Wednesday, October 29, 2008

Buku untuk Guru yang Ditendang Muridnya

Tidak semua guru ditendang muridnya.

Murid yang menendang gurunya tidak menendang semua gurunya, hanya guru yang itu sahaja ditendangnya. 

Bagi guru-guru yang mengalami masalah hubungan interpersonal dengan muridnya, buku ini ditulis dan diterbitkan untuk mereka. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Mahu Menulis Buku Permotoran Previous entry: Perkataan yang Tidak Digemari Pembaca
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/29  at  04:26 AM

Murid itu sesuai untuk masuk ke kelab bola sepak. Jika dia lelaki, masuklah kelab bola sepak lelaki. Jika dia perempuan, masuklah ke kelab bola sepak wanita. Bakat seperti ini jangan disia-siakan.

Ada hikmahnya dia menyepak guru seperti menyepak itik.

Zakaria  on  10/29  at  06:14 AM

Salam puan,
Apabila menonton insiden mengaibkan guru-murid di saluran berita, saya lebih terkesan dengan sikap guru daripada sikap murid. Memang murid bersalah, tapi menghadapi murid yang bersalah dengan cara yang tidak betul, adalah juga satu kesalahan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/29  at  07:09 AM

Guru-guru dan kita telah berbuat silap. Kita akan buat silap lagi. Kalau guru mempunyai gaya komunikasi yang baik, tentu banyak kesilapan dapat ditampal.

Saya teringat kisah kesan komunikasi Nabi Muhammad oleh sahabat bernama Amru Al Ash: “Beliau memberi perhatian dan bercakap kepada saya sehingga saya perasan sayalah orang terbaik di kalangan ummah. Saya bertanya suatu hari, “wahai Rasulullah, adakah saya lebih baik daripada Abu Bakar?” Baginda menjawap, “Abu Bakar”. Saya bertanya lagi, “Adakah saya atau Umar lebih baik?” “Umar.” Saya bertanya lagi,“Adakah saya atau Usman lebih baik?” “Usman.” Rasulullah memberitahu perkara yang benar bagi pertanyaan saya. Saya rasa saya tidak patut bertanya perkara itu.”

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/29  at  07:27 AM

Menendang guru tentulah salah.
Kalau guru ada masalah interpersonal dengan muridnya barangkali juga guru itu punya masalah intrapersonal dengan sebahagian dirinya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/30  at  03:12 AM

Murid yang pandai tendang gurunya tidak belajar menendang dalam masa satu malam. Dia berlatih menendang bertahun lamanya. Tanda dia mula belajar menendang guru ialah bila dia mula kurang rapat, kurang bercakap dengan ibunya sendiri sedekad yang lalu. Barangkali dia pun mula kurang bercakap dengan ibunya bila bapa/ibunya mula kurang mendengar dan bercakap dengan simurid itu.

p/s: Bila seorang ibu mendapati anaknya menendang gurunya, barangkali dia terkenangkan tendangan anaknya itu berbelas tahun dahulu; ketika anaknya menendang perut ibunya dari arah dalam perut.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/30  at  08:33 PM

Tuan Arrantaui,

Pada pendapat saya guru yang ditendang muridnya hendaklah dipecat daripada jawatannya. Tragedi itu adalah bukti bahawa si guru memang gagal mendapatkan rasa hormat murid kepada dirinya, malah dia telah mencetuskan rasa benci dan dendam murid.

Menjadi guru hendaklah diiktiraf sebagai sejenis ‘bakat’. Ini penting sekali kerana semua pekerjaan memerlukan bakat.

Tidak semua orang mempunyai bakat menjadi guru. (Sebagaimana tidak semua orang mempunyai bakat menjadi penyanyi ataupun menjadi pemain bola.)

Jadi, kita syorkan supaya kementerian pelajaran perlu menapis permohonan memasuki maktab perguruan dengan menggunakan kayu ukur bakat keguruan ke atas calon-calon guru. Kalau kelulusan akademiknya kurang sedikit tetapi bakat keguruannya tinggi, calon itu hendaklah diambil.

Jangan mementingkan markah akademik sahaja. Bakat keguruan adalah lebih penting peranannya daripada markah akademik.

Pada masa ini ribuan orang menjadi guru bukan disebabkan mereka memang berminat menjadi guru. Mereka cuma mahu mencari pekerjaan bagi diri sendiri.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/31  at  03:07 AM

Puan Ainon, saya sokong pendapat Puan dalam hal penapisan guru.

Murid-murid adalah ‘benda’ paling berharga di atas muka bumi. Malahan ia lebih berharga daripada emas ataupun emas hitam (petroleum). Petrol memang untuk dibakar demi menggerakkan dan membangunkan manusia. Tetapi manusia yang gagal dibangunkan bakal dibakar di dalam tempat kembalian yang paling buruk.

Justeru benda paling berharga wajar diletak di bawah seliaan mereka yang paling pandai menilai dan menjaganya.

Puan Ainon mengulas tentang guru di sekolah, saya pula mengulas tentang guru di semua tempat kecuali sekolah -  ibu bapa.

Timbul juga persoalan tentang ‘bakat’ mereka yang menapis guru. Juga persoalan ‘bakat’ mereka yang membuat kriteria penapisan guru.

Dalam suatu ucapan,  Nabi Muhammad menyebut “Ramai orang punya pengetahuan tetapi tidak punya kefahaman”.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.