Wednesday, May 30, 2007

Buku Pelancongan Tradisional

Dulu-dulu 'melancong' bermakna pergi ke negara orang lain. Selepas kerajaan berkempen dan memperkenalkan konsep 'pelancongan dalam negeri' barulah minda rakyat Malaysia faham konsep pelancongan dalam dan luar negara.

Majoriti rakyat Malaysia masih mempunyai minda mundur tentang konsep 'melancong'. Bagi individu-individu yang belum mampu pergi keluar negara, konsep melancong yang ada dalam minda mereka adalah pergi ke tempat-tempat yang indah-indah dan cantik-cantik di luar negara.

Bagi mereka yang tidak berduit, melancong adalah pergi ke Eropah dan Amerika dan tempat-tempat yang seperti itu. Melancong adalah naik kapal terbang dan tinggal di hotel-hotel.

Semasa melancong ke luar negara, mereka suka pergi ke pusat-pusat maksiat yang tidak ada di negara kita. Itulah konsep melancong yang masih tebal dalam minda mundur individu-individu seperti itu.

Dalam minda mundur pelancong tradisional kita, tidak ada konsep pelancongan yang Islami dan yang tidak Islami. Itulah sebabnya banyak orang yang alim semasa dalam negeri pergi ke pusat-pusat maksiat apabila berada di luar negara, sekurang-kurangnya bagi tujuan hendak menengok dengan mata kepala sendiri aktiviti maksiat yang ditawarkan di pusat-pusat itu.

Bagi bangsa-bangsa yang datang dari negara-negara Barat dan Amerika yang kayaraya, konsep melancong mereka sangat berbeza. Mereka suka pergi ke tempat-tempat yang jauh-jauh di hujung pelosok dunia, tempat-tempat yang susah hendak sampai ke situ, yang orang lain tidak pernah pergi, yang eksotik, yang menawarkan pengalaman pengembaraan yang luar biasa.

Pelancongan Islam berlainan pula. Al-Quran menyuruh manusia mengembara, supaya dengan mengembara mereka lebih menyedari kewujudan dan kebesaran Tuhan. Jadi Islam tidak membenarkan pelancong Islam ke tempat-tempat di mana duit orang Islam dibelanjakan dengan cara-cara yang merosakkan iman, menguntungkan pusat-pusat maksiat, dan menguntungkan ekonomi negara-negara yang memusuhi Islam.

Buku-buku pelancongan dalam Bahasa Melayu mesti membetulkan konsep 'melancong' yang salah dan merugikan umat Islam.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Travelogue
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menuliskan Catatan Travelogue adalah Sunah Nabi Muhammad Previous entry: Buku Travelogue: Nabi Muhammad sebagai Pelancong
Naga Buana a.k.a Web Sutera  on  05/30  at  04:45 AM

Tuhan berkata, “Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” (Surah ar-Ruum, ayat 9)
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.