Buku ‘Yakjuj dan Makjuj’ ini Diulangcetak 6 Kali dalam Tempoh 5 Bulan
Luar biasa! Itulah yang dapat dikatakan tentang prestasi buku ini dalam pasaran.
Tuan Faris Hasbullah, Pengurus PTS Islamika Sdn. Bhd. memberitahu, jumlah yang sudah terjual adalah 33 ribu naskhah, dan baru dicetak 3 ribu naskhah lagi.
Manuskrip buku ini dihantar terus ke PTS oleh pengarangnya yang tinggal di Bandung. Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) April 2009 lalu, PTS menerbangkan beliau ke Kuala Lumpur bagi mempromosi buku beliau.
Di mana-mana masjid yang beliau menyampaikan kuliah berkenaan isi kandungan buku ini, sambutannya sangat luar biasa. Hadirin penuh sesak dan tidak bergerak sampai tamat acara.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment