Saturday, May 26, 2007

Buku Teknik Belajar Paling Laris

Inilah buku teknik belajar terbitan PTS yang paling laris saat ini.

Seorang pensyarah universiti UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) memberitahu, anak beliau pernah mengikuti program Dr. Tengku Asmadi. Beliau memberitahu saya, katanya, "Berkesan!"

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Motivasi
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Rangkaian POPULAR Semakin Popular Previous entry: Buku Motivasi PTS Paling Mahal
MBA  on  05/26  at  11:06 AM

Anak saya juga pernah mengikuti program ini dan memang saya dapati ia berkesan (sekejap).

Lama-lama ia akan dawas dan sudah tentu perlu dicaj semula.

“dawas”? Wah! Ini kosa kata baru!
——-

MBA  on  05/26  at  11:22 AM

Sifu;

Dawas adalah kata-kata biasa bagi orang Pantai Timur. Ia bukan selanga, tetapi memang tercatat dalam Kamus Dewan.

p.s Apabila ibu saya suruh ambil bocong, isteri saya tergelak, sebab orang perak panggil termos. Bila saya rujuk Kamus Dewan, memang bocong ialah bekas simpan air panas.

ha ha 2-0

Kang  on  05/27  at  02:10 AM

Saudaraku MBA-san,
Kiranya sama saja dengan yang lain ya. Perlu dicaj semula.
Apa punca dawas dan berapa lama tempoh kesan sebelum terjadi dawas itu?

MBA  on  05/27  at  10:29 AM

Tun Seri Kang;

Dawas itu barangkali ia tidak dimotivasikan lagi di rumah. Al-maklumlah, ibu bapa bukan pakar psikologi tetapi pakai rotan-logi.

Adalah setakat 2 minggu saja sebelum habis dawas wink

Fadzli Yusof  on  05/29  at  01:17 AM

Mungkin kesannya berbeza mengikut faktor-faktor berbeza. Mungkin yang akan dawas, mungkin yang dua minggu, mungkin 2 bulan, atau mungkin berkekalan. Tetapi rasanya program Dr Tengku Asmadi memang sangat digemari sekarang. Tahniah!

Fadzli: Guna ‘tawas’ - bertahan dua hari. Huhu…

Bagi mengatasi fenomena ‘dawas’ dan ‘tawas’ ataupun ‘lawas’, caranya adalah istiqamah, yakni konsisten mengamalkan teknik-teknik yang dipelajari itu. - Sifu.

Dr. Tengku Asmadi  on  05/29  at  03:31 PM

Menarik sekali apabila membaca komen terhadap program MAP saya yang isinya kini telah dibukukan.  Sewaktu diawal penglibatan saya menjalankan motivasi ini, hati akan merasa hampa apabila ada anak-anak yang balik dan akhirnya ‘dawas’.  Tetapi setelah 12 tahun akhirnya saya terima hakikat bahawa hak manusia adalah berusaha dan kita hanya mampu sentiasa berikan yang terbaik. 

Soal berapa lama anak-anak itu berubah itu adalah faktor di luar kawalan disebabkan banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira. Hakikatnya, ada yang berubah sehari dua, ada yang seminggu dua, ada yang sebulan dua dan ada yang kekal perubahannya.

Ibu bapa yang berpuashati pasti mencanang sana sini, telefon ke radio waktu program saya ke udara dan menghantar testimonial yang antaranya saya muatkan dalam buku saya.  Malah satu ketika dulu ada dua ibu datang ke pejabat saya. 

Ibu pertama merungut-rungut sambil menceritakan bagaimana anaknya pulang dari motivasi tetapi perubahannya hanya seketika.  Belum sempat saya berkata-kata ibu kedua membalas dan berkata betapa peranan kita ibu bapa pun sama pentingnya dan menceritakan bagaimana anaknya pula kekal bermotivasi dan istiqamah menggunakan strategi yang telah diajarkan oleh saya. 

Lihat, ada dua senario yang berbeza dari hasil dari program yang serupa.

Yang penting nawaitu kita… dan yang menjayakan nawaitu itu adalah istiqamah kita.  InsyaAllah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/02  at  04:20 PM

dr. asmadi quoted ebbinghaus’s principle of memory
in this book i.e memory degrades through time if not rehearsed. like memory, behavioral change requires periodic refreshment to be maintained. the problem here is quite simple. often it is assumed that the individual concerned is responsibile of reminding himself of the things he has learned. almost invariably, this is not the case. majority of the students are not inclined to practice the techniques or skills acquired from the course later on in their studies. some may use it, but most do not. the cause of this lies in the way courses are designed where successive implementation in a series is not accentuated. as such, the impact may not be as desirable as planned.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.