Monday, April 02, 2007

Buku PTS di Indonesia: Laku 20,000 dalam Masa 3 Bulan! (ampun… gambar slooow!)

Inilah buku Ann Wan Seng, RAHASIA BISNIS ORANG CINA, bestseller PTS yang juga menjadi bestseller buku bisnis di Indonesia.

Buku ini terjual 20,000 unit. Ia dicetak 4 kali dalam tempoh 3 bulan pertama diterbitkan oleh PT MIZAN sebagai edisi Indonesia. Setiap cetakan 5 ribu naskhah.

Siapa kata buku Malaysia tidak dapat diekspot ke Indonesia....

Kalau buku yang mahu diekspot ke negara itu dicetak di Malaysia, memang susah mahu mengekspotnya ke negara itu.

Tidak ada pengedar Indonesia yang mahu mengimpot buku cetakan Malaysia. Buat apa?

(a) Bahasa Melayu Malaysia kurang difahami di Indonesia, jadi buku susah dijual. Buku itu perlu diedit bahasanya dan diIndonesiakan dulu.

(b) Wajah kulit buku desain Malaysia kurang memikat citarasa pembeli Indonesia. Ia perlu kulit yang didesain oleh seniman buku di sana, yang fasih dengan citarasa rakyat negara mereka sendiri.

(c) Judul buku originalnya di Malaysia pun mungkin tidak memikat pembeli Indonesia.

(d) Blurp buku Malaysia juga tidak sesuai bagi pasaran Indonesia. Baca blurp buku ini yang memetik kata-kata hikmat tokoh usahawan muda terkenal di negara itu, Rhenald Kasali.

(e) Harga buku yang diterbitkan di Malaysia 2 kali lipat lebih mahal! Tambah kos penghantaran, ia akan jadi 3 kali lipat lebih mahal apabila dijual di Indonesia. Dijamin tidak laku....

Dengan menerbitkan semula buku-buku PTS sebagai edisi Indonesia dan dicetak di Malaysia, buku-buku itu dapat dijual di sana dengan harga 50% lebih murah daripada harga buku originalnya di Malaysia.



.

Buku MAKIN CANTIK AJA ini pula dipakejkan dengan menggunakan wajah dan kata pengantar tokoh motivator perempuan paling ngetop di Indonesia saat ini!

Judul asal buku ini di PTS adalah PANDUAN MENGURUS STRES UNTUK WANITA, karya tiga orang pensyarah fakulti perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Buku-buku PTS edisi Indonesia rata-rata lebih ayu dan ganteng penampilannya, berkat sentuhan jari-jari artistik desainer buku di sana.

Aduh! Cantiknya.....

.

.

Di bawah ini pula buku 'all-time bestseller' PTS yang berjudul 55 PETUA ORANG BERJAYA oleh Ahmad Fadzli Yusuf ditukar menjadi GAJI KECIL? No Way! Jumlah 55 petua itu juga dikurangkan menjadi 33 sahaja...


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Streamyx Kaput! TMnet Putus-putus Di Janda Baik! Aduh... Previous entry: Laporan dari Pesta Buku Bangkok (1)
alang kelana  on  04/02  at  09:24 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Sekalung tahniah buat PTS. Semoga semakin maju di Nusantara.

Mungkinkah buku poligami dan travelogue bisa menembusi pasaran di seberang dan menjadi best seller juga?

smile
——-

Zamri Mohamad  on  04/02  at  09:38 PM

Fokus, fokus. Fokus melangkau sempadan ke Indonesia. Harus bisa kerja kuat gitu.

Puan, kenapa gambarnya tidak ada?

Web Sutera  on  04/02  at  10:28 PM

Sifu,

Saya tumpang gembira, walaupun bukan buku saya (yang entah bila nak siap..). Tambah kaya PTS, juga penulisnya.

rastom  on  04/02  at  10:29 PM

Puas sudah saya meng-ejas mata saya namun masih tak kelihatan gambarnya, mungkin belum tiba dari Indonesia?

Kang  on  04/02  at  11:31 PM

Aduhhh ngapain sih judulnya tukar jadi begitu? Eh, alamak kenapa saya berbahasa Indon pula…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/03  at  02:00 AM

Salam.. saya cuba juga lihat.. nyata ya ngak ada..
saya kira kerna ia diattach terus dari url ini “http://mail.google.com/a/pts.com.my/?attid=0.3&disp=emb&view=att&th=111b11b985bbaf46”.. pasti ini kesilapan teknik..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/03  at  09:21 AM

Satu percapaian yang terbaik untuk keluaran buku PTS,

Semoga ianya terus menular kepada rangkaian buku2 PTS.

Tahniah kepada PTS, editor dan penulis.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: