Thursday, November 18, 2010

Buku Pengurusan Melayu Mengambil Alih Rak Buku Management di dalam Cawangan Kedai Buku Elitis

Foto ini diambil di dalam sebuah kedai buku elit. Rak di tengah-tengah itu adalah rak "Pengurusan Perniagaan".

Rak di kanan sekali adalah rak "Management". Dahulu rak management itu mempamerkan buku-buku management dalam bahasa Inggeris. Terbaru, semua buku Inggeris yang dipamerkan di rak itu telah digantikan dengan buku-buku pengurusan dalam Bahasa Melayu.

Apakah yang mendorong pengurusan kedai itu meletakkan buku-buku Melayu di rak buku-buku Inggeris? Tidak ada alasan lain melainkan isu jualan.

KPI kedai buku adalah jumlah RM hasil daripada jualan buku. Apabila buku-buku Melayu menghasilkan lebih banyak RM, maka lebih banyak rak akan diberikan kepada buku-buku Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apabila Tiba Musim Krismas: Buku Melayu Bersaing dengan Buku Kristian dan Toys Previous entry: Anak-Anak Kelas Menengah Melayu dan Pasaran Buku Sastera Remaja Melayu
Riduan Khairi  on  11/18  at  02:32 PM

Salam Sifu,

Perkembangan ini didorong oleh beberapa faktor.

Antaranya termasuk :

1. Peningkatan permintaan buku-buku pengurusan berbahasa Melayu.
2. Peningkatan jumlah judul buku pengurusan bahasa Melayu.
3. Peningkatan komitmen penerbit buku Melayu menerbit dan menterjemah buku pengurusan dalam Bahasa Melayu khususnya PTS.

Sekian.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.