Sunday, August 30, 2009

Majalah ‘Gedung Kartun’ Diramalkan Semakin Laku Keras Kerana Diharamkan

Tujuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan sesuatu buku, majalah ataupun akhbar adalah bagi menyekat bahan-bahan itu daripada sampai ke tangan orang ramai supaya isi kandungannya tidak mereka baca.

Namun, pengharaman dapat meningkatkan permintaan bagi bahan-bahan itu. Ini disebabkan apabila bahan itu diharamkan, peristiwa itu menjadi berita, maka semua orang mendapat tahu tentang kewujudan bahan itu.

Itulah yang berlaku dengan pengharaman majalah Gedung Kartun baru-baru ini.

Tuan Zunar mendapat liputan yang sangat baik akibat tindakan KDN mengharamkan majalah terbitan beliau itu.

Nilai promosi percuma yang beliau peroleh daripada pengharaman tersebut sukar dikira. Jika beliau terpaksa mengeluarkan bajet promosi secara konvensional, entah berapa juta ringgit yang diperlukan bagi mendapatkan liputan sebaik itu....

Langkah mengharamkan sesuatu bahan terbitan adalah ibarat pedang dua mata -- dihayunkan ke kanan pun ia dapat melukai, dihayunkan ke kiri pun ia dapat melukai. 

Apabila bahan yang diharamkan itu terbukti mempunyai permintaan yang tinggi, maka sistem pasaran gelap akan mula beroperasi dengan pantas sekali.

Dengan tiba-tiba sahaja akan muncul pencetakrompak yang dalam masa sahari semalam mereka dapat mencetakrompak bahan itu dan mengedarkannya dalam pasaran gelap!

Pasaran gelap adalah pasaran yang sangat efisien proses pengeluaran dan pengedarannya. Tiba-tiba sahaja bahan yang diharamkan itu nanti dapat dibeli di mana-mana di seluruh negara.

Lihat sahaja betapa pantas dan efisiennya gerak kerja pasaran gelap buku cetak rompak sebagaimana yang pernah berlaku pada novel SHIT karya Shahnon Ahmad.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Gapena Desak Kerajaan Mansuh Segera PPSMI Previous entry: Laut Biru pada Komik untuk Golongan Remaja Alim
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/01  at  05:42 AM

Ya setuju!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/03  at  05:59 AM

Saya mendapat tahu bahawa pihak KDN memang merampas kerana pihak Gedung Kartun sebenarnya tidak mempunyai permit mengeluar dan mencetak. Bukan kerana unsur politik dalam komik.

Ramai sekarang mengatakan KDN yang salah. Sebenarnya yang salah adalah Gedung Kartun sendiri mengeluar tanpa permit. Apa yang mereka ada hanya surat penerimaan borang yang sedang diproses. Bukannya kelulusan lagi. Apabila dalan proses mungkin ia lulus dan mungkin ia tidak.

Boleh tanya dengan pihak Komik-M. Tentu mereka ada pengalaman dalam hal ini. En. Jonos. Betultak apa yang saya kata?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/04  at  09:26 PM

Orang Yang Tahu,

Maaf tak betul dan saya tak berminat mengulasnya kepada mana2 individu yang tidak dikenali atau berselindung di sebalik nama. Maaf dan terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/05  at  06:18 AM

Sabar Tuan Jonos,

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tapi memang realitinya begitu. Gedung Kartun sudah melakukan kesalahan pertamanya kerana mengeluarkan sebuah majalah tanpa permit sah KDN. Jadi kesalahan kedua dan ketiga tidak perlu diulas.

Umpama orang bersolat tetapi tak ambil Wuduk. Solat itu jelas tidak sah walaupun Wuduk bersifat sunat. Jadi tidak perlulah berdegar-degar mengatakan KDN salah merampas majalah ini kerana isu politiklah dan sebagainya.

Sepatutnya biar keluar permit KDN dahulu baru cetak. Tapi apabila sebaliknya tak boleh hendak buat apa. Cubalah tegakkan benang yang basah, memang tetap tak boleh tegak. Satu pengajaran untuk Tuan JONOS dan Tuan punya PTS. Maaf Puan Ainon sekadar hendak menjelaskan kekeliruan yang cuba dibawa mereka yang keliru lagi mengelirukan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/05  at  03:50 PM

Orang Yang Tahu,

Permit yang saudara maksudkan itu pun sebenarnya sudah tidak relevan lagi dengan situasi dunia tanpa sempadan kini.

Peraturan sebegitu sudah primitif sifatnya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/06  at  05:58 AM

Tuan Adnan,

Manusia ini dicipta perlukan peraturan. Sebab itu Allah tetapkan pelbagai undang-undang dan peraturan di dunia ini melalui Al-Quran dan hadis melalui Nabi.

Jika semuanya hendak bebas, itu banyak berlaku perkara-perkara pelik di dunia. Undang-undang diperlukan, cuma apa caranya kita hendak mengendalikan.

Jangan kerana mengatakan undang-undang itu salah maka kita mudah-mudah menfitnah orang lain dengan menunjukkan kita hero. Dalam Al-Quran pun mengatakan bahawa fitnah lebih buruk daripada membunuh.

Dalam kes ini, kumpulan Gedung Kartun sudah menfitnah KDN. Kemudian membina keyakinan bahawa merekalah hero. Jadi salah siapa? Jangan pula Tuan Adnan bersubahat dengan pihak mereka yang memfitnah pula.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/06  at  11:20 PM

Salam,

Sengaja mencelah.

Di Malaysia biasanya ada satu kelonggaran dalam akta percetakan. Terbitan tidak berkala tidak perlu didaftarkan. Penerbit biasanya guna kelonggaran ini dengan bermain dengan nama bahan terbitan, contoh dengan meletak nombor pada nama bahan terbitan mereka. Contoh, akhbar Memo1, Memo2, Penjana1, Penjana2 dan seterusnya. Ini juga yang digunakan untuk buku berciri politik jenis sekali terbit sahaja yang biasa mereka keluarkan waktu perhimpunan agung umno dll.

Bila kita kaitkan dengan majalah Gedung Kartun, selagi Gedung Kartun edisi 2 tidak dikeluarkan, penerbit masih boleh dikatakan belum bersalah, sebab walau bagai ada niat untuk diterbitkan edisi ke 2, buktinya masih belum ada yang ia pasti menjadi terbitan berkala. Mungkin sahaja tiada edisi 2 dan yang ada cuma Gedung Kartun2 sebagai edisi sulung.

Ini memang undang-undang yang diamalkan di negara kita. Jangan tanya klausa dan akta mana. Saya tidak tahu. Tetapi inilah yang diamalkan, tidak kiralah pembangkang, penyokong mahupun yang nonpartisan.

Kalau semua terbitan harus berdaftar, harus gila orang KDN. Setiap cetakan kad kahwin maknanya harus mereka luluskan sebelum dibenarkan cetak. Penat budak-budak di KDN nanti. Lambat pula undangan kahwin nanti.

Maknanya agak tidak adil menuduh penerbit gedung kartun tidak ikut undang-undang.

wassalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/07  at  06:12 PM

Salam,

Untuk berlaku adil bacalah sendiri tulisan tuan punya majalah dan buat kesimpulan sendiri.

“Dengan itu saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa Gedung Kartun diterbitkan dengan menggunakan permit palsu. Malahan KDN telah membuat tuduhan serius yang membawa implikasi bahawa permit bernombor PP8541/08/2010(0282145) ISSN 1688-5398 adalah rekayasa saya?”

http://koncozunar.blogspot.com/2009/08/kenyataan-zunar-saya-menafikan-sekeras.html

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: