tema lama tetapi dengan persembahan segar dan maklumat yang terkini
Faktor yang paling utama adalah ketiadaan judul-judul baru yang segar dengan isi kandungan yang memberikan teknik-teknik how-to.
Jumlah penulis buku Melayu yang specialise dalam tajuk-ajuk relationship adalah sangat kecil. Mereka itu pula tidak konsisten menghasilkan buku baru setiap tahun.
NOTA: Buku "Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah" dari PTS ini adalah buku panduan kebahagiaan karya asli oleh penulis tempatan yang paling laku saat ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment