Sunday, October 01, 2006

Buku Ulangcetak: Mengapa Lambat?

Buku saudara sudah habis dalam setor penerbit saudara. Tetapi mengapa sampai hari ini ia belum diulangcetak?

Para penulis memang berasa kecewa apabila bukunya sudah habis dalam setor tetapi masih belum diulangcetak oleh penerbitnya.

Berikut adalah garis panduan ulangcetak yang diamalkan oleh penerbit dalam dan luar negara:

1. Buku itu mungkin sudah habis keluar daripada setor penerbit tetapi itu bukan bermakna buku itu semuanya sudah habis terjual di kedai. Tunggu dahulu sampai buku dalam kedai habis terjual, jika tidak, buku yang baru diulangcetak itu tidak dipesan oleh kedai. Ia duduk lama dalam setor. Duit pun sangkut dalam setor.

2. Jika buku itu hendak ditukar kulitnya, ada risiko mana-mana buku kulit lama yang masih ada dalam kedai akan di-return kepada penerbit. Buku kulit lama sukar dijual, ia berlonggok dalam setor. Duit pun sangkut dalam setor.

3. Jika cetakan pertama buku itu 2 ribu naskhah, jangan terus ulangcetak 2 ribu naskhah. Barangkali pasaran sebenar buku itu cuma 2500 naskhah sahaja. 1500 naskhah lagi gagal dijual, ia berlonggok dalam setor. Duit pun sangkut dalam setor.

4. Bukan semua buku patut diulangcetak. Kalau cetakan pertama buku itu pun mengambil masa 2 tahun baru habis dijual, jangan ulangcetak buku itu. Gunakan duit itu untuk mencetak judul baru, ataupun ulangcetak buku lain yang lebih laku.

5. Pilih waktu yang tepat bagi mengulangcetak. Ikut kalendar kegunaan buku-buku itu. Jangan asal habis, buku itu terus hendak diulangcetak. Buku sekolah cetak apabila sekolah hampir buka. Buku haji dan umrah ulangcetak sebelum bulan puasa. Buku universiti tunggu sehingga kursus itu ditawarkan semula. Buku puasa cetak sebelum bulan puasa.

6. Dulukan mencetak judul baru dibandingkan dengan mengulangcetak buku yang ada. Judul baru lebih cepat dijual. Buku ulangcetak lebih slow. Ini penting bagi memastikan cash-flow syarikat tidak tercekik.

7. Jika pesanan buku itu tidak lebih daripada 400 unit, lebih baik jangan ulangcetak buku itu. Gunakan duit itu bagi mencetak buku-buku lain.

3. Bagi buku-buku yang banyak fakta kontemporari di dalamnya, selepas 3 tahun terbit, buku yang hendak diulangcetak mesti dihantar kepada pengarang supaya ditokok-tambah dan diterbitkan sebagai edisi ke-2. Kalau pengarang tidak mahu, jangan ulangcetak buku itu.

4. Selepas 2 tahun buku itu dalam pasaran, baru tukar kulitnya.Sebab apabila kulit ditukar, kedai buku akan segera me-return buku-buku kulit lama yang masih ada dalam kedai.

5. Pada masa ini ada pencetak sanggup mencetak 500 naskhah minimum. Gunakan kemudahan ini bagi mengulagcetak buku-buku yang sederhana permintaannya.

Diharap para penulis sudah mendapat gambaran bagaimana penerbit menguruskan risiko yang berkait dengan buku ulangcetak.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(17) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengedar Buku ke Kedai Buku Kecil Previous entry: Kejayaan Sebagai Penulis: Bakat ataupun Minat?
alang bidara  on  10/02  at  05:48 AM

Sesungguhnya penerbitan itu bukan sahaja suatu sains, tetapi ianya juga merupakan suatu seni yang masih belum difahami oleh ramai orang, termasuk para penulis.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  10/02  at  07:34 AM

Tuan Alang, isu penulis tidak puas hati dengan cara-cara bagaimana buku mereka dikendalikan bisnesnya oleh penerbit memang berlaku secara meluas. Punca utamanya adalah penulis tidak tahu rasional beberapa tindakan penerbit yang membabitkan buku-buku penulis berkaitan. Apabila ini diterangkan, penulis barulah faham.

Jadi, kita memerlukan apa yang disebut “WRITER EDUCATION” atau pendidikan penulis. Inilah yang saya lakukan dalam UNIKAPTS ini.

Tetapi UNIKAPTS bukan hanya mendidik para penulis. UNIKA juga mendidik mereka yang sedang terkial-kial hendak berjaya sebagai penerbit buku.

Tidak mungkin sdr sebagai penulis dapat berjaya apabila penerbit saudara gagal. Mata rantai dunia perbitan itu panjang, jika satu sahaja mata rantai putus, seluruh rantai tidak dapat berfungsi.

Kalau ikut logik pembahagian tugas, apa yang dilakukan oleh UNIKAPTS bukan kerja PTS. Ini kerja DBP. Tetapi disebabkan DBP tidak memikul kerja ini, maka, kita buatlah. Lagipun saya mantan pegawai tinggi DBP.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/02  at  08:05 AM

Saya pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan antarabangsa di Johor Bahru. Syarikat ini mencetak buku-buku penerbit antarabangsa antaranya Disney, MacMillan, DK dan banyak lagi. Saya tak pasti sama ada strategi mereka boleh digunakan di Malaysia, tetapi ada di antara mereka mencetak dalam beberapa versi. Misalnya, ketika cetakan pertama, mereka mencetak 10000 buah buku versi biasa (kertas bermutu tinggi) dan 5000 versi paperback. Isi kandungannya sama, kecuali kertas.

Ada juga versi ‘hard cover’ dan ‘limp cover’. Ini biasa dilakukan oleh DK dari UK. Selain dari itu, mereka juga ada versi yang dipanggil “special edition”. Misalnya, jika buku itu buku kanak-kanak berkenaan ‘Pooh’, satu versi ialah buku biasa yang menceritakan mengenai Pooh. Untuk special edition pula, buku itu akan dibungkus dalam display pack yang disertakan sekali dengan anak patung Pooh. Tetapi harganya berlipat gandalah.

Cuba fikirkan sama ada cara ini boleh laku di Malaysia ini..

Saifuddin.

rastom  on  10/02  at  08:09 AM

rolleyes:wink::cry::lol: Ayat yang menceriakan saya pagi ini: “Ini kerja DBP. Tetapi disebabkan DBP tidak memikul kerja ini, maka, kita buatlah. Lagipun saya mantan pegawai tinggi DBP.” - Terimakasih! Rumbu nandri (Tamil) !

Puan Ainon Mohd.  on  10/02  at  08:18 AM

Tuan Rastom, saya setiap hari menanti-nanti komen sdr sebab sdr memang pandai menggelikan hati saya. Rumbu nandri! Dalam kuliah, pensyarah suka student macam tuan. Bocah gendeng! (Jawa!)

Nota: Tan Sri Kang, jangan terangkan apa makna kata-kata Jawa tu!

Puan Ainon Mohd.  on  10/02  at  08:23 AM

Tuan Saifuddin, terima kasih atas maklumat yang sdr beri itu. Bagus sekali. Tentu berguna kepada kita yang menjadi penerbit buku. Semasa saya di Frankfurt Bookfair, saya tengok memang hebat cara-cara penerbit German me-merchandise buku kanak-kanak. Termangu-mangu saya sepanjang berada di gedung yang meletakkan penerbit buku kanak-kanak. Saya macam Alice di Wonderland!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/02  at  08:34 AM

Next time, jika Puan ke Frankfurt Bookfair, cuba tengok pula macam mana penerbit French menerbitkan buku mereka. Setakat ini, bagi saya, penerbit buku French adalah yang paling kretif sekali. German nombor dua.

Puan Ainon Mohd.  on  10/02  at  08:46 AM

Tuan Saifuddin,

Baik, saya akan pergi ke gedung Peranchis pula apabila ada rezeki ke sana lagi. Sehingga ini saya sudah 3 kali berpeluang ke sana. Terakhir 2 tahun yang lalu, waktu itu kebetulan saya ikut suami yang menjadi profesor jemputan di Univerisiti Farnkfurt.

Pergi ke Frankfurt Bookfair ni memang tidak ada manfaat jangka pendeknya, tetapi untuk manfaat jangka panjang memang bagus pergi. Ia membuka mata dan membuka minda kita berkenaan potensi industri buku.

Jadi pegawai-pegawai dalam syarikat, yakni mereka yang amat berbakat dan kini sedang dilatih menjadi pemimpin syarikat penerbitan itu pada masa depan, memang patut mereka itu dihantar ke sana. Biar jiwa mereka besar. Biar mereka berani berangan-angan memimpin syarikat penerbitan yang sekarang kecil menjadi korporat besar.

rastom  on  10/02  at  08:59 AM

Saya betul betul ketinggalan keretapi (patut kena ubah istilah, di mana apinya?) , rupanya Perancis sudah potong kreativitas Jerman. Saya pun nampak kelebihan gimik begitu Tuan Saifuddin. Ada macam “nilai tambah” kepada produk buku. Memang sekarang trendnya, kahwinkan produk apa apa dengan “character merchandising” seperti “Pooh”. Bunyi macam buku pakej “hadiah”. Ada buku yang sertakan CD (ramai penerbit bab ini salahguna atau salahpandu pelanggan - banyak CD tersebut kantoi atas beberapa sebab teknikal). Parah sekali ialah bahan yang berunsur pendidikan - ramai yang telah jadi mangsa, pun ramai juga yang berperanan pemangsa! :wink: Sebabnya yang saya tau, penulis/pengarah buku dan CD tersebut hanya mengetest sofwernya di PC sendiri yang power ngetop tanpa memikirkan upaya PC orang lain yang pelbagai.  :wink: Puan , bocah gendeng! kui, kui, kui! bocah sudah tau sementara gendeng saya agak agak saja bunyinya macam sendeng atau senget hahaha! Pandai Jawa juga saya bahasa ni, jasa dari membaca buku penulis Jawa- Melayu ( atau Melayu -Jawa?) Pak Pram.

alang bidara  on  10/02  at  09:14 AM

Em, Nampaknya Sifu, PTS kena ambil tanggung-jawab bukan setakat “WRITERS EDUCATION” tetapi juga “PUBLISHERS EDUCATION”, malah hingga kepada “PUBLISHERS EDUCATION TO EDUCATE THEIR WRITERS”..!!! Lagi molek la kalu pitih hok keraja’e buwi ko DBP untuk RMK9 tu, allocate kepada PTS, biar PTS la buat, baghu jadi comel. Ko guana?

Puan Ainon Mohd.  on  10/02  at  09:24 AM

Tuan Rastom,

Bisnes “character merchandising” ini masih black-hole di negara kita. Ia melibatkan banyak proses undang-undang harta intelek.

PTS ada cita-cita hendak me-merchandise SIRI ADAM. Jadi watak ADAM itu perlu didaftarkan dulu sebagai trademark. Proses teknikalnya kompleks.

Kepakarannya pun tidak ada di negara kita ini. Jadi kalau kita hendak cari konsultan…. taraak!

Saya pernah bercakap dengan mantan TNC (akademik) di UPSI supaya mereka membuka Akademi Penerbitan Buku Kanak-Kanak dan Remaja. Hantarlah calon2 PhD buat bidang ini. Jadi mereka nanti boleh balik dan buat kursus, penyelidikan, jurnal dan seminar. Kita boleh belajar daripada mereka. Tapi macam biasalah…. cakap dengan orang yang tidak obses dengan buku… bagaikan menyiramkan air ke daun keladi sahaja…

Puan Ainon Mohd.  on  10/02  at  09:34 AM

Tuan Alang,

Ini berita sah. Bukan gosip lagi. DBP sudah menerima peruntukan dana (katanya RM10 juta) bagi tujuan membantu penerbit2 buku Melayu berkembang. Saya ada bertanya dengan pegawai kanan DBP apa perkembangan dana itu sekarang. Katanya, sedang digubal tatakerja bagaimana dana itu akan dibelanjakan.

Saya cadangkan, gunakan dana itu bagi menubuhkan Akademi Penerbitan (dulu disebut Sekolah Penerbitan). Saya pernah tawarkan diri saya menjadi Rektornya yang pertama! Hmmm….. saya dengar2 ada orang kata, “Jadi Rektor AP tak perlu orang yang pakar, sebab dia cuma mengurus sahaja.” Barangkali, dia bercakap begitu sebab dia terbayang-bayang gaji Rektor. (Apa, dia fikir saya tawarkan diri jadi Rektor sebab saya mahu makan gaji?)

Inilah yang dikatakan orang: Belum nampak duit, belum timbul tamak, baru terbayang-bayang duit, sudah pun timbul tamak!

Kang  on  10/02  at  01:20 PM

Setuju dengan Alang Bidara. Lebih baik beri pada yang lebih bertanggung jawab seperti PTS. Tak apa Mbakyu—di depan mata saya tergambar Universiti PTS (atau sekurang-kurangnya Akademi PTS) dalam masa terdekat ini. PTS mampu membawa penulis ke tingkat yang tinggi dan dihormati. Bukan lagi sambil-sambil tetapi kerjaya—sama seperti doktor, jurutera, peguam, kerani, juruterbang. Bila ditanya, dengan bangga menyebut, “Kelulusan Universiti PTS. Ini hasilnya, ini 15 buku saya. Adik beradik saya semua belajar di sana, ayah hantar. Nak tahu berapa yuran satu semester, pergilah tanya sendiri.”

Bila ke ibu pejabat PTS Batu Caves, ternampak bangunan kosong berhampiran, terbayang dan berkata-kata dalam hati, “Di sini boleh ni…” Maksudnya kampus sementara Universiti PTS.

alang bidara  on  10/02  at  01:55 PM

Bercakap fasal duit, memang memerlukan perbincangan yang panjang, tetapi cukup sekadar kalau kita katakan: “Kerana duit, kawan boleh jadi musuh, dan kerana duit juga antara saudara pun boleh berputus saudara.” >> Inikan pula jika peluang terpampang di depan mata, jika tanya Iman mungkin boleh lagi menahan diri;(Tapi… kalau tanya Aiman, dia akan jawab: “Aiman tak kisah..”!!!).  Mungkin lebih praktikal PTS minta diberi sub-con dari DBP untuk kontrak tubuh & jalankan Sekolah Penerbitan tersebut…

Puan Ainon Mohd.  on  10/03  at  11:42 PM

Tan Sri Kang,

Akademi Penerbitan PTS itu sudah lama beroperasi, cuma kita belum ada bangunan kekal. Jadi kursus2 diadakan di banyak tempat. Kursus jarak jauhnya pun ada, cuma buat masa ini pengambilan student jarak jauh dihadkan kepada dua kumpulan: (1) mereka yang tidak dapat meninggalkan rumah disebabkan halangan kesihatan, seperti lumpuh, dan (b) mereka yang berada di luar negara.

Hampir 100% penulis PTS adalah lulusan kursus2 penulisan PTS, sebab sesiapa yang ingin menerbitkan karya dengan PTS diwajibkan hadir kursus2 PTS, kecuali seorang dua seperti Tan Sri!

alang bidara  on  10/04  at  09:37 PM

Se elok nya Akademi PTS itu tidak perlukan bangunan kekal, kerana dengan kursus2 di adakan di banyak tempat, membayangkan fleksibiliti akademi tersebut. Jadi tidak perlu overhead, tidak perlu gajikan pekerja untuk jaga ibu-pejabat, dan sebagainya.

Bila dia diadakan di banyak tempat membayangkan ia ada di mana-mana, tanpa terikat dengan mana-mana lokasi tetap. Nama pun universiti terbuka.

samdol  on  02/21  at  12:13 PM

Saya pun Setuju dengan Alang Bidara. Lebih baik berikan kepada pihak yang lebih bertanggungjawab seperti PTS.
Baru la membangun…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: