Monday, November 28, 2011

Tip Survival Penerbit: Buku Rosak dan Sistem Jualan SOR

PTS mengamalkan sistem jualan bisnes yang dipanggil SOR (sale or return) kepada agen-agennya, seperti kedai-kedai buku. Dalam sistem ini buku-buku yang tidak laku dijual oleh agen boleh dipulang kepada PTS, dan kemudian agen boleh mengambil stok buku baru yang sama nilainya.

Sistem SOR disukai oleh agen-agen kerana mereka tidak menanggung risiko rugi kerana buku tidak laku.

Sistem SOR juga memudahkan pembeli buku sebab jika buku rosak mereka boleh memulangkannya kepada kedai buku dan kedai akan menggantikan dengan buku baru, manakala buku yang rosak akan dipulangkan kepada PTS.

Namun bagi penerbit sistem SOR sangat leceh diuruskan. Ia juga menaikkan kos pengurusan gudang.

Sistem SOR juga menyebabkan agen-agen tidak berhati-hati menjaga buku, akibatnya banyak buku rosak semasa di tangan agen.

Foto menunjukkan buku-buku yang rosak apabila dipulangkan oleh agen-agen PTS. Buku-buku itu tidak dapat diselamatkan lagi, akibatnya ia akan dijual kepada pembeli kertas buruk.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Prioriti No 1 adalah Membayar Hutang Bank Previous entry: Masa Depan Pasaran Buku
Siti M  on  11/28  at  12:25 PM

Sayang sungguh jika buku-buku rosak terpaksa dijual sebagai kertas buruk.

Tidak bolehkah jika buku-buku ini dijual pada harga diskaun (ada saja pembeli yang tidak kisah buku rosak sedikit asalkan murah), atau disedekahkan kepada rumah anak yatim, atau kampung orang asli, dan sebagainya?

ahmadyani  on  11/28  at  05:38 PM

Buku rosak sebab salah cetak, seperti ada muka surat yang hilang dan sebagainya, patut dilupuskan. Bila rosak sebab salah dikendalikan, tidak patut dilupuskan. Setuju dengan Siti M…jual murah!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: