Saturday, July 29, 2006

Buku Panduan Kahwin Muda: Hidung Duit

Penulis perlu mempunyai jenis EQ yang disebut 'hidung duit' atau 'business sense'.Seorang pelajar universiti mengambil keputusan kahwin muda, yakni semasa dia dan tunangnya masih belajar. Selepas hampir setahun berkahwin, banyaklah pengalaman tentang susah payah kahwin muda sambil belajar, lalu beliau bercadang menulis buku "Panduan Kahwin Muda" dengan tujuan hendak membantu mereka yang kahwin semasa masih di universiti.Isi kandungan buku panduan kahwin muda itu, menarik sekali. Salah satu babnya akan menerangkan cara hendak memberitahu ibu bapa dia hendak kahwin.

Tetapi buku yang menarik belum tentu banyak yang memerlukannya. Sebagai contoh, buku bertajuk "Seni Membuat Keris Melayu" menarik tetapi jumlah orang yang memerlukannya amat kecil.

Berapa ramaikah penuntut universiti yang hendak kahwin semasa masih belajar? Dan bagi orang muda yang hendak kahwin muda, adakah mereka masuk kedai buku dan mencari buku panduan kahwin muda?

Hendak tak hendak, penulis perlu mempunyai sedikit EQ 'hidung duit', dengan itu dia dapat mengenal pasti jenis buku yang ada pasarannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Cerita-cerita Sejarah Previous entry: Terjemahan: PTS Menawarkan Sistem Royalti
khadijah  on  12/23  at  07:41 PM

salam. memang banyak dugaan dalam kehidupan berumahtangga. Saya ada atu buku yg boleh dibaca untuk pasangan yg merancang ingin berkahwin

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=estima08

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.