Friday, September 29, 2006

Buku Remix: Kerja Sedikit, Royalti Banyak

Industri muzik sudah lama tahu apa itu album remix. Restoran Mamak pun sudah lama mengamalkan remix dalam bisnes menjual kari!

Penerbit buku pun sudah lama mencipta buku-buku remix. Banyak judul buku baru Edward deBono adalah judul remix. Sesetengah buku SifuPTS pun remix! Setiap tahun sekitar 60% royalti SifuPTS dijana oleh buku-buku remixnya. (Ha ha ha....)

Buku remix adalah BONUS BESAR, baik bagi penulis mahupun penerbit. Bagi si penulis, ia melibatkan sedikit kerja sahaja bagi menghasilkan buku-buku baru. Bahan-bahan yang terdapat dalam beberapa buku lama saudara dapat diulang-guna bagi menghasilkan buku-buku baru. Ini kes 20% kerja menghasilkan 80% royalti.

Kerja-kerja me-remix buku dapat dilakukan oleh pengarang sendiri. Ini yang dilakukan oleh Edward deBono, Dr. Danial Zainal Abidin, Ahmad Fadzli Yusof, Ahmad Naim Jaafar dan SifuPTS.

Remix juga dapat dilakukan oleh penerbit. Ini yang dilakukan oleh PTS Millenia ke atas buku-buku Dr. Robiah K Hamzah.

Apakah faktor yang membolehkan saudara menikmati royalti banyak daripada buku remix?

1. Judul-judul yang dapat diterbitkan semula sebagai produk remix adalah judul bukan fiksyen.

Ini kelebihan yang dinikmati oleh penulis bukan fiksyen, mereka boleh me-remix buku-buku mereka. Penulis novel takkan dapat menikmati royalti daripada sumber remix! Setiap kali penulis novel hendak royalti baru, mereka mesti tulis novel baru.

2. Judul-judul itu adalah judul yang laku.

Jika ada judul yang tidak laku, tidak mengapa, sebab mungkin ada bahan dalam buku itu yang sesuai dimasukkan ke dalam buku remix. Bayangkan sahaja, bahan yang tidak laku pun dapat dimasukkan ke dalam buku remix, kali ini baru laku.

3. Saudara mesti mempunyai banyak judul, sekurang-kurang 5 judul.

Jika saudara baru mempunyai 1 ataupun 2 buah buku, saudara belum mempunyai bahan yang cukup bagi dipilih-pilih untuk buku remix.

3. Judul-judul buku saudara itu mestilah dalam bidang yang serupa.

Ini amat penting, itu sebab buku saudara mesti ada siri. Kalau saudara jenis penulis bunga-rampai, saudara tidak dapat me-remix buku-buku saudara. Penulis bunga-rampai adalah penulis yang menulis banyak buku yang temanya rencam.

Bagi saudara yang menulis buku saudara dengan menggunakan KJ METHOD, proses me-remix menjadi mudah sekali.

Buku remix adalah cara bagaimana bahan-bahan dalam buku lama dapat dijual semula dalam bentuk baru. (Macam Mamak restoranlah, lebihan kuah semalam dapat dijual semula dengan meremixnya.) Itulah sebabnya isu backlist ini amat penting bagi penulis dan penerbit. Jika saudara tidak mempunyai backlist yang banyak, saudara rugi sebab saudara tidak dapat menjana royalti-berulang.

Apa itu royalti-berulang? Begini: Bagi setiap ayat yang saudara tulis, berapa kali ayat itu dapat saudara jual? Jika buku itu dicetak dan dijual 2 ribu naskhah, bermakna saudara menjual ayat itu sebanyak 2 ribu kali.

Ayat-ayat dalam buku "55 Petua Orang Berjaya" oleh Sdr Fadzli Yusof sudah hampir 40 ribu kali dijual dalam buku itu. Tetapi cuba saudara baca semua buku-buku beliau. Saudara akan jumpai ada ayat-ayat dalam buku 55 PETUA yang diulangcetak dalam buku-buku lain. Ertinya sesetengah ayat tulisan beliau sudah terjual lebih 100 ribu kali! Inilah yang dikatakan royalti berulang. (Tetapi SifuPTS masih menang.... ada ayat-ayatnya yang sudah terjual lebih 150 ribu kali. Sekali lagi... Ha ha ha!)

Penerbit suka penulis-penulis yang menghasilkan bukunya secara bersiri-siri disebabkan isu remix inilah. Bayangkan ada seorang penulis PTS yang bukunya sudah lebih daripada 7 buah, tetapi tema-temanya berbeza-beza, maka tidak dapatlah beliau hendak hendak me-remix buku-bukunya.

Ingat pesan Sifu: Fokus. Fokus. Fokus!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Optimisme dan Pesimisme: Prinsip Surah Yusuf Previous entry: Mencipta Cerita Evergreen: Apa Susahnya?
alang bidara  on  09/29  at  09:10 AM

Assalamu’alaikum Sifu, kalau re-mix buku-buku yang sudah termasuk ke dalam kategori ‘Public Domain’... tentu ada potensi juga bukan?
——-

Ainon Mohd.  on  09/29  at  10:45 AM

Tuan Alang,

Undang-undang hakcipta tidak membenarkan seseorang itu mengubah apa-apa pada karya orang lain, dan ini termasuk dalam apa yang diistilahkan sebagai Hak Moral pengarang asal.

Kang Razzi  on  09/29  at  10:03 PM

Assalamualaikum Mbakyu! Nampaknya sudah jadi kelaziman saya untuk berkunjung ke Universiti PTS kerana—alangkah ruginya sesiapa yang tidak menimba ilmu PERCUMA dari sini. Ilmu penulisan dan sudah tentu ilmu yang paling saya sukai—strategi bisnes. Kalau ilmuan dulu merantau beratus-ratus batu untuk mendapatkan ilmu alangkah tidak bersyukurnya kita pada hari ini, kalau hanya dengan klik di hujung jari sudah boleh menimba berbagai-bagai ilmu setiap hari. Kepada Mbakyu Canselor Universiti PTS—terima kasih sebanyak-banyaknya!

Mbakyu, arek takon. Dari segi bisnes memang remix adalah satu strategi bisnes yang menguntungkan penerbit dan penulis. Mengikut pengalaman Mbakyu—impak pada penulis itu sendiri bagaimana untuk jangka panjang dan pendek. Dan juga Mbakyu—impak pada pembaca terutamanya peminat setia pula bagaimana?

Dalam industri muzik (pernah terlibat untuk genre muzik ‘thiqoh’)—remixing menguntungkan syarikat rakaman. Penyanyi tak dapat apa-apa. Dari segi nama pula, penyanyi tak terjejas. Kerjanya pun mudah sangat—hanya muziknya diubah temponya, suara penyanyi kekal ditambah kepintaran jurutera rakaman.

Mintak tolong Mbakyu—dari pengalaman Mbakyu—impak untuk nama penulis bagaimana, sebab tangan ini agak mula gatal nak ‘me-remix’ sebahagian judul sesudah membaca saranan Mbakyu.

Satu lagi Mbakyu (akeh cerito pulak…)—untuk mengatasi industri muzik yang merudum, syarikat rakaman membuat kompilasi lagu-lagu lama. Apa mesej yang boleh diambil dan diaplikasikan dalam industri penerbitan?

Ainon Mohd.  on  09/29  at  11:05 PM

Tan Sri Kang Razzi,

Saya akan terangkan teknik dan strategi remix dalam entri, supaya lebih jelas. Orang lain pun dapat membacanya.

Tentang remix muzik yang hanya menguntungkan syarikat ramakan, ini bukan isu remix, ini isu dasar perniagaan syarikat rakaman itu.

Remix menguntungkan penulis. Nothing to loose, all to gain. Tidak ada ruginya, untung belaka.

Kompilasi lagu lama? Penerbit buku pun melakukan kompilasi juga. Sebagai contoh, siri Penguin Classic adalah siri paling terkenal! Siri ini menerbitkan lebih seratus judul karya klasik dunia, semuanya dalam BI ataupun diterjemahkan ke dalam BI.

Di Malaysia, Penerbit Oxford pernah menerbitkan siri sastera klasik Melayu, edisi kulit tebal. Kemudian Yayasan Karyawan (ditubuhkan oleh DSAI) menerbitkan semula karya-karya yang sama sebagai Siri Karya Agung Melayu, edisi mewah, leather-bound.

PTS akan memperkenalkan kompilasi karya klasiknya sendiri pada tahun 2007. Hmmm…..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: