Saturday, September 15, 2007

Buku Panduan Pandai Membiakkan Duit

Buku ini adalah dalam siri "Pandai Buat Harta".

Pada masa ini semua bank menawarkan pelaburan dalam pelbagai unit amanah. Namun majoriti orang Melayu cuma kenal Amanah Saham Nasional sahaja, sedangkan ada bank-bank lain yang prestasi unit amanahnya lebih tinggi daripada ASN, tetapi orang Melayu tidak tahu.

Buku ini ditulis bagi pembaca yang malu hendak mengaku mereka sebenarnya sangat ingin belajar cara-cara membiakkan duit yang sedikit supaya terkumpul menjadi banyak.

Encik Sunthara Segar adalah seorang penasihat kewangan peribadi.

Beliau sedang menulis siri buku panduan membiakkan duit peribadi dengan cara-cara yang risikonya rendah.

Beliau juga seorang penceramah yang popular, sayangnya sebelum ini ceramah-ceramah beliau disampaikan dalam Bahasa Inggeris oleh itu kebanyakan orang Melayu tidak mengenali beliau.

Saudara tidak perlu menjadi orang bisnes bagi mengumpul harta. Bukan semua orang memiliki bakat dan ketahanan psikologis dalam dunia perniagaan. Dengan wang gaji pun saudara dapat menghimpun wang dan harta.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Bisnes
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sifu Mengarang Buku Apa Saat Ini? Previous entry: Surat Cikpuan Wan Nor Ainon Wan Abdullah
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/16  at  05:21 AM

Tahniah di atas kelahiran buku kedua Tuan Sunthara dengan PTS, semoga ianya menyuntikan semangat Tuan untuk terus berkarya. Tahniah sekali lagi.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/16  at  10:11 AM

Tuan Segar,

Tahniah atas kelahiran buku tuan. Topik dan tajuknya menguja saya untuk memilikinya.

Zamri Mohamad  on  09/17  at  03:40 AM

Ya, tahniah!
Mari ramai-ramai menulis lagi. Melambakkan pasaran dengan buku ilmu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/18  at  11:07 PM

Tuan Segar yang peramah,

Tahniah. Semoga semakin berjaya dan pembacanya juga berjaya mempraktikkannya. Kejayaan juga buat PTS. Umpama menyemarakkan wangian buat PTS yang menawan (ramai pembaca).

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/21  at  07:26 AM

Kepada Duyung, Zamri, Sham dan Helang6 terima kasih di atas motivasi anda baik di sini atau semasa pergaulan kita di kelas dan semasa pertemuan di luar.

Tidak dilupakan Puan Ainon yang sudi menulis kata dua dan bekerja keras mengukuhkan lagi PTS. Tak hairan jika PTS mampu menjadi satu BRANDING antarabangsa sinonim dengan khazanah ilmu Melayu.

Penulis-penulis yang setia dengan PTS mungkin akan menerima habuan satu masa nanti bila PTS “dilistkan”. Mungkin jadi, mungkin tidak jadi, tetapi jangan lupa sejarah kejayaan Google dan Microsoft. Bermula dari jalanan, akhirnya menjadi penunjuk jalan.

musadun  on  02/25  at  10:08 PM

duit pun boleh dibiakkan/.

All Mobile Pcsuites  on  11/21  at  01:07 AM

what a excellent post, your are a genius blogger thanks for sharing with us.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.