Thursday, May 22, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Ilmu Seni Menjual

Berjual-beli adalah aktiviti bisnes yang sangat penting.

Nabi Muhammad (kepada pembaca blog ini yang beragama Islam, bacalah salam dan selawat untuk beliau) adalah seorang trader (pedagang) yang bisnesnya adalah berjual-beli. Beliau juga melakukan bisnes ekspot-impot. Beliau bukan seorang pembuat (manufacturer) dan bukan juga pemberi perkhidmatan (service provider).

Justeru, beliau telah memberitahu umat Islam bahawa ilmu berjual-beli adalah ilmu yang sangat penting dalam bisnes, lebih penting daripada ilmu pembuatan produk.

Jika produk kita bermutu tinggi sekalipun, jika kita tidak mahir menjual, bisnes kita pasti gagal. Banyak peniaga Melayu mempunyai produk yang bagus, tetapi disebabkan mereka kurang pandai menjual, bisnes mereka sukar berkembang.

Nabi Muhammad menunjukkan kepada kita bagaimana beliau, seorang yang tidak mempunyai modal, serta tidak mempunyai produk, tetapi beliau menjadi peniaga yang berjaya.

Kemahiran menjual adalah amat penting bagi kejayaan dalam bidang bisnes. Itulah sebabnya PTS menerbitkan banyak judul kejurujualan supaya pembaca buku-buku Melayu dapat memilih buku mana yang lebih sesuai dengan keperluan mereka.

Dengan menerbitkan banyak buku kejurujualan, PTS membantu para peniaga Melayu khususnya, meningkatkan kemahiran mereka menjual.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Terbit 2008 Previous entry: Buku Ini Dipilih Sebagai Rujukan Rasmi
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  02:25 AM

Salam..

Tiba-tiba terfikir, sedang menunggu jika ada penulis yang berani mengkaji, berani menulis dan berani menanggung risiko tetapi jika dibuat pasti impaknya sangat besar.

Menunggu kemunculan buku “Rahsia Bisnes Orang Yahudi”, rasanya tidak salah jika belajar dan mengimplimentasikan sesuatu ilmu jika tidak bertentangan hukum. Asalkan berguna.

Umum tahu yang kaum ini adalah pendominasi urusan bisnes global.

Renung-renungkan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  02:44 AM

Rahsia Bisnes Yahudi? Wah! Harus buat kajian yang banyak dahulu.

Barangkali yang lebih cepat dapat ditulis adalah “Rahsia Bisnes Orang Minang”. Tuan Zamri Mohamad bolehlah cari rakantulis baru!

Suatu perkara yang serupa antara Mamak dan Minang, iaitu apabila mereka membuka restoran, maka tidak ada yang tutup! Bukan macam restoran Melayu, banyak yang tutup daripada yang kekal.

Restoran Mamak dan Minang sama-sama sudah di-francaiskan, sudah global. Jadi kita perlu membedah rahsia bisnes restoran Mamak dan Minang. Biar orang Melayu pandai berniaga restoran macam Mamak dan Minang.

Web Sutera  on  05/23  at  06:48 AM

Assalamualaikum Sifu & sdr Zamri,

Memang orang Minang ramai yang berniaga, buka restoran atau rumah makan, misalnya. Keluarga mertua saya orang Minang. Ramai emak/bapa saudara sebelah isteri saya berniaga dalam bidang makanan dan lain-lain.

Mertua saya pun masa dahulu menjual air tauhu, taufa dan sate. Cuma sekarang sudah bersara, faktor usia.

..............

NOTA SIFU: Tuan Web, mana buku?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  07:58 PM

Rahsia Bisnes Orang Yahudi

Hmm rasanya seperti menarik untuk ditulis. Tetapi ia berkemungkinan tidak dibeli oleh orang bisnes kerana kaitan label Yahudi sahaja sudah bunyinya buruk, hendak belajar bisnes Yahudi pula ada yang rasa bersalah pula dalam diri. Macam-macam emosi boleh timbul. Hendak keluar duit belajar bisnes Yahudi pun sudah rasa tidak senang.

Buku Rahsia Bisnes Yahudi nanti hanya dibeli oleh pengikut isu politik antarabangsa.

Rahsia Bisnes Minang, rasanya boleh dilesenkan ke Indonesia!

smile

————————————————————————————

ZAMRI MOHAMAD
http://www.terbitbukusendiri.wordpresss.com
http://www.motivasimindamu.blogspot.com

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/28  at  08:33 AM

Kadangkala hati berkata-kata bagaimana Kaum yang satu ini memonopoli ekonomi dunia, apakah rahsia mereka yang hingga kini masih tertutup rapi.

Meminjam kata-kata pakar motivasi, jika hendak bermain golf, sasarkan ke arah bukit yang jauh kerana jika disasarkan melepasi tasik di depan lapangan hijau maka keputusannya bola yang dipukul akan jatuh ke dalam tasik, namun jika di sasarkan nun ke bukit yang jauh, keputusan bola yang dipukul adalah melepasi tasik tersebut.

Kadangkala tersenyum seketika mengenangkan mentaliti kebanyakkkan yang hanya berfikiran di luar kawasan balang kaca sahaja.

Masih mencari jawapan bagaimana pembina empayar rangkaian hotel Hilton yang membina empayarnya tanpa mengeluarkan sesen duit pun hingga menjadi hartawan hingga tidak habis di makan 7 keturunan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.