Thursday, November 16, 2006

Buku PTS Masuk TOP TEN MPH

Kuasa Minda Separa

Tahniah kepada buku KUASA MINDA SEPARA SEDAR kerana masuk TOP 10 MPH - satu-satunya buku Melayu, yang lain semua buku Inggeris.

Nah! Masuklah sektor motivasi bisnes. Itu wilayah Laut Biru.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hari Sabtu! Jangan Lupa Kursus Menulis Cerita di PTS Previous entry: Penulis Novel Cinta dan Red Ocean
alang kelana  on  11/16  at  08:12 AM

Assalamu’alaikum Sifu,

Adakah sektor penulisan buku yang mengipas tajuk-tajuk ‘motivasi’, ‘tip’. ‘mengenai’ dan hal-hal yang berkait dengan poligami dan cinta termasuk kategori wilayah Laut Biru?
——-

zalisa  on  11/16  at  08:58 AM

tuan alang kelana begitu berminat dgn topik cinta. huhuhu. tulis tentang cinta tuan, saya akan jadi pembeli pertamanya. wink

Helmy  on  11/16  at  10:09 AM

Salam.

Beberapa hari lalu saya ke Popular Book Store di Ikano - buku sama disenaraikan dalam “top-ten” juga.

Tahniah!

(Saya menanti hari buku sastera Melayu dalam “top-ten”)

ferzoul  on  11/16  at  10:19 AM

Tahniah diucapkan

zeti  on  11/16  at  10:27 AM

Tuan alang, jangan risau. Pasti top!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/16  at  10:52 AM

Rasanya buku motivasi berkenaan perancangan kewangan juga berada dalam zon laut biru. terutama yang khusus untuk pasangan yang baru kahwin satu, dua, tiga dan empat. dan juga perancang kewangan yang untuk baru dapat anak satu..dan seterusnya. Bukan saja motivasi malah sekali dengan cara mengurus kewangannya juga.

Puan Ainon Mohd.  on  11/16  at  11:19 AM

Tuan-tuan semua, baca komen Tuan Ibnurabi! Itu hint dari orang yang tahu book-retailing!

Amiene Rev  on  11/16  at  05:08 PM

Puan Ainon,

kebetulan saya sedang berminat dengan perancangan kewangan. entah kenapa, sejak sebulan dua yang lalu.

juga entah kenapa sejak akhir-akhir ini. walau pun semakin sibuk, tetapi idea-idea untuk menulis itu tidak kering-kering sehingga kini, apabila sedang menikmati makan malam, di dalam bas, atau di mana-mana sahaja, buku nota tidak terlepas dari tangan. ada-ada sahaja benda yang nak ditulis.

saya fikir saya sudah jadi seorang gila menulis. =.=”

ICe  on  11/17  at  02:18 AM

Tahniah! ini satu motivasi untuk menyiapkan karya bukan setakat dapat diterbitkan saja, malah dapat pergi lebih jauh lagi (mendapat top 10 adalah satu langkah, bukan destinasi). ganbatte!!

Puan Ainon Mohd.  on  11/17  at  08:04 AM

Tuan-tuan,

Buku yang masuk TOP 10 di mana-mana kedai MPH ataupun POPULAR menunjukkan buku itu ada dijual dalam kedai itu.

Ada judul yang tersangat laris, seperti buku RAHSIA BISNES ORANG CINA dan 55 PETUA ORANG BERJAYA tidak masuk senarai TOP 10 sebab buku itu habis! Dan proses ulangcetak serta re-order mengambil waktu.

Inilah faktor yang menyebabkan ada buku-buku PTS yang sekejap masuk TOP 10, sekejap tak masuk!

Apabila tak masuk, itu mungkin disebabkan buku sedang diulangcetak ataupun order baru belum sampai ke kedai.

Rekod jualan kita menunjukkan dari segi TOP 10 PTS, buku 55 PETUA ORANG BERJAYA adalah No 1, diikuti oleh RAHSIA BISNES ORANG CINA .

alang kelana  on  11/17  at  09:23 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu, Pak Rastom, et al,

Jika ada graduan yang belum mendapat kerja tetapi ada bakat menulis, sudah tentu ada ruang untuk hadir di bengkel penulisan PTS dan seterusnya diasah dan asuh menjadi penulis yang akan mendapat pendapatan secara tetap, dengan syarat ada kemahuan belajar dan ingin maju. Benarkah Sifu?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: