Buku Remaja Bersiri Lebih Laku
![]()
Jika saudara mahu menjadi penulis novel-novel buat pasaran remaja, saudara perlu menghasilkan judul-judul dalam siri.
Data jualan PTS menunjukkan konsep buku cerita bersiri lebih keras jualannya daripada judul tunggal. Di pesta buku 2007, fakta ini jelas dapat dilihat di meja yang mempamerkan buku-buku remaja awal. Judul bersiri lebih laju jualannya daripada judul-judul tunggal.
Soalan tutorial: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan buku remaja bersiri lebih laku?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Bagus juga idea Sifu ni.
——-
Alamak! Sudah salah plankah saya ini?
Hmm, nampaknya saya harus minta saudara ICESOUL bertapa lagi supaya dia ada stroke baru yang lebih remaja!.
Puan, siri Nancy Drew sudah difilemkan. :D
Tanggung beres Enchek Panah!
Enchek (SALAH) = Encik (BETUL)
Buku bersiri lebih laku kerana menggalakkan pembelian berulang. Apabila sesorang sudah membaca salah satu buku, besar kemungkinan dia sudah ‘tertawan’ dengan siri tersebut!
Cerita bersiri lebih laku, sebab pembaca ingin tahu situasi lain yang dihadapi oleh watak-watak dalam buku.
Assalamualaikum wbt.,
Pendapat saya, buku bersiri lebih laku dalam kalangan remaja awal kerana dua perkara:
1. remaja perlukan idola
2. semangat ingin tahu apa idola mereka lakukan yang tinggi
Secara tanpa sedar, dua perkara ini memberikan semangat dan harapan baru kepada para remaja untuk meneruskan kehidupan mereka di alam yang satu lagi - lari dari alam sekolah (cikgu, tuisyen, kerja rumah dll), leteran mak ayah atau apa-apa situasi yang bertentangan dengan jiwa mereka. Maklumlah, remaja dilabel sebagai golongan yang kuat memberontak dan sedang mencari identiti diri.
Post a comment