Komitmen PTS Mahu Menjadi Pemain Utama dalam Sektor Buku Remaja
PTS akan terus mencari penulis-penulis berbakat yang mahu menghasilkan pelbagai buku untuk pasaran remaja awal dan remaja. PTS juga akan melabur dengan menerbitkan buku-buku terjemahan yang berguna bagi memandaikan remaja.
Dengan demikian PTS mengambil langkah-langkah berikut:
1. Menjalankan lebih banyak bengkel penulisan khusus bagi melatih lebih banyak penulis buku-buku remaja.
2. Menjalankan bengkel-bengkel terjemahan untuk projek terjemahan novel-novel bacaan remaja daripada luar.
3. Mulai 2008 PTS akan cuba mendapatkan golongan remaja yang mempunyai bakat menulis buku-buku fantasi bagi bacaan remaja awal dan remaja. Kita mencari mereka yang berusia antara 16 - 18 tahun.
4. Melantik editor khas bagi membangunkan produk-produk komik remaja.
5. Melesenkan produk-produk remaja PTS kepada mobile content-provider supaya dipasarkan sebagai konten mobile.
6. Mendapatkan lebih banyak pelukis ilustrasi yang berbakat sebagai pembekal ilustrasi buku-buku remaja.
7. Menyediakan peruntukan lebih besar bagi pembelian hakcipta terjemahan.
Pasaran remaja adalah pasaran yang besar dan akan terus membesar. Kita mengajak rakan-rakan penerbit supaya melabur ke dalam pasaran ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment