Saturday, February 24, 2007

Buku Sastera Remaja: Strategi Mendapatkan Kepercayaan Guru dan Ibu Bapa

Jika saudara baru hendak memulakan bisnes menerbitkan buku sastera remaja awal dan remaja, ada beberapa perkara yang penting saudara jaga supaya ibu bapa dan guru-guru mempunyai persepsi positif ke atas buku-buku yang saudara terbitkan.

1. Kualiti bahasa

Jaga kualiti Bahasa Melayu yang digunakan dalam buku. Jangan sampai ibu bapa dan guru-guru mengatakan buku-buku saudara merosakkan bahasa pelajar. Ini penting sebab subjek Bahasa Melayu adalah subjek teras. Guru-guru mesti diyakinkan bahawa dengan membaca buku terbitan syarikat saudara, penguasaan Bahasa Melayu murid bertambah baik.

2. Unsur perkauman

Dalam isu ini, jangan kaitkan sifat-sifat negatif dengan mana-mana kaum. Sebagai contoh, jangan ada unsur stereotaip yang menghina mana-mana kaum dalam buku cerita itu - kalau malas tentu budak Melayu, kalau jahat tentu budak Cina, kalau bodoh tentu budak India. Unsur perkauman ini amat dititikberatkan oleh kementerian apabila menilai buku-buku yang hendak diluluskan pembeliannya.

3. Keindahan moral

Jangan jadikan watak jahat sebagai hero. Dalam isu ini, baik ibu bapa mahupun guru, mereka amat sensitif sebab mereka hanya mahukan buku-buku yang mempunyai nilai pendidikan moral yang amat tinggi bagi anak-anak dan murid mereka.

4. Nilai Tambah

Isi kandungan buku mestilah memberikan value-added kepada pembelajaran di sekolah, yakni dalam buku-buku itu terkandung banyak maklumat tambahan yang tidak terdapat dalam buku-buku teks mereka. Ini adalah faktor paling penting yang dapat mengubah sikap ibu bapa dan guru-guru.

Kesimpulannya, ibu bapa dan guru-guru mesti diyakinkan bahawa dengan membaca buku-buku sastera remaja dalam Bahasa Melayu, prestasi pembelajaran budak-budak itu meningkat.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ekonomi Negara Berkembang, Sektor Buku Melayu dan Cina Berkembang, tetapi Sektor Buku Inggeris Menda Previous entry: Apabila Tiba Musim Cuti Sekolah...
Nazhatulshima Nolan  on  02/25  at  08:28 AM

Ya, terima kasih PTS! Markah penulisan anak saya 100% kerana banyak membaca karya PTS. Semalam saya hadiahkan 6 buah buku lagi, tetapi dalam sehari sudah habis semuanya. Ya, perlu tebal lagi! Semua jibunsyi PTS pun dia telah khatam. Pening juga saya kerana perlu beli lagi. Novel penerbit lain saya masih ragu-ragu isinya, tentang ‘halal haram’nya. Kini saya tetapkan syarat kepadanya. Saya akan belikan lagi apabila dia tuliskan komen tentang semua novel yang telah dibacanya, di blognya.
——-

Nor Hazizam  on  02/26  at  02:31 PM

Puan Ainon,

Mohon maaf saya menyibuk di sini. Seronok membaca komen yang positif yang sebegini. Membangkitkan lagi semangat untuk menghasilkan buku-buku yang lebih berkualiti.

Puan Nazhatulshima,

Terima kasih kerana memberi sokongan terhadap buku-buku terbitan pts. Komen puan membuatkan kami di pts semakin bersemangat.

Boleh saya tahu alamat blog anak puan?

[email protected]

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.