Monday, November 10, 2008

Editor dan Buku yang Mencetuskan Tanda Tanya

Minggu lalu saya menghadiri majlis pelancaran buku Zaman Klasik di Nusantara: Tumpuan Kajian di Sumatera di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada kulit buku itu dicetak nama 2 orang pengarang: Prof. Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, seorang pakar arkeologi Malaysia, dan Bambang Budi Utomo, pakar arkeologi dari Pusat Penelitian dan Pengembangan Arkeologi Nasional Indonesia. 

Buku edisi mewah yang ketebalannya lebih 700 halaman dan mengandungi lebih 200 gambarfoto tiada memasukkan bab-bab khusus ditulis bagi menerangkan sejarah zaman klasik Semenanjung.

Prof. Dato' Dr. Hassan adalah seorang ahli arkeologi dan pakar sejarah zaman klasik Semanjung yang sangat terkenal dalam bidangnya dan telah menerbitkan banyak buku dan artikel jurnal berkenaan sejarah klasik Alam Melayu.

Bersama Bambang Budi Utomo, beliau telah menuliskan dengan demikian terperinci tentang zaman klasik di pulau Sumatera, tetapi mengapakah beliau tidak memasukkan bab-bab khusus berkenaan zaman klasik Semenanjung, sesuai dengan kepakaran beliau, memandangkan buku itu diterbitkan di Malaysia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk pasaran Malaysia.

Tanpa adanya bab-bab tentang sejarah zaman klasik Semenanjung, buku mewah ini menjadi kurang relevan kepada peminat buku-buku sejarah tanah air.

Editor buku ini seharusnya perasan kekurangan yang amat ketara itu dan meminta supaya bab-bab itu dituliskan sebelum diterbitkan. Bagi seorang pakar seperti Prof. Dato' Dr. Hassan, perkara itu amatlah mudah dilakukan kerana bahan-bahannya sudah pernah dituliskan dalam karya-karya beliau yang lain.

Di satu pihak lain, pakar luar yang membaca dan menilai manuskrip buku ini seharusnya perasaan akan kekurangan itu dan mencadangkan supaya kekurangan itu diperbaiki.

Yang menjadi tanda tanya adalah: Faktor-faktor apakah yang menyebabkan kedua-dua pengarang buku itu bersetuju bahawa bab-bab tentang zaman klasik Semenanjung tidak sesuai dimasukkan dalam buku itu, sedangkan buku itu diterbitkan di Kuala Lumpur oleh DBP untuk pasaran tempatan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Terbit Previous entry: 2 Novel PTS dalam TOP 10 MPH Minggu Ini

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: