Buku Terbitan PTS Professional Sdn. Bhd. Diiktiraf oleh Universiti
Menerbitkan buku amat 'mudah'. Itulah sebabnya setiap tahun banyak penerbit baru muncul dalam pasaran. Orang yang tidak tahu menahu tentang bisnes buku pun boleh jadi penerbit buku.
Apabila saudara menerbitkan sendiri buku saudara, istilahnya 'self-publish author'. Dalam bahasa baisa 'pengarang terbit-sendiri'.
Banyak pensyarah universiti menjadi penerbit buku sendiri dengan tujuan menjual-paksa buku mereka kepada student masing-masing. Lazimnya pensyarah dapat untung sebab mereka mempunyai pasaran terjamin!
Tujuan kedua adalah bagi mengisi borang naik pangkat, sebab jika tidak ada buku, amat susah hendak naik pangkat di universiti. Disebabkan buku mereka tidak dapat diterbitkan dengan penerbit universiti ataupun penerbit profesional, maka jalan singkatnya adalah menerbitkannya sendiri.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai peraturan hanya buku yang diterbitkan oleh penerbit kredibel sahaja layak dipertimbangkan bagi tujuan naik pangkat. Syukur, PTS Professional Sdn. Bhd. termasuk dalam senarai penerbit kredibel itu.
Banyak pensyarah dapat naik menjadi pensyarah kanan, ataupun seterusnya menjadi profesor madya, malah beberapa orang menjadi profesor penuh, berkat mereka mempunyai buku yang diterbitkan oleh PTS.
Jika saudara bukan pensyarah universiti, saudara tidak mempunyai pasaran terjamin. Oleh itu, fikir banyak kali sebelum mengeluarkan duit beribu-ribu ringgit bagi mencetak buku saudara dan menjadi pengarang self-publish sebab kita belum berjumpa dengan pengarang self-publish yang dapat balik modalnya.
Banyak yang mengaku buku mereka laku sekian ribu, sekian ribu. Tapi itu cerita dari yang empunya buku, bukan dari kedai buku.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Kalau dia tidak mahu mengeluarkan wang yang banyak untuk self-publish ada satu pilihan, iaitu: menerbitkan buku yang boleh di download dari laman webnya di dalam format .pdf.
Jika pengunjung URL hendak download perlukan ‘kod’ yang akan dihantar apabila sudah bank in wang bayaran .pdf format itu.
Jadi modal yang keluar hanyalah mendaftar URL di syarikat web-hosting dan membeli software untuk download e-book format .pdf itu.
——-
Tuan Alang,
Di negara Barat ,cara itu terbukti praktikal. Terutama dinegara yang rakyatnya rajin membaca. Di Malaysia mungkin kena 50-50, masih perlukan kerja promosi luar alam siber oleh penerbit.
Post a comment