Saturday, February 28, 2009

Apa Berlaku kepada Buku-buku yang Tidak Laku

Apakah yang akan berlaku ke atas baki buku yang masih ada dalam setor penerbit?

Buku yang tidak laku dijual memakan ruang dalam setor. Ruang adalah wang. Setiap kaki persegi ruang setor adalah disewa. Buku yang baru dicetak perlu disimpan dalam setor. Buku lama berlonggok-longgok. Masakan hendak menyewa sewa setor baru!

Berikut adalah beberapa cara yang diamalkan oleh penerbit bagi menyelesaikan masalah buku tidak laku.

(i) Jika buku itu sesuai dengan sekolah, ia didermakan kepada perpustakaan-perpustakaan sekolah, khususnya sekolah-sekolah luar bandar yang dipilih oleh penerbit. Kos penghantaran ditanggung oleh penerbit.

(ii) Buku-buku itu didermakan kepada banyak pihak yang menulis surat meminta sponsor buku-buku sebagai hadiah untuk pelbagai pertandingan dalam acara dan majlis yang mereka adakan.

(iii) Buku-buku itu dijadikan gula-gula promosi dalam pelbagai pameran yang diadakan oleh penerbit. “Beli 2 dapat 3.”

(iv) Dijual kepada pembeli dengan potongan harga sampai 75%.

(v) Dilelong RM1 satu ataupun 50 sen satu dalam pesta lelong.

(vi) Dijual pukal kepada pembeli buku-buku reject dengan harga yang tinggi sedikit daripada harga suratkhabar lama!

(vii) Dijual kepada pembeli kertas buruk.

Bilakah masanya buku patut dijual sebagai kertas buruk? Jawapannya, 4 tahun selepas tarikh buku diterbitkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kereta Api dari Kota Baru Penuh Previous entry: Kiraan Royalti
Adnan Moksin  on  03/24  at  03:12 PM

Salam Pn,

Jika kes sebegini di Jakarta, Pak Yusuflah yang akan memborong buku-buku tersebut. Tersohor juga Yusuf Agency dengan jualan lambaknya disetiap pesta buku terutama di Jawa Timur - kerana beliau tinggal di Solo.

Kalau hendak tahu lebih lanjut, silalah search nama `yusuf agency`
atau ke..http://aseanfestival.blogspot.com/
atau
lebih spesifik ke..http://aseanfestival.blogspot.com/2010/03/yusuf-agency-yang-disukai-dan-yang-di.html

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.